BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



My Bali Trip Day 2 : Konvensyen Avail 2015 di Nusa Dua


As-salam..hai ^_^

Sementara tengah rajin saya akan cuba habiskan kisah bali trip ni. Lagipun saya risau kena 'petir' dengan mr husband kalau tak siapkan hehe. Tq lah mr husband sebab selalu bagi dorongan untuk saya terus menulis walaupun tak dapat dipastikan ada tak yang baca melainkan saya sendiri dan mr husband haha. Ok positif!


Hari kedua di Bali sepanjang hari kitaorang berada di Nusa Dua untuk Konvensyen Avail ke-11. Biasa konvensyen buat kat PICC. Tapi saya lagi suka konvensyen kat luar negara sebab boleh jalan-jalan sekali ^_^. 


Oh ye! Saya teringat satu lagi cerita Pak Yana. Pak Yana cakap bangunan di Bali semuanya rendah-rendah belaka iaitu mesti tak melebihi ketinggian pokok kelapa. Ianya ada kaitan dengan fahaman dan kepercayaan diaorang jugak. Bagi diaorang dunia ni ada 3 alam ke lapisan gitula. Kiranya kalau bangunan lebih tinggi dari pokok kelapa akan ganggu lapisan alam lain.


Ok sambung pasal konvensyen :).


Masa ni baru nak jalan masuk. Rasa dialu-alukan sungguh oleh tuan rumah iaitu Avail Indonesia.


Event lum start jadi kita berfoto di mana aje hehe. Bersama rakan-rakan satu team yang banyak membantu melancarkan urusan bisnes saya. Tq CM Eddie, isterinya dan of course la mr husband yang selalu tolong saya pos barang heheh.


Dengan kawan-kawan seperjuangan Ina, Diana, Fieya, Usz. Lep lep uolls. Pic yang bawah kanan tu dengan Availian Thailand :). Jangan pandang sebelah mata taw. Avail ni walupun company Malaysia tapi dah lama melebarkan sayap ke beberapa negara Asia Tenggara, antaranya Indonesia, Thailand dan Filiphina. Kami berdiri atas kekuatan produk. Alhamdulillah dah masuk tahun ke-5 saya bersama Avail permintaan produk tak pernah putus setiap hari.


Barisan leader-leader hebat, Super Crown Manager dan Crown Manager. Saya lom sampai peringkat tu lagi hehe, tumpang turi mr husband jelah :).


Masa ni tengah tunggu turn nak naik stage rasanya. Syukur alhamdulillah naik pangkat Diamond jugak saya akhirnya. Padahal mula-mula join dulu malas nak amik peduli pasal pangkat-pangkat ni semua janji ada sales runcit sudah. Tapi dalam tak nak dan tak peduli tu akhirnya sampai jugak ke peringkat ini. Tq again mr husband kerana 'paksa' saya naik pangkat :D.


Tahniah jugak untuk mr husband sebab complete Crown Manager. Insan hebat yang selalu menyayangi diriku serta anak-anak. Selalu cuba buat yang terbaik. Buat dua kerja dalam satu masa bukan perkara yang mudah, kerja hakiki dan bisnes. Tanpa dia di sisi saya mungkin tak kuat.



Tq cikgu kerana sediakan platform bisnes yang mudah ini. Saya orangnya biasa-biasa aje. Masih lagi biasa pon hehe. Cuma disebabkan bisnes Avail ini mudah orang yang pemalu (pemalu ke hewhew?), berat mulut dan tak pandai promote barang macam saya pun boleh lakukannya :).



Moga Allah swt murahkan rezeki kita serta permudahkan kita gapai impian melaui perniagaan Avail ini :).



Habis event kitaorang dibawa ke Restoran Natrabu iaitu restoran masakan padang untuk dinner. Memang kebulur hehe pasal lunch cuma makan sandwic tuna aje. Pic ni cuma nampak meja grup A, ramai lagi sebenarnya (ada 6 grup) tapi sebab diaorang grup lain tak dapatla masuk dalam ini cerita :P. 


Nyum nyum! Lapo la pulak tengok pic ni. Sebab kebulur saya tak peduli dah pandangan orang ramai, tambah je nasik. Biorla orang nak cakap badan je kurus tapi makan banyak hakhak. Thanx metabolisme sebab baik dengan saya haha. Aloh apa nak kesah, Green Fit kan ada :D. Yang ada mata leplep tu bermakna lauk tu je yang saya makan : sambal ijo, udang tumis, sayur lemak ngan ape tah lagi satu tu lupa daaa. Sampai sekarang saya dah terjatuh cinta ngan sambal ijo tu taw. Yang best kat sini nasi ngan lauk boleh top up sesuka hati.


Lepas makan terus balik hotel dan tido. Cik Piya ajak kuor saya memang dah tak larat dah masa tu.


Ok bye. Nanti sambung day 3 pulak :). Doakan heheh.


2 comments:

Nadhirah Ahmad

Sma la kite. Suka sgt smbl hjau. Klu pi subang mmg cri rstrn sari ratu sbb nk mkn smbl tu. Btw. Suke bju akak. Brp rm akak beli?

Rina AVAIL

@nadhirah

Sedap sambal tu..buat penambah selera makan serta penaik berat badan jugak haha. Baju tu akak tempah..harga dia memang pejam celik pejam celik sikit waktu nak membayonyee T_T

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy