BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



My Bali Trip : Last Day !!


As-salam ^_^

Masih cerita Bali..

Terlepas cerita sebelumnya? Silalah klik link di bawah ini :

Cerita Hari Pertama
Cerita Hari Kedua


Hari ketiga sambung jalan-jalan lagi :). Ni depan hotel dynasty tempat penginapan kitaorang tu.


Kitaorang bas A tapi bas kitaorang paling last bertolak gara-gara ada ahli kumpulan terlajak bangun hehe. Mujurlah kunjungan pertama kat UC Silver ni takde apa yang menarik sebab saya bukan peminat barang perhiasan. Tak beli apa-apa pun. Lainlah kalau pegi tempat make-up ke jubah/dress ke haha suruh duduk sehari suntuk pun boleyyy :D. Jadi masa kat sini saya cuma berkunjung ke toiletnya sahaja. Bersihhhhh ! Terus selera nak bikin 'bisnes' hahaha.


Untuk menghabiskan masa kitaorang pegi tengok pekerja UC Silver buat perhiasan. Letaknya kat aras bawah bangunan. Aras atas tempat pameran dan jualan. Kejap aje tengok-tengoknya. Buat syarat. Panas wehh.


Pasar Seni Sukawati

Tempat ni paling best nak shopping sebab boleh tawar-menawar sampai penjual tu rasa nak tampar muka kau hahaha. Tawar punya tawar last-last saya cuma beli sehelai seluar batik untuk basahan 25000 rupiah (RM7.50). Memang keji sangat perangai kan. Akak cantek sebelah saya tu lagi lah tawar bukan main tapi tak beli apa pun adoyai. Fikir-fikir balik menyesal tak beli banyak-banyak. Murah giler kot tapi sebab nak kena bayo ribu-ribu tu yang rasa mahal tu haha. 


Dah penat tawar-menawar legakan tekak dengan jus avocado. Memang sedap! Tak yah coklat bagai pun dah sedap. 5000 rupiah aje kot kalau tak silap.


Otw nak pegi lunch tu bas singgah di Galeri Seni. Ke lepas lunch eh baru pegi sini? Lupalah. Tak buat apa pun kat sini just tengok-tengok lukisan pastu bergelak ketawa sahaja hahaha. Nakal betul eh korang :D.


Bale Udang. Restoran paling best! Makan atas air percuma pulak tu haha, angin tiup sepoi-sepoi, ikan berenang-renang, ada muzik. Memang nikmat dunia.


Food pun ok. Yang cucuk kat lidi tu udang. Dah nama restoran ni pun Bale Udang kan. Tapi dalam banyak-banyak lauk tu paling win kangkung kot haha pasal macam dah lama tak makan kangkung. Yang tak bestnya food tak boleh top up macam kat restoran Natrabu hehe. Sambalnya sikit sangat. 


Lepas makan buang masa posing-posing :D.


Lepas tu kitaorang dibawa ke Tanah Lot. Menurut Pak Yana, Tanah Lot ni tempat wajib kunjung. Kira kalau tak datang sini serupa macam kau tak pernah jejak kaki ke Bali.


Macam Uluwatu, kat sini ada temple jugak.



Tu orang ramai-ramai kat belakang tu nak pegi sapu holy water kat dahi kot. Temple ni boleh naik ke atas tapi kitaorang tak dapatlah sebab nak naik kena sapu holy water tu dulu. Ada ular suci jugak duduk dalam gua berhampiran. Tengok nak kena bayo. Tak kuasalah makk hehe.


Amik gambo jelah puas-puas :).


Lepas tu jalan-jalan di sekitarnya menikmati pemandangan. Jogging best ni hehe. Oh ye..waktu kitaorang kat Bali ni Malaysia tengah jerebu yang berpunca dari kebakaran ladang dari Indonesia tapi Bali sikit pun tak terjejas. Nikmat udara segar.


Otw nak keluar dari Tanah Lot tu ada kedai jual-jual souvenir jugak. Tak beli apa-apa pun kat sini melainkan minum jus avocado lagi.


Dinner terakhir di Bali. Restoran apetah ni. Lupa nak tengok namanya. Gurame terbang kat sini sedap. Lebih sedap dari restoran yang hari pertama dulu. Tapi gurame ngan sambal je la yang saya makan. Lauk-lauk lain tak berapa nak selera.


Aktiviti paling dinanti! Aktiviti ni takde dalam tentatif. Pegi sendiri bayar sendiri haha. Satu bilik 2 orang. Kau tengok aku, aku tengok kau haha :P.


Lepas berspa yang lain balik hotel kitaorang bertiga merayap. Tshirt hard rock ada less so sambar sehelai. Saiz beso pun saiz beso la janji murah :D.


Time ni dah tengah malam. Menapak jauh gak dari hard rock nak balik hotel. Mr husband pun entah ke mana tak tau. Dalam perjalanan nampak benda menarik posing dulu :D.


Tadaaa. Alih-alih dah kat sini hehe. Ni dah besoknya. Dah sampai masa nak balik. Kitaorang dibawa ke Krisna ni untuk habiskan duit rupiah yang ada. Kat sini murah jugak tapi tak boleh tawar-menawar. 


Ok dah. Pastu naik flight balik.

Bye-bye Bali ada rezeki datang lagi,
Nak kena kerja kuat-kuat lagi,
Free trip china sedang menanti.
Anda nak join jugak contactlah kami hihi.  
WHATSAPP/TELEGRAM/SMS 0197583883

Sekian. 





5 comments:

Chekgu Azrine

Teringin sgt nk ke bali..tp nk pegi dgn hubs..mcm ssh je..uhuk

☆♥L@dy @yU♥☆

Bestnyer bali
X biasa pi lagiπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Oh pasai bulu mata terputus tu asyik Akan tumbuh Balikpapan but take time la
Sorry lmbt reply sbb jrng buka blog πŸ˜…πŸ˜…

Padin

uhuiii best nya berjalan2.... dapat merasa gi tengok negara orang, budaya orang... :D

Artikel terkini 3 Inspirasi Dekorasi Rumah versi Bajet

dear anies

teringin nk g bali tp bla fikir kes skt perut dulu trs x jd ;-)

cantik2 pic nyer

Suriaamanda

Bestnya Bali...lom lepas ke sini lagi...nanti nak pergi jugak...

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy