BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



My Bali Trip Day 1

As-salam ^_^

Menggigihkan diri update blog malam ni hehe. Kalau tak nanti mr husband marah :p. Tak dapat nengok Kuch Kuch Hota Hai kat TV3 huhu. 


Lepas Redang trip beberapa bulan lepas kali ni Avail bawa para usahawannya yang complete poin bercuti ke Bali pulak. Nak fight taklah sesusah mana, antara nak dengan tak nak je bahkan SAHM macam saya pun boleh. Secara online je. Syukur alhamdulillah :).


Khamis malam 29 Oktober tu kitaorang bertolak ke KLIA 2. Naik bas dari Taman Tun Aminah yang memang direct ke airport. Oleh sebab dah tengah malam bantai tido meleleh air lior basi jelah dalam bas. Sedar-sedar dalam pukul 4 am dah sampai airport. Tak sempat mimpi pun. Punyalah selesa bas tu. Laju pun ye.


Oleh sebab timing nak check in lambat lagi jadi saya ambik kesempatan mandi-manda dulu dalam Capsule ni. Mulanya turun bas menonong pegi toilet airport biasa dengan harapan sebesar gunung nak mandi dan tak nak berebut dengan rakan sebas. Sekalinya kuang kuang punah harapan haha. Lupa pulak paip toilet airport canggih sikit. Takkan nak mandi dalam sinki kot haha.

Mujurla mr husband bagitaw boleh mandi dalam capsule ni. Kena bayar dalam RM20 per person kalau tak silap. Memang selesa shower room dia lengkap sabun, shampoo, towel dan air mineral sebotol semua cuma agak sempit. Dah nama pun kapsul kan. Tapi tak kesahla janji bersih. Tak amik pic sebab dia bagi 45 minit je untuk mandi dan bersiap kat dalam shower room tu. Kang tak sempat pulak nak bermekap heheh. Harusla kan. Jap lagi nak bergambar banyak-banyak tak sukala nanti muka cam zombie kampung pisang je. 


Muka happy nak naik kapal terbang dan nak pegi jalan-jalan :).


Me, mama zara my partner and mr husband. Tengah tunggu nak check in. Tuuu mama zara tu beg dia seorang pun dah overload dah haha (sorry ma ngumpat ma haha). Jadi dia terpaksa combine bag dengan kitaorang as one group. Standardla emak-emak segala macam barang dibawak. Nanti nak minyak angin nak plaster ke semua mintak emak je :P.


Ni baru nak pegi ke dah sampai lupalaa. Kitaorang naik AirAsia flight yang first. Ada group yang naik flight ke-2 lambat sikit.


Dah sampai! Airport Ngurah Rai, Bali. 3 jam je lebih kurang KL - Bali.


Happy lagi sebab tak payah heret luggage yang besar dan berat itu. Semua dah diuruskan. Jumpa luggage nanti malam kat hotel. Sekarang jom jalan-jalan.


Ada 6 bas semua sekali. Kitaorang bas A. Tour guide kitaorang namanya Pak Yana. Kitaorang cakap nama beliau macam nama perempuan. Beliau bilang di Bali Yana nama lelaki, Yani baru nama perempuan. Lupa pulak nak amik pic dengan Pak Yana. Peramah dan lucu jugak orangnya. Tak henti-henti cerita pasal keunikan Bali. Banyak sangat sampai lupa dah apa dia cerita haha (kena makan ikids kot saya ni :P). Tapi memang menarik ceritanya. 

Antara yang saya ingat beliau ada cerita pasal nama-nama orang Bali. Pangkalnya mesti bermula dengan 'madey' atau 'ketut'. Ada lagi 2 gelaran tapi saya lupa (haih teruknya). Saya ingat dua ni je sebab Pak Yana sendiri namanya bermula dengan madey yang bermaksud beliau anak kedua. Ketut pulak senang nak ingat :P. Tapi lupa pulak nak tanya Pak Yana kalau nama perempuan pun kena berpangkal macam tu ke?


Lunchtime! First place yang dikunjungi, Restoran Pawon Pasundan ke pasunden gitula. Actually masa ni rasa kenyang lagi sebab dah makan dalam flight tadi. First thing first carik wifi heheh. Terkujat jap on je wifi dah kena marah dengan customer sebab lambat reply pm huhu. Sorryla awak. Awak mesej masa kita dalam flight. Bukan sengaja :'(.


Pic credit : Mr Suhaili. Gurame terbang. Ada ayam goreng gak tu kalau nampak. Tapi rasa-rasanya hampir semua orang tak sentuh ayam. Ayam dah biasa sangat kat Malaysia. Excited nak rasa ikan terbang. Rangup sangat macam keropok. Yang paling win ulam kemangi lawan ngan sambal dia (tak kelihatan pulak dalam pic). Sup tu saya tak berapa gemar.

Sambil makan-makan, joe (pihak marketing avail) umumkan pemenang cabutan bertuah. Alhamdulillah, 2 orang customer saya menang saguhati. Tahniah pada 3 orang bertuah yang menang RM1000 setiap seorang. Tuah ayam jadik kfc tuah korang kalau beli pad herba Avail :D. Masih terbuka taw peraduan ni. Tiap bulan cabutan akan dibuat. Nak join meh whatsapp/sms kita 0197583883


Uluwatu Temple

Rasanya macam jauh gak dari tempat makan tadi. Dalam bas nak ke sini Pak Yana sambung cerita-ceriti beliau. Antara yang saya ingat pasal kahwin-cerai di Bali. Menurut Pak Yana, kadar perceraian di Bali sangat rendah sebab kalau satu-satu pasangan tu nak bercerai mereka kena jemput balik semua tetamu yang hadir masa perkahwinan dulu. Kiranya kena bagitau semua orang untuk pulangkan balik si isteri ke rumah ibu bapanya. Sebab tu tak ramai yang sanggup nak bercerai haha. Bagus jugak adat ni ek :D.

Lagi satu kat Bali perempuan boleh kahwin 2. Contohnya jika satu-satu pasangan tu dah lama berkahwin tapi tak dapat anak dan puncanya adalah si suami maka isteri tadi boleh berkahwin lagi tanpa bercerai dengan suami pertamanya. Yelah nak bercerai kan leceh kalau ikut adat diaorang.



Masih di sekitar Uluwatu. Emm tak taula apa benda yang papan tanda tu tulis. Asyik sangat tengok pemandangan yang cantik walaupun panas berdenting ting habisla muka sun burn dan kaki pun lenguh mendaki. Menyesal tak pakai skirt/dress kalau tak mesti sedap berangin aje :p.


Mengikut cerita Pak Yana, majoriti penduduk Bali beragama Hindu. Hehe tu pasal dalam perjalanan banyak kedai bab* guling. Tapi agama Hindu diaorang tak sama macam kaum India. Dalam temple diaorang takde patung-patung dewa. Diaorang ni macam warisan Ramayana Mahabrata gitula.


Habis kisah Uluwatu kitaorang dibawa pula ke Jimbaran Beach. Lepak-lepak dulu menikmati pemandangan sementara nak tunggu sunset dalam pukul 6 lebih. 


Masa tengah lepak-lepak tu ternampak ada kapal terbang tengah nak landing. Baru perasan rupanya airport Ngurah Rai sebelah je. Cantikla airportnya dikelilingi laut.


Pic credit : Mr Suhaili. Sunset @Jimbaran Beach. Heheh