Melbourne Day 3 : CBD

As-salam dan hai ^^

25/8/2018

Hari ni hari ke-3 kami plan jalan-jalan ke city atau lebih dikenali sebagai Melbourne CBD (Central Business District). Belum baca entri hari pertama dan kedua kami? Klik link bawah ni untuk baca yep.

Melbourne Day 1 : Bathing Boxes, Brighton Beach & St Kilda
Melbourne Day 2 : Chocolate Factory, Phillip Island
Melbourne Day 2 : Wlidlife Park & The Nobbies, Phillip Island

Okey jom sambung cerita hari ni. Kalau nak ke city lebih baik naik public transport sahaja iaitu tram sebab kat sana susah parking dan kalau ada pun mahal bayaran tiketnya. Macam yang saya cerita sebelum ni download jer apps PTV dekat hepon untuk plan nak naik tram nombor berapa dan pukul berapa. Cewah macam mudah jer kan bunyinya tapi sesat jugak hahaha.

Dari Tanamekar kami jalan kaki sahaja ke stop 31 ni dalam 400 meter. Tengok kat papan tanda tu tulis tram akan menghala ke Flinders Street Station.

Tekun baca map route tram tu tapi tak faham pun kesiann 😆. 

Plan nak pergi Melbourne University atau State Library dulu tapi sebab tak tahu nak turun mana kami ikut jer omputeh turun dekat Queen Victoria Market 😅. 

Queen Victoria Market ni kalau nak pergi kena tengok hari dan masa juga. Isnin, rabu dan sesetengah public holiday tutup.

Queen Victoria Opening hours
Selasa & Khamis : 6am - 2pm
Jumaat : 6am - 5pm
Sabtu : 6 am - 3pm
Ahad : 9am - 4pm

Beli-beli buah untuk bawak bekal pergi Great Ocean Road esok. 2.50/kg ingat murah dah rupanya jalan lagi ada yang lebih murah rupanya cis.

Kat QV Market ni bolehlah nak cari souvenir. Macam-macam ada. Kami beli keychain dan fridge magnet untuk keluarga dan kawan-kawan. Untuk anak buah belikan pencil case dan juga t-shirt. T-shirt budak murah-murah jugak AUD4 sehelai.

Singgah beli wool stokin. Hangat sikit baru sedap tido. AUD7 tak silap harganya sepasang. 

Must try! Sedap. Harga AUD4/each. Kalau datang Melbourne lagi memang nak repeat makan ni.

Dah puas jalan-jalan macam biasa budak berdua tu pun mulalah bersungut lapar. Tengah tercangak-cangak sekitar market confuse nak beli makanan apa tetiba kami disapa oleh seorang stranger berbangsa Melayu dan dia suggest kami untuk cuba boreks ni. Halal katanya. Dia dah banyak kali ke Melbourne. Jadi kami cubalah. Order yang spinach and cheese dengan spicy lamb. 

Lepak kejap kat sini sambil menikmati borek panas-panas memang sedap. Tetap memegang peta tapi tak faham jugak lagi route tram tu hahaha.

Akhirnya jalan ikut langkah kaki saja. Nak naik tram tak berapa faham. Nampak tempat menarik kita rakam kenangan contohnya RMIT universiti ni.

Setelah beratus-ratus langkah tiba jugak ke tempat yang dituju iaitu National State Library. Kat Malaysia malas pergi library kat negeri omputeh pulak ko rajin yer 😆.

Masuk library bukan nak pergi menelaah pun tapi nak ambil pic reading room yang cantik berbentuk oktagon ini.

Layakan anak dara seorang ni bergambar.

 Serupa tak? :)

Chess skala gergasi.

Beburung depan library.

 Sebelah State Library ni ada kedai churros. Kata orang sedap. Yok kita cuba!

Sedap ke? Apa benda pun kalau dah dip dengan coklat giler tak sedap kan. First time makan churros jadi tak tahu ada beza tak rasanya dengan yang di Malaysia.

 Lepas kenyang makan churros yang manis tu kami meneruskan langkah mencari tempat-tempat menarik lagi. Cantik kan rekabentuk bangunan Flinders Street Station ni.

Di depan Flinders Street Station ada bangunan Melbourne Visitor Center. Ada orang berbaju seragam merah biasanya kat sini. Kalau ada sebarang pertanyaan sesat ke apa boleh tanya kat diaorang.

 Sementara suami bertanya-tanya orang baju seragam merah tadi kita amik pic bangunan sekeliling. Tak silap ni namanya Federation Square. Nampak tak sekumpulan orang kat atas bangunan tu? Ada suara jerit-jerit tengah berdemo kot 😆.

Shrine of Remembrance atau lebih dikenali sebagai The Shrine. Nampak gah dengan lokasinya di atas bukit.

Dari Flinders Street tu kami naik tram untuk mencari bangunan Shrine of Remembrance. The Shrine ini ialah memorial war sebenarnya. Tak pasti naik tram nombor berapa sebab main ikut jer papa bawak ke mana. Dalam tram tu mata awas tengok hentian sebab tak sure sebenarnya kat mana nak turun. Main agak-agak jer mujurlah turun di tempat yang betul.

 Nampak cantik sangat The Shrine (bukan orang dalam pic tu yang cantik :P) dengan latarbelakang langit biru tu.

Nama Malaya turut terukir di sini.

 View dari atas The Shrine. Percuma jer nak naik atas ni. Tinggal lagi larat ke tidaklah nak daki tangga.

Sedang papa sibuk mencari angle yang cun untuk bergambar mamat German asyik dok sengih. Lastly dia tegur sama ada saya ni orang Indonesia. Hurm sabo jerlahhh. Tahulah muka kita iras Luna Maya kahhh.

Turun dari The Shrine tu orang lelaki dah tak tahan nak buang air kami girls lepak-lepak kejap kat taman sambil bergambaran.

Perut pun dah berkeroncong maka kami naiklah tram semula patah balik menuju ke Flinders Street Station. Malangnya di pertengahan jalan semua penumpang diminta turun kerana jalan tram ditutup sementara untuk perarakan kuda huhu. 

Tak tahu nak tuju ke mana kami gunakan khidmat google maps untuk mencari lokasi restoran Blok M Express ini. Tangan tak lekang dengan phone reply customer order.

Restoran ini menghidangkan makanan selera Indonesia.

Kami order 2 set nasik beserta dengan lauk ayam + telur mata + sup kosong + teh kotak + sepinggan nasik tambah berharga AUD36.

Makanan yang kami order tu memang sedap. Untuk kami berdua set ayam balado. Untuk anak-anak set ayam bakar sebab diaorang tu tak tahan pedas. Sambil menikmati makanan sendiri air liur menjejes tengok hidangan meja sebelah makan set kambing huhu. Tahan jekk nafsu. Selesai makan sambung jalan-jalan lagi. 

Pelukis jalanan yang sungguh berbakat. 

Singgah Chemist Warehouse beli perfume. Orang cakap murah. Tapi tak tahulah sebab tak pernah banding harga. Chemist Warehouse ni kat area Coburg pun ada.

Selesai membeli-belah kami naik tram lagi untuk mencari Cook's Cottage sebelum balik. Rasa macam dah bijak sikit kali ni sebab tahu dah cara nak pilih tram dan hentian yang betul hehe.

 Turun dari tram kami nampak bangunan yang cantik ini. Tak tahu bangunan apa. Rasanya Royal Exhibition.

Di sebelahnya ada Melbourne Museum. Kami sampai sekitar pukul 5pm muzium pun dah tutup.

Dari muzium ni hajat di hati nak ke Cook's Cottage. Tengok google maps dalam 11 minit kalau berjalan kaki. Rasa macam jauh jadi kami plan naik tram sahaja. Konon dah tere pilih tram tapi 3x tram lalu kami tak naik sebab confuse nak naik tram nombor berapa ke sana. 

Akhirnya kami naik sahaja tram yang datang kemudiannya. Lepas tu rasa pelik tengok hentian yang dilalui. Sah salah tram 😆! Tekan loceng turun dan kami terus ambik tram yang balik terus ke Coburg sebab hari pun dah mula gelap. Begitulah perjalanan hari ke-3 kami berakhir.

Pengembaraan hari ke-4 adalah yang paling ditunggu-tunggu. Nanti ada masa saya sambung lagi yep.

Tata titi tutu 💖.









No comments