Apa Nak Buat Apabila Permohonan Visa Australia Tak Lepas

As-salam dan hai ^^

Sekarang ni macam tengah kecoh pasal susahnya nak dapatkan visa Australia terutamanya untuk lelaki dewasa. Lepas tak lepas ni atas rezeki masing-masinglah. Ada orang dipermudahkan jalannya. Ada orang lain jalannya berliku-liku sikit.

Saya nak share tentang pengalaman bagaimana permohonan semula visa suami saya akhirnya diluluskan setelah menunggu dalam debaran berminggu-minggu. Sedih weyy kalau tak dapat pergi tiket baju winter semua dah beli.

Nyarisss jer kita tak dapat bersua cik kanggaroo yang comel ^^

Tarikh departure kami ke Melbourbe ialah pada 22 Ogos 2018. Kira-kira sebulan sebelum fly (13 Julai) baru suami saya pergi apply visa dengan Sham Travel di Taman U, Skudai. Kalau tak nak buat dengan agen boleh apply thru website : https://www.eta.immi.gov.au/

Alhamdulillah visa saya dan anak-anak lulus tanpa sebarang masalah. Masalahnya suami punya denggg NOT APPROVED! 


Tak diizinkan masuk Australia ok!

Masa ni dah mula berdebar. Mula carik info dekat google, forum dan fesbuk apa nak buat pasal visa tu. Agak payah jugak sebab tak ramai yang kongsi pengalaman macam mana visa diaorang boleh lulus. Solusi yang dicadangkan emel terus ke pihak embassy KL. Emel sahaja tak yah ngengada nak pergi sana jumpa diaorang buat rayuan sebab takkan dilayan. Emel ke sini : etakl@dfat.gov.au

Dalam emel tu suami bagitaulah yang visa dia not approved apa semua dan tanya dokumen apa yang diperlukan untuk permohonan semula visa. Terus dapat autoreply dari ETA KL. Dalam emel tu diaorang bagi list requirements untuk ETA application. 15 Julai suami emel diaorang semula lengkap dengan segala dokumen yang dikehendaki.

Ni saya listkan DOKUMEN yang suami saya emel :

1. Completed ETA Additional Information Request Form

Form dalam bentuk pdf kena download. Ada link yang diberikan. WAJIB isi. Taip jer terus kat form tu dan attach masa nak emel nanti.

2. Salinan passport pemohon visa (bahagian biodata)

WAJIB.

3. Screenshot keputusan visa yang kena reject kali pertama

Yang ni kalau first time buat tu dengan agen kena mintak dengan agen. Kalau apply thru website screenshot dari website.


Yang tadi tu lah kena sertakan

4. Itinerari ringkas sepanjang berada di Australia

Ni optional tapi WAJIBkan saja untuk menguatkan lagi bukti yang kita pegi sana niat suci ikhlas tulus mulus nak holiday atau konvo atau apa-apalah. Kalau ada bukti kita dah booking homestay/hotel/penginapan dan sebagainya sertakan sekali.

5. Senarai NAMA beserta TARIKH LAHIR ahli keluarga terdekat

Lepas tu kena bagitau ahli keluarga mana yang akan travel ke Australia bersama kita. 

6. Senarai NAMA beserta TARIKH LAHIR orang yang akan travel dengan kita selain ahli keluarga

Ni kalau adalah. Kalau takde tak payah bagi.

7. Senarai kenalan/kawan/keluarga kita yang ada di Australia

Yang ni kan better tulis jer yang kita memang tiada kenalan/keluarga (NO CONTACT). Sebab macam membuktikan yang kita memang tak akan menetap lama kat sana. Tapi tak tahulah betul ke tidak pemikiran saya ni. Kebetulan kami memang tiada sesiapa yang dikenali di Australia.

