BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Kenangan Manis 2014


As-salam...

Pejam celik dah masuk tahun 2015. Sekejapnya masa berlalu kan tak sedar pon. 2014 adalah tahun sibuk saya dengan online business saya ni. Alhamdullillah apa yang saya mulakan tahun 2010 dulu dah menampakkan hasilnya. Sampaikan nak update blog pon dah takde masa haha. Masa saya dihabiskan dengan menguruskan kedai online saya di facebook dan instagram, packing order dan juga reply pm serta whatsapp customer. Bila ada masa terluang saya tumpukan pada rumahtangga dan anak-anak pula. Haha..banyaknya alasan tak update blog. Padahal kalau nak seribu daya. Ini pon nak update saya korbankan masa mengemas rumah haha.

Boleh follow saya di ig :@rinaavail :)
2014...impian saya satu-persatu tercapai. Antaranya lakukan lasik. Dah lama saya simpan hasrat nak buat. Dari usia saya 20-an lagi. Tapi masa tu tak cukup duit. Bila dah berkahwin dan beranak-pinak saya tak bekerja pula jadi tak pernah nak fikirkan pasal impian lagi. Sebab rasanya memang takkan tercapai. Alhamdulillah pada Januari 2014 Allah swt izinkan untuk saya laksanakan impian nak buat lasik tu. Pengalamannya ada saya catatkan di >>SINI.


Kemudian dapat naik kapal terbang pergi ke China dan Korea pula. Walaupun tahun sebelumnya dah pernah naik kapal terbang ke umrah tapi tetap teruja bila nak terbang hehe. Maklumlah jarang naik flight jakunlah sikit. Memang dah lama saya idam-idamkan nak pergi Korea especially Pulau Nami dengan Pulau Jeju. Sedikit terkilan sebab trip yang lepas tak masukkan Pulau Jeju sekali. Tapi takpelah ada rezeki dapatlah pergi Korea lagi lain kali. Pengalaman ke Korea tak banyak yang saya catatkan sebab seperti yang saya cakap kat atas tadi hehe.


Gambar kenangan masa di China

Masa ni di Seoul Tower, Korea. Sajelah gambar camtu konon feeling-feeling romantik :P.


Penghujung 2014 juga banyak perkara yang baik-baik Allah swt kurniakan buat kami sekeluarga. Antara yang paling manis apabila suami saya mendapat anugerah Top Diamond kali kedua semasa di PICC mengulangi kejayaan tahun sebelumnya serta anak sulung saya mendapat tempat pertama di sekolah sekali lagi untuk 3 tahun berturut-turut.


Kenangan di PICC 2014. Tahun 2015 in shaa allah covention akan diadakan di Bali. 
Tazabarrrrr hehe.


Hehe kantoi pula tudung sama dengan pic atas :P.


Dan alhamdulillah untuk diri sendiri betul-betul di penghujung Disember 2014 saya telah complete sebagai Diamond Manager (pangkat ke-3 tertinggi) walaupun sebenarnya bukan pangkat yang saya kejarkan dalam bisnes ni. Sebagai surirumah apabila dapat menjana pendapatan sekadar 4 angka di rumah pun saya sudah cukup bersyukur. Yang penting dapat buat simpanan, membalas jasa kedua ibu bapa, membahagiakan keluarga serta membahagiakan diri sendiri dengan membeli semua impian saya. In shaa allah semoga tahun 2015 ini membawa lebih banyak kebahagiaan buat kita semua :). Belum terlambat rasanya untuk ucapkan Selamat Tahun Baru dan salam maulidur-rasul.


Jumpa lagi nanti. Tak tau bila :P.



Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy