BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Pertama Kali Snorkeling di Pulau Redang

As-salam.. hai ^_^.

Hahah boleh bilang dengan jari berapa kali je saya update untuk tahun 2015 ni. Dasar pemalas :p. Kali ni nak berkongsi cerita dengan anda tentang pengalaman saya bersnorkeling buat kali pertama di Pulau Redang, Terengganu. Bila eh kejadian ni..saya pun lupa maklumlah dah berbulan-bulan baru nak story hehe tapi yang penting dalam tahun 2015 ni lah.


Actually trip Redang ni hadiah dari company Avail untuk semua agen dan pengedarnya yang berjaya complete poin. Alhamdulillah pegi sana bawak badan dengan beg jelah. Trip PERCUMA lah kiranya hehe. Tu yang best tu. Saya yang 100% bisnes from home pun boleh complete poin, syukur sangat-sangat.

Pulau Redang ni masha-Allah cantikkk sangat. Saya pertama kali jejakkan kaki ke sini. Masa mula-mula sampai macam terpana gitu melihat keindahan alam ciptaan Allah swt.


Kata orang bila sampai Pulau Redang tak sah kalau tak bergambar depan kedai cenderamata ni. Kedai yang macam rumah ni pernah jadi set penggambaran filem ke drama korea ke apa tah saya pun dah lupa.


Bilik penginapan kami di Laguna Beach Resort selama 3 hari 2 malam.


Dapat bilik yang menghadap swimming pool. Syoklah tapi tak pegi terjun kolam pun :p.


Masa dapat tentatif trip tengok ada aktiviti snorkeling rasa takut sangat. Mulanya decide tak nak join snorkeling tu tapi fikir-fikir balik trip ni dahla free macam rugilah pulak. Lagipun bila lagi nak cuba benda baru kan. Kenalah berani cabar diri sesekali.


Nak pegi snorkeling lah ni. Ni first day kot. Tengah tunggu turn bot. 


Yang buat jadi takut sangat tu sebab saya tak pandai berenang. Takut air dalam. Panik kalau kaki tak boleh jejak ke dasar. Mujurlah encik asben pandai berenang. Jadi apa-apa hal ada tempat berpaut hehe. Ni satu tips jugak untuk anda yang pertama kali nak snorkeling. Cari partner yang pandai berenang dan boleh dipercayai hehe...yang tak boleh dipercayai tu nanti dia syok tengok ikan dan coral langsung terlupa kat kita yang sedang terkapai-kapai kelemasan. 


Gambar dengan cik piya lah pulak. Asyik gambar dengan encik asben jek bosan pulak. Dahla first time nak snorkeling terus campak kat tengah laut. Rasanya tengah la kot sebab tak nampak pantai pun. Masa ni dah berani lepas diri dah. Kejap jek takutnya.


Tips kedua, pastikan goggle yang kita pakai tu betul-betul ketat. Masa first time snorkeling goggle saya asyik masuk air, si penakut bila hidung telinga masuk air mulalah panik hehe. Dahla hari pertama snorkeling terus lepas kat tengah laut. Saya ingatkan adalah latihan kat kolam renang dulu ke hehe. 


Tips ketiga yang paling penting supaya kita seronok bersnorkeling ialah belajar untuk percaya kepada jaket keselamatan hehe. Jaket keselamatan ini akan bantu kita untuk terapung tak kiralah nak terapung berdiri ke, terlentang ke atau bergaya macam terbang ala superman. Boleh acah-acah pandai berenang jugak walaupun macam berenang setempat jek. Harap kaki je kayuh laju kononnya.


Ni hari kedua snorkeling. Hari kedua best sebab start dari tepi pantai. Kurang sikit takutnya. Sebenarnya rasa takut dah takde berganti dengan rasa teruja. Sampai-sampai je terus masuk laut. Tengok tu saya dah mahir dah. Siap tunjuk good tanda best sangat la tu.


Seronok! Rasa macam duduk dalam akuarium pulak.


Letak pic encik asben lah sebab beliau kelihatan kacak pula di sini macam jejaka korea hehe. Nampak remaja lak tu. Saya punya pic pun ada macam ni tapi saya terlihat seperti alien terus malas nak tempek pic -_-. Masa ni pekerja resort benamkan kita ke dasar laut untuk capture pic yang tercantik untuk dibuat kenangan. Kena beli la pic ni.


Hari terakhir di Pulau Redang kami habiskan masa bergambar sekeliling pulau sementara tunggu bot nak balik. Malas nak tempek semua pic. Akak lanje pic feeling satu lah :P.



Ok tata. Jumpa next entri yang entah bila hehe. Sedang menghitung hari untuk next trip ke Bali pulak. Tak sabarrrrr.


Suka guna produk Avail?
Suka nak jana income part time?
Suka nak jalan-jalan secara PERCUMA?

Jom hubungi saya:

WHATSAPP/SMS 0197583883
Fb : Rina Avail 

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy