Melbourne Day 1 : Bathing Boxes, Brighton Beach & St Kilda Pier

As-salam dan hai ^^

23/8/2018

Ada masa lapang ni meh kita sambung cerita Melbourne. Entri ni sambungan dari sini >> Melbourne Day 1: Tanamekar Homestay, Coburg. Dalam pukul 3pm lepas masak-masak dan lunch kami bertolak ke Brighton Beach untuk melihat pondok warna-warni yang pemes tu. 

Memandu dari Coburg kalau tak sesat adalah dalam 40 minit gitu hihi. Malas memandu boleh naik train. Download je apps PTV kat henfon untuk rancang perjalanan. 

Bagi yang memandu sendiri parking ada disediakan berdekatan dengan pantai. Sebenarnya berbayar tapi kitaorang terlupa sebab tak kesabaran hahah. Dah balik kereta baru perasan tu adalah tempat parking berbayar. Mujurlah tak kena saman.

Bathing Boxes ni kira icon Melbourne jugak. Jadi wajiblah kita menghabiskan kodak kat sini 😆.

 Banyak pondoknya kalau larat jalanlah sampai hujung. Setiap pondok ada rupa dan gaya tersendiri. Pilihlah yang mana berkenan di hati untuk mengabadikan kenangan.

 Pondok pilihan mama untuk bergaya :).

 Risya pilih pondok pink. Tak habis-habis dengan pink.

 Pondok ni nampak sesuai dengan Zikry :)

Semua pondok ni ada pemiliknya. Mesti orang kaya sebab 1 pondok jer harganya dah mencecah ratusan ribu dollar huhu.

Sebenarnya ada satu pondok paling pemes iaitu pondok dengan lukisan bendera Australia. Lupa pulak nak ambik pic kat situ huhu. Matahari memancar-mancar macam panas tapi sejukkk sebenarnya. Angin kuat. Kulit pun jadi kering.

Dah puas amik pic sana-sini hari pun dah beransur senja. Masa untuk tengok penguin di St Kilda Pier pulak sebab pukul 7pm camtu penguin mula pulang ke sarang. Pantai St Kilda bersebelahan jer dengan Brighton Beach.

Oleh sebab kedekut nak bayar parking kami letakkan kereta di taman berdekatan dan menapak ke St Kilda Pier. Tak dekat pun sebenarnya 😅. Tapi tak kisahlah. Sejuk kan tak berpeluh pun. Lemak pun tak cair hahah. Anak-anak jerlah bersungut kepenatan.

Sampai dah. Kena jalan lagi ke dalam untuk tengok penguin liar secara percuma.

Kalau tak nak tengok penguin di St Kilda Pier ni boleh pergi Penguin Parade di Phillip Island tapi situ tak percuma heheh.

Tak boleh guna flash kalau nak ambik gambar penguin. Tak tahu pulak kenapa. Takut penguin terkejut atau boleh rosakkan mata dia kot ntah.

Selesai tengok penguin comel beraksi kami pun menapak semula cari kereta nak balik. Lupa pulak dah lokasi taman tadi kat mana huhu. Kesesatanlah jawabnya. Mujur ada google maps membantu.

Dalam perjalanan mencari kereta jumpa Luna Park ni ambiklah pic barang seketul buat kenangan. Luna Park ni taman tema ada roller coaster bagai tapi ni dah malam tutuplah. 

Perut pun dah lapor jadi kami pun terus balik Coburg dan singgah di restoran Taste of Thai ni. Order nasik goreng thai 2 pinggan (AUD 13.50/sepinggan) makan share 4 orang. Rasa macam tak cukup jekk haha tapi apa boleh buat takut bajet lari. 

Dekat jer restoran ni dengan Tanamekar. Macam-macam masakan Thai ada tapi nasik goreng tu lah yang paling murah. Air suam free jer. Masakannya sedap kena dengan selera.

Tamat dah cerita hari pertama di Melbourne. Malam kami berehat saja sebab esoknya nak drive ke Phillip Island pula. Tido berbungkus dari hujung kepala sampai hujung kaki sebab winter ni makin malam berganjak ke subuh suhu makin sejuk. Saya siap pakai snowcap lagi tido sebab tak tahan sejuk.

Tata titi tutu 💖.


No comments