Melbourne Day 2 : Wildlife Park & The Nobbies, Phillip Island

As-salam dan hai ^^

24/8/2018

Okeh sambung balik cerita cuti-cuti Melbourne kita. Entri ni bersambung dari sini >>Melbourne Day 2 : Chocolate Factory, Phillip Island. Misi seterusnya lepas lawatan kilang coklat ialah beramah mesra dengan kangaroo pulak. Seronoknya! Tak sahlah datang Australia tak jumpa haiwan marsupial ni kan.

Di Phillip Island ni ada 2 park untuk tengok haiwan. Satu yang Maru Koala & Animal Park tu tapi kami tak pergi yang ni. Maru ni lokasi dia sebelum Panny's Chocolate Factory. Kami pergi ke Wildlife Park depan lagi dari chocolate factory tu.

Untuk bayaran masuk ke Wildlife Park kami ambik pakej famili (2 adults + 4 kids) AUD50 dapat sekali makanan untuk bagi kangaroo setiap orang. Lepas beli tiket kami solat dulu dalam park tu. Tiada ruang solat yang proper jadi kami solat jer dekat kawasan bersimen berhampiran toilet. Bentang kain besar untuk dijadikan alas solat.

Lepas solat barulah tenang nak jalan-jalan mencari haiwan :).

Jumpa dia ni dulu ah tido jer keje kau.

Jalan lagi jumpa kangaroo kecik. Agaknya wallaby kot ni.

Wombat.

Jalan-jalan lagi akhirnya sampai ke satu kawasan berpagar yang luas. Masalahnya angsa hitam (angsa kot?) asyik mengekori kitaorang. Macam tau-tau jekk ada makanan.

Cubaan Zikry mendekati kangaroo. Dia takut kangaroo pandai tumbuk katanya.

Angsa yang masih mengendeng. Bagilah jugak kat dia makanan.

Jinak kangaroo-kangaroo ni.

Kan bagus selalu camni kalau tak bercekau jer keje.

Impian Risya masa tadika nak pergi Australia jumpa kangaroo kan. Nah 9 tahun kemudian baru mama dapat realisasikan dengan izin Allah swt. Harap Risya happy dengan hadiah ni :).

Kangaroo dah kenyanglah dik takmo dah dia makan 😆.

Seronok adik kejar-kejar kangaroo ye :).

Cubaan papa memujuk kangaroo makan.

Akhirnya kangaroo termakan pujuk rayu papa hahah.

Ada baby dalam poket dia :).

Ajak posing acah-acah tak mau pulak dia. Kangaroo ni jangan pegang telinga dia. Dia tak suka.

Pandai ia posing ye :).

Dah puas main-main dengan kangaroo dan memijak tahi kangaroo tapi heran tak bau busuk pulak 😆 hari pun dah beransur petang. Pukul 5 pm camtu dah nak tutup dah park ni. Winter siang pendek kan.

Sebelum keluar sempat jengah kandang budak ni tasmanian devil. Tak reti dok diam lari sana-sini.

Keluar dari Wildlife Park kami bergerak menuju ke The Nobbies untuk melihat sunset. The Nobbies ni kira penghujung Phillip Island. 

 Keluarga kecil kami :). Mama happy dapat belanja semua orang datang sini dengan hasil titik peluh mama berbisnes online.

Tak pandai sangat mama ambik gambar matahari tu.

Di Phillip Island ni kalau nak tengok penguin bolehlah pergi ke Penguin Parade. Misi penguin kami dah tercapai di St Kilda Pier jadi kami terus balik ke Coburg meredah kegelapan malam. Malam tu kami dinner di homestay saja masak maggi asam laksa. Sejuk-sejuk makan maggi memang nikmat yakmat.

In shaa allah next time saya sambung cerita hari ke-3 pulak. Harap tuan tanah ni istiqamahlah. Takut kemalasan melanda tetiba 😅. 

Tata titi tutu 💖.







No comments