Pasar Ben Thanh Yang Menjadi Igauan

As-salam ^_^

Cak! Fuhhhhh. Banyaknya debuuu 😅.

Alhamdulillah akhirnya tuan blog ini dapat juga hidayah nak update blog dia setelah bertahun-tahun ditinggalkan tanpa sentuhan kasih sayang. 

Nak update kisah kami sekeluarga bersama geng-geng availian ke Ho Chi Minh City bulan lepas. Sayang pula rasa kalau tak tulis buat kenang-kenangan. Nanti boleh juga berbangga tunjuk kepada anak cucu.

Trip percutian ni semestinyalah ditaja 100% oleh company Avail International. Nak dapat free trip ni kena kumpul poin setiap bulan. Jual pad fc bio, jual green fit, jual propolis, jual ikids sambil bergolek depan tv menonton kdrama dapat duit kocek, dapat bonus dan dapat free trip lagi. Seronok kan. Giler tak seronok.

Kalau dah namanya trip Avail haruslah mendapat layanan macam vvip. Kami menginap di hotel 5 bintang, Windsor Plaza Hotel. Hotel mewah berketinggian 25 tingkat ini letaknya di daerah Cholon (Chinatown) di pusat bandar Ho Chi Minh. Kiranya hotel ni penginapan paling bestlah dekat situ.


Masa ni tengah tunggu bas nak keluar dinner. Kami memakai unsur hijau agar seiring dengan konsep warna papan nama hotel :P.
Sesekali feeling macam orang have-have tido hotel mewah hiks. Kalau pergi dengan bajet sendiri biasanya pilih hotel murah janji bersih sahaja.



Ada tangga tinggi macam rumah orang kaya dalam filem hindustan wajib posing barang seketul. 

Cuma yang tak best pasal hotel ni cafenya ada masak pork sekali huhuhu. Hampir-hampir juga nak termakan pork cincang yang dicampur dalam telur scramble. Mujur ada kawan tegur. Jadi untuk breakfast kami cuma berani makan roti, bun, buah, yoghurt dan telur separuh masak sahaja. Lagi satu bilik air dia takde paip dekat jamban. Benci betul. Mujur shower dia boleh tarik jauh hahah. Tak puas oii beristinjak sekadar pakai air segelas :P.

Sebelah hotel ni ada Pusat Membeli Belah An Dong tapi kami lupa terus nak melawat ia. Dari hari pertama sampai lagi kami dah dibawa ke pasar Ben Thanh. Sudahnya semua asyik mengigaukan Ben Thanh. Tempat lain tak mau pergi dah. Kalau boleh nak berkhemah kat situ kot 😆. Pasar Ben Thanh ini 3 km jauhnya dari hotel kami menginap. Buka dari pagi hingga pukul 6 ke 7 petang gitu terlupa pulak.


Bila dah masuk dalam ini boleh menyebabkan kelupaan jalan pulang.

Serba-serbi murah di sini terutamanya kain pasang dan pakaian. Harga boleh tawar sampai muflis tuan kedai hiks. Tapi syaratnya tawar harga bila memang confirm nak beli barang tu. Jangan main-mainkan perasaan mereka. Tak baik tau! Tak berminat cakap tak nak je terus. Kalau tak dia pegang tangan kau takmo lepas.



Borong sakan nampaknya DM Apo. Nampak tak kain lace dan sutera vietnam bergantung-gantungan. Bukan setakat satu kedai saja yang ada. Banyak kedai sampai juling mata nak pilih.


Kengkawan giler-giler borong kain lace dan sutera vietnam. Saya tumpang tengok dan menyibuk saja. Memang cantik-cantik tapi nak beli tak tahu nak pakai ke mana. Peniaga pun boring nak promote kepada saya. Saya cuma borong telekung Siti Khadijah saja di sini. Harga antara RM30 - RM50 bergantung pada design dan kepandaian kau memujuk rayu peniaganya hehe.

Cuma yang tak best beli telekung SK dalam pasar ini tak dapat beg SK nya sekali. Dalam plastik saja. Tak syoklah kalau nak beri kepada orang. Kualiti kain dengan yang ori saya tak berapa pasti tapi kainnya memang sedap dan lembut. Nak buat kot dan kemeja serta seluar slack pun boleh di sini. Sehari siap dengan harga yang sangat murah. Suami saya pun ada buat. Boleh alter dengan pantas juga kalau dia buat terkecil atau terbesar.



Bagus kecil-kecil dah practise teman orang perempuan shopping 😅.



Pasar Ben Thanh dah tutup kita sambung shopping di Night Market pula. Night Market ini  dibuka di sepanjang jalan di luar bangunan Pasar Ben Thanh. Tapi takdelah besar sangat pun. 



Beli seluar batik saja buat pakai-pakai kat rumah. Dia letak harga mahal. Kita mintalah tawar harga tak masuk akal. Dia tak nak bagi buat-buat merajuk nanti confirm dia kejar balik :P.



Mama zara sedang memujuk amoi vietnam mintak harga hancur hati amoi.



Kenangan di Night Market. Orang lain bergaya sopan kecuali tuan blog -_-.


Di luar Pasar Ben Thanh ini ada juga kedai-kedai jual tudung dan telekung. Buka dari 8.00 am sampai larut malam. Yang bestnya di kedai luar beli telekung SK dapat beg sekali macam original. Harga lebih kurang dengan yang dijual di dalam pasar. Tudung-tudung berjenama macam bokitta, naelofarariani dan duck pun murah gilerr bawah RM20 semuanya! Jadi gila sekejap menyopping.

Oklah. Nanti kalau rajin saya sambung lagi. Kalau rajinlah. Tak rajin memang terhenti lamunanku di sinilah nampaknya. 😅. Tata titi tutu.

3 comments

Azian Elias said...

welcome back. hehehehehe..
memang best kan HCMC.

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

adakah bokkita, duck, sk, ariani tu sume amek stok kat sini & letak jenama dorg atau dorg yg tiru brand tu??

Amanda Suria said...

SA pergi Ho Chi Minh memang jahanam poket...habis RM3K, dari bawak pi satu bag je konon x nak shopping..tersampuk hantu shopping jugak..hahahaha...next time x nak pi Vietnam dah..dulu pi stay kat hotel near hotel yang Rina stay tu..