8. Bukti yang kita memang ada pekerjaan tetap di Malaysia

Sertakan surat pengesahan dari majikan (in english) dan juga slip gaji. Kalau takde majikan/bisnes sendiri/self-employed kena sertakan bank statements ke financial record ke apa-apalah yang membuktikan kita ni berwang. Kalau tak bekerja pulak kena bagi financial proof orang yang tanggung kita dan juga bagitau apa hubungan kita dengan orang tu.


Ni contoh surat rasmi pengesahan majikan kut kut majikan korang suruh taip sendiri 😁

9. Bank Statements

Ni WAJIB sertakan. Dalam akaun at least minimum total ada RM10K 😅. 10K tu tak semestinya dalam satu akaun. Combine semua akaun bank yang kita ada. Sertakan sekali bank statements at least transaksi untuk 2 bulan terakhir.

Mungkin reason diaorang mintak semua benda ni sebab nak tengok kewangan kita kukuh ke tak la kot. Logik akal orang takde duit takkan pergi holiday malah menimbulkan syak wasangka yang kita ni nak masuk Australia sebab nak kerja jadik pemetik buah tu. 

Di bawah ni pulak dokumen sokongan yang suami tambah walaupun diaorang tak minta. Punyalah nak buktikan kejujuran masuk Australia memang nak tengok kanggaroo yang cute tu.

  1. Flight tiket return *bukti yang kita akan balik ke negara tercinta
  2. Slip gaji 2 bulan yang terkini
  3. Penyata pendapatan tahunan semasa
  4. List property yang ada *tunjuk yang kami ada rumah sendiri takdenya nak duduk terus Australia tu
  5. Invois tempat penginapan yang kami dah booking di Ausralia
  6. ETA saya dan anak-anak yang dah lulus

Dah settle emel tunggu jerlah jawapan dari diaorang dengan penuh kesabaran. Doa banyak-banyak. Buat solat hajat sekali. Yang berkuasa kan ALLAH swt. Kita ni hanya mampu merancang. 

In case dah buat semua but visa still not approved anggaplah takde rezeki dan ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Lapangkan dada dan jangan marah-marah sebab yang izinkan kita dapat jejak kaki ke sana bukan embassy atau manusia tapi ALLAH swt.

Masa tunggu jawapan dari ETA KL suami cuba apply visa online melalui website ETA tapi gagal jugak. Yang sebetulnya kalau melalui agen tak lepas tak payah gatal nak apply lagi dekat website tu sebab memang akan gagal.

Tunggu punya tunggu akhirnya 25 Julai dapat reply yang visa suami APPROVED! Hoorayyy baru jer nak lompat bintang tetiber tersuntut. ETA yang diaorang emel tu salah ejaan nama lah pulak. Subha jadik Subna. Ko dah kenapa kan nak gabung-gabung nama aku dengan laki aku ni -__-. Kenalah emel balik untuk pembetulan. Jangan memandai nak tukar sendiri.

Alhamdulillah esoknya dah dapat balasan ETA dengan ejaan nama yang betul. Begitulah berlikunya jalan nak dapatkan kebenaran melawat kanggaroo ni.

Extra tips yang saya boleh share masa apply visa tarikh renew passport tu JANGAN baru sangat. Nampak macam kita tergesa-gesa nak masuk Australia. Agaknyalahhh. Ni berdasarkan komen-komen dekat fesbuk yang cerita kemungkinan visa diaorang tak lulus. Tak tahulah boleh pakai ke tak tips ni tapi cuba jerlah.

Lagi satu apply lah awal sikit macam 3 bulan sebelum fly ke. At least ada masa nak apply semula kalau kena tolak. Atau nak lebih selamat apply visa dulu sebelum beli tiket promo AirAsia tu heheh. Kalau dah usaha tunggang terbalik visa still tak lepas takdelah tiket tu burn camtu jer.

Tata titi tutu 💖.


1 comment

Anonymous said...

Nak bagi satu tips lagi, jangan apply dengan Agent yang dapat apply RM20 je kalau nama ada Mohd/Muhd/Muhammad. Ambil yang package 6 hours = rm100 and above masa apply visa. Pastikan ambil/apply direct dari website ETA.