Melbourne Day 2 : Chocolate Factory, Phillip Island

As-salam dan hai ^^

24/8/2018

Hari kedua ni plan kami adalah menuju ke Phillip Island. Nak buat aktiviti apa jer dekat pulau ni? Boleh tengok interactive map kat sini >> http://www.visitphillipislandmap.com.au/. Tapi dalam itinerari kami cuma fokus 3 tempat sahaja iaitu Panny's Chocolate Factory, Wildlife Park dan The Nobbies.

Dari Coburg perjalanan dalam 2 jam lebih ikut M1 highway (tanpa tol). Pagi-pagi kami dah bertolak dan breakfast dalam kereta saja bawak bekal sanwic dari homestay dan air kopi simpan dalam termos. Sedap sejuk-sejuk minum kopi panas-panas.

Oh ye kalau belum baca cerita hari pertama kita boleh klik sini >> Melbourne Day 1 : Bathing Boxes, Brighton Beach & St Kilda. Sepanjang perjalanan ke Phillip Island disajikan dengan pemandangan yang sangatlah cantiknya. Langit biru cantik, awan cantik, pokok cantik, rumput dan lembu pun cantik 😍.

Walaupun hitam lembu ni tetap cantik juga ;). Memang akan lalu banyak kawasan yang ada lembu macam ni. Baik jer lembu dia tak merayau ke jalan raya heheh.

Signboard menuju ke Phillip Island menandakan anda berada di jalan yang benar :p.

Suka sangat tengok awan dan langit biru tu :). Asyik snap pic sepanjang jalan langsung tak rasa ngantuk.

Tapi 2 budak ni langsung tak heran teruskan aktiviti membuta sabo jerla.

Alamak ada accident pulak. Depan perkuburan? Mujurlah siang kalau malam seram jugak kan :p.

Nampak laut dahhh maknanya dah nak sampailah!

Our first destination Panny's Chocolate Factory!

Apa jer yang ada dalam Panny's Chocolate Factory ni eaa jom kita melawat kawasan. Masuk-masuk jer of course lah ada kedai jual coklat tapi kami tak beli pun. Terus jer beli tiket untuk masuk ke ruang kilang dan pameran.

Kami ambil pakej famili (2 adults + 2 kids) tiketnya AUD50. Nasiblah Risya umur 13 tahun masih kira kanak-kanak lagi. Orang cakap kilang coklat Panny's ni dekat Malaysia pun ada tapi wallahua'lam lah tak pasti pulak kesahihannya.


Belakang tu dia ceritalah macam mana biji koko tu diproses untuk buat coklat yang sedap tu.

Peralatan nak hancurkan biji koko.

Ada game teka-teka pasal coklat.

Benda pameran belakang tu diperbuat dari coklat.

Main teka-teka aroma.

Tiga beranak ni seronok main game. Dapat hadiah coklat kalau menang.

Game ni best sebab dapat makan coklat! Tapi tak boleh nak main lama-lama sebab orang lain pun menunggu jugak :p.

Boleh buat coklat sendiri. Lepas tu kalau rajin tunggulah coklat tu siap dan boleh makan.

Dah habis melawat kawasan kami lunch di restoran dalam Chocolate Factory tu. Satu set macam ni AUD15. Kami order 2 set makan share 4 orang.

Lepas lunch kami gerak ke Wildlife Park pulak. Nak jumpa kanggaroo! Nantilah sambung. Penat dah.

Tata titi tutu 💖.










No comments