Sebarang pertanyaan boleh
sms/whatsapp/wechat ke 0197583883


About Us


Hai! Sayalah Rina, empunya blog inspirasihatcantik.com ini. Berumur 34 tahun dan merupakan ibu kepada sepasang cahaya mata yang kini menetap di Skudai, Johor. Mempunyai ijazah dalam Sains Komputer dari UTM tetapi memilih untuk jadi SAHM (stay-at-home-mummy).


Mula berjinak-jinak menjual produk kesihatan dan kecantikan AvailBeauty pada pertengahan tahun 2010. Semuanya bermula secara suka-suka sahaja di samping ingin mencari pendapatan tambahan bagi mengukuhkan ekonomi keluarga. Hidup di bandar besar kalau suami kerja sorang memang tak cukup (baca: nak shopping) betul tak ;p.


Kenapa saya boleh berminat untuk menjual produk Avail berbanding produk lain? Sebab utama kerana produk Avail mudah dijual. Tak perlu nak promote lebih-lebih customer memang datang mencari. Produk utama AvailBeauty ialah FC Bio Sanitary Pad. Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi, rata-rata ramai yang dah tahu akan kelebihan tuala wanita ni. Lagipun berniaga tuala wanita tiada pengakhirannya memandangkan produk ini adalah produk keperluan.


Biasanya sebelum mula mempromosikan sesuatu produk saya dan keluarga akan menggunakannya terlebih dahulu. Apabila dah nampak kesan pada diri sendiri barulah saya akan mula promote dan jual. Saya rasa kalau jual tapi sendiri tak guna macam tak best pula.


Alhamdulillah. Kini saya dah pun mencapai pangkat GM (Gold Manager) dalam perniagaan AvailBeauty ini. Oh mungkin ada yang berpandangan skeptikal bila tahu AvailBeauty adalah sebuah syarikat MLM. Jujur saya katakan saya bukanlah jenis orang yang pandai atau berminat dengan perniagaan jenis multilevel. Ini adalah perniagaan pertama saya sebenarnya. Macam yang saya cerita tadi. Saya jual produk Avail sebab produknya mudah dijual. Dan saya akui saya lakukan perniagaan ini secara direct selling seorang diri tanpa buat network marketing. Maksudnya saya memang fokus kepada penjualan produk bukan cari downline.


Lama-kelamaan barulah saya menyedari bahawa pentingnya ada downline iaitu agen di bawah saya. Sebabnya saya tak mampu nak handle semua order seorang diri. Saya di Johor, kadangkala customer bila call mesti tanya ada tak agen di sekian-sekian tempat maksudnya yang dekat tempat tinggal mereka. Barulah saya sedar saya perlu cari agen juga. Kini saya dah pun mempunyai beberapa orang agen di dalam kumpulan saya. Tanggungjawab saya semakin besar iaitu memastikan mereka dapat hit sales, dapat tambah income dan tak patah semangat. Alhamdulillah saya jalankan perniagaan ini bersama-sama suami. Jadi lebih seronok sebab berada dalam dunia yang sama :).


Jadi kepada anda di luar sana yang berminat nak tambah income dengan menjual produk AvailBeauty boleh hubungi saya terutamanya stay-at-home-mummy macam saya. Nanti saya akan ajarkan macam mana nak buat bisnes ni. Yang penting bakal agen kumpulan saya mestilah orang yang tak cepat putus asa :).


Kepada pelanggan dan bakal pelanggan yang sudi membeli-belah di blog ini terima kasih daun keladi, kalau sudi datanglah lagi saya ucapkan. Setiap pesanan akan dihantar secepat mungkin. Jaminan wang dikembalikan sekiranya pesanan anda tidak sampai.


Akhir kalam, happy shopping di inspirasihatcantik.com :))


Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy