Melbourne Day 1 : Tanamekar Homestay, Coburg

As-salam dan hai ^^

Sementara mood nak menulis masih berkobar-kobar sebaiknya kita tulis pasal cuti-cuti Melbourne baru-baru ni heheh. Dipendekkan cerita petang raya haji bertarikh 22/8/2018 bertolaklah kami sekeluarga dari Skudai, JB ke KLIA2 dengan penuh debaran maklumlah first time nak travel luar negara sendirian berhad. Biasanya join free trip Avail jer semua dah ready tinggal bawak diri sendiri jer kuikui.

Percutian ke Melbourne ni sebenarnya khas untuk anak dara ni sebab result cemerlang UPSR tahun lepas :).

Ambil flight malam dengan harapan boleh membuta sepanjang di atas awan takde maknanya asyik-asyik tercelik. Lebih kurang 7 jam lebih sampailah kami dengan selamat di Tullamarine Airport, Melbourne jam 8 am waktu tempatan. Kalau Kat Malaysia baru pukul 6 am camtu. 

Yippeee terujanya dah nak sampai!

Kat imigresen sambung berdebor lagi sebab orang cakap kan imigresen Australia garang-garang. Alhamdulillah semua smooth ajer. Yang penting follow semua rules dia. Makanan bawak apa declare semua. Diaorang check lebih kurang je anjing garang pun tak kelihatan. Lepas tu first thing first mestilah pergi beli simkad dulu hehe. Beli kat kedai dalam airport tu jugak. 

Kat luar Tullamarine Airport tengah nak carik tempat shuttle. Terik matahari sampai menggerinyit bijik mata tapi suhu 6℃ masa ni sejuk giler oii.

Dah settle semua kami naik shuttle yang disediakan oleh Apex menuju ke tempat ambil kereta. Kami dah booking kereta sewa awal-awal lagi dari Malaysia. Booking online jer dekat sini >>https://www.apexrentals.com.au/.

Outlander 767 TAV yang banyak berjasa. Merasalah pakai kereta SUV seminggu. 

Sewa kereta ni siap dengan GPS sekali. Minta dengan orang Apex tu untuk setkan siap-siap avoid toll jadi takdelah GPS tu bijak bestari bawak korang lalu jalan bertol nanti :D. Kalau duit kepuk-kepuk takpelah hahah.

So our first destination mestilah menuju ke tempat penginapan iaitu Tanamekar Homestay yang terletak di Coburg. Dalam 20 minit perjalanan lah gitu. Taip address penuh dekat GPS dan pandulah dengan berhati-hati yer. Traffic light hijau jangan laju sangat berdesup macam kat Malaysia sebab nanti alih-alih kuning tak sempat brake. Kat sini kuning berhenti jangan kau makin laju kang kena saman dalam AUD sia-sia ajer :p. 

Selain tu boleh guna google maps jugak untuk petunjuk jalan tambahan sebab dah namanya highway yang kita tak biasa kemungkinan tersalah lorong tu besar. Dah elok tadi set GPS tak nak lalu tol kan tapi akibat salah lorong tak pasal-pasal kitaorang kena tol. Tol kat sini takde orang jaga pun just macam tiang jer. Bila kita lalu dia bunyi tettt tanda kad kredit dah kena tolak seronoknya rasa kahh!

Akhirnyaaa home sweet home! Nampak usang jer tapi not bad lah yang penting bersih.

Nak sampai ke rumah ni pun ada cabaran juganya juga. Boleh pula time kami sampai ada orang repair jalan betul-betul depan gate. Nak lalu masuk jalan ke rumah workers tu tak bagi. Dah tu takkan nak parking jauh-jauh angkut luggage besar-besar kan. Mujur dah slow talk diaorang bagi lalu huhu.

Assalamualaikummm! Ada orang tak :D. 

Masa kami sampai ni belum ada penyewa lain. Oh ye Tanamekar ni konsepnya sewa bilik. Ada 3 bilik kesemuanya tapi 1 bilik tu ada bilik lagi dalamnya entah cemana rupa tak taulah sebab kami tak sewa yang itu. Pemilik Tanamekar ni orang Melayu Islam tapi menetap di Melbourne. Macam mana rupa orangnya tak kenal sebab tak sempat ketemu.

Bukak-bukak pintu terus nampak laluan ni. Di balik pintu yang hujung tu adalah bilik air, toilet dan tempat sidai baju. Iron pun ada. Mesin basuh tak disediakan. Tapi kedai dobi ada dekat jer. 

Rumah ni takde ruang tamu maka takdelah sofa mahupun tv. Tapi kami tak kisah sebab datang Melbourne memang nak berjalan bukan tengok tv hahah. Itinerari kami memang full dari pagi hingga malam.

Dapur lengkap dengan peralatan memasak dan peti ais. Heater pun ada (yang tepi kabinet dekat batang penyapu tu). Sangat-sangat diperlukan time winter. Bangun pagi memang berlonggok je depan heater ni tak tahan sejukk.

Bilik air lupa pulak nak ambik pic. Toilet macam biasalah ni rumah pesen orang puteh jadi memang takdelah paipnya. Nak cebok angkutlah air sendiri dari bilik air ;).

Bilik kami yang dekat dengan dapur. Adoii baru sampai dah macam tongkang pecah.

Lepas mandi-manda (tak kiralah sejuk macam dalam peti ais pun rasa rimas kalau tak mandi) kami terus keluar ke pasaraya Coles berdekatan nak beli-belah barang-barang makanan yang tak dibawa dari Malaysia macam roti, biskut, jem, buah dan beras.

Kawasan perumahan yang mendamaikan. Bila malam sunyi cuma ada bunyi siren keretapi memecah keheningan cewah macam novel pulak :p. Depan rumah ni memang laluan keretapi.

Dekat je Coles ni jalan kaki dari Tanamekar dalam 400 meter kot. Ala-ala Giant la gitu pasaraya ni.

Area Coburg ni best kedai makanan halal pun banyak. Kedai kebab berlambak-lambak. Antara yang popular Melbourne Kebab Station. Restoran Taste of Thai pun ada kalau nak carik nasik-nasik tapi harganya paham-paham jerlah :D.

Strawberry murah-murah!

Belek-belek beras. Kami beli pek kecik jer jenama sunrice cukuplah untuk seminggu.

Kami borong banyak jem Barkers ni bawak balik Malaysia. Ada kawan yang pernah tinggal di Melbourne mintak belikan rindu katanya. 

Dah habis beli-belah kami balik homestay dan masak-masak dulu untuk lunch. Masak nasi dengan lauk Brahims jer. Petang sikit dalam pukul 3 pm baru keluar jalan-jalan ke Brighton Beach. Tu next entri lah saya cerita. Penat dah menaip. Nak sambung tengok kdrama pulak hihi.

Sementara tu boleh baca entri berkaitan Melbourne yang sebelum ni ;).

Bajet & Itinerari Ringkas Percutian Musim Sejuk Ke Melbourne
Apa Nak Buat Kalau Permohonan Visa Australia Tak lepas

Tata titi tutu 💖.







No comments