Petua Legakan Sakit Bengkak Tonsil

As-salam dan hai ^^

Tengah cari mood nak sambung entri cerita Melbourne terjumpa pulak entri petua redakan bengkak tonsil ni dalam draft. Dah bertahun nak share tapi asyik terlupa jer 😅.

Biasanya bengkak tonsil atau radang tonsil ni datang dengan pakej demam sekali. Ada orang kata radang tonsil ni penyakit keturunan jugak. Contohnya, kalau ayah ada sejarah penyakit tonsil kemungkinan besar anak-anak akan mewarisi penyakit tersebut. Boleh jadi juga kan.

Paling tak best sakit tonsil ni ada yang jenis berulang. Bulan ni kena bulan depan pun kena. Mak ayah yang ada anak sakit macam ni memang agak huru-haralah hidup sebab asyik nak kena mc. Selalulah saya dengar keluhan macam ni bila berbual-bual dengan customer.

Petua-petua yang saya share ni bolehlah dicuba untuk redakan sakit tekak tu untuk sementara waktu. Nak hilangkan terus penyakit tu tidaklah.



Petua nombor 1 ni paling sesuai untuk kanak-kanak. Orang dewasa pun mesti suka jugak 😆. Sifat aiskrim tu menyejukkan mungkin beri sedikit kelegaan pada tekak yang sakit. Jenis aiskrim pun kena tengok jugak. Yang sesuai jenis tepung tu. Biasa dijual dalam bekas. Aiskrim jenis yang ada air batu tu memang tak sesuailah ye. Bertambah melarat pulak sakitnya nanti. Dari segi perisa tak pastilah pulak kenapa mesti vanilla haha.



Teh hijau memang banyak khasiatnya bukan sekadar untuk sakit tekak sahaja. Campur pula dengan daun pudina memang best jer rasa lalu kat tekak. Seeloknya jangan ditambah gula untuk mengekalkan khasiatnya.



Petua nombor 3 ni paling kerap saya buat. Rasa macam tekak perit jer cepat-cepat kumur air garam. Masa berkumur tu kena dongak sikit biar air garam tu kena kat bahagian tekak yang sakit. Ulang beberapa kali sehari sampai perit tekak tu hilang. Petua ni memang mujarab untuk saya. Orang dewasa bolehlah. Kalau nak suruh budak-budak yang buat memang payahlah.



Madu dan lemon memang kombinasi terbaik untuk sakit tekak, batuk dan juga selesema. Semua pun tau madu sangat baik untuk kesihatan. Lemon pula tinggi dengan vitamin C. Rasa lemon yang masam dilazatkan dengan rasa madu yang manis. Jangan campur gula pulak. Minum panas suam segar jer rasa badan.



Haha yang ni memang nak promote produk. Taklah. Saya cuma nak share jer. Barang baik tak baik kalau tak share. Ikids ni ramai dah customer saya yang cuba untuk anak diaorang. Rata-rata bagi feedback anak dah tak kerap kena bengkak tonsil dan demam. Kalau dulu tiap bulan anak masuk ward sebab demam tonsil sekarang dah tak macam tu lagi. 

Jadi untuk mak ayah yang ada anak jenis kena demam dan bengkak tonsil berulang saya syorkan cubalah ikids ni untuk ikhtiar. Sebabnya kalau bengkak tu dah teruk susah nak surut nanti. Lastly, doktor akan operate buang tonsil tu sebab dah blocking saluran pernafasan. Nak elak perkara tu berlaku baik kita cegah dari awal.

Ikids ni kombinasi susu awal lembu (kolustrum) dan vitamin C. Memang sangat bagus untuk tingkatkan daya imunisasi badan. Cara makan cuma kunyah-kunyah jer dalam 4 biji - 8 biji. Bukan sahaja untuk kanak-kanak orang dewasa pun boleh ambil. Saya sendiri pun memang amalkan ikids especially bila nak kena selesema. Kalau hidung dah start berair teruk saya ambil panadol soluble sebijik lepas tu kunyah ikids jer. Alhamdulillah, biasanya selesema tu tak melarat sampai demam. Sehari jer baik dah.

Kalau berminat nak cuba ikids boleh contact saya ye😊. Harga cuma RM68/sebotol (200 biji). Bolehlah tahan dalam sebulan. Kalau nak jimat lagi boleh beli 3 botol terus. Whatsapp jerlah nanti saya boleh bagi info lanjut.

WHATSAPP/TELEGRAM/SMS 0197583883
Nak senang klik jer link ni nanti terus masuk ke wassap saya >> Nak Order Ikids





No comments