Pasar Ben Thanh Yang Menjadi Igauan

As-salam ^_^

Cak! Fuhhhhh. Banyaknya debuuu 😅.

Alhamdulillah akhirnya tuan blog ini dapat juga hidayah nak update blog dia setelah bertahun-tahun ditinggalkan tanpa sentuhan kasih sayang. 

Nak update kisah kami sekeluarga bersama geng-geng availian ke Ho Chi Minh City bulan lepas. Sayang pula rasa kalau tak tulis buat kenang-kenangan. Nanti boleh juga berbangga tunjuk kepada anak cucu.

Trip percutian ni semestinyalah ditaja 100% oleh company Avail International. Nak dapat free trip ni kena kumpul poin setiap bulan. Jual pad fc bio, jual green fit, jual propolis, jual ikids sambil bergolek depan tv menonton kdrama dapat duit kocek, dapat bonus dan dapat free trip lagi. Seronok kan. Giler tak seronok.

Kalau dah namanya trip Avail haruslah mendapat layanan macam vvip. Kami menginap di hotel 5 bintang, Windsor Plaza Hotel. Hotel mewah berketinggian 25 tingkat ini letaknya di daerah Cholon (Chinatown) di pusat bandar Ho Chi Minh. Kiranya hotel ni penginapan paling bestlah dekat situ.


Masa ni tengah tunggu bas nak keluar dinner. Kami memakai unsur hijau agar seiring dengan konsep warna papan nama hotel :P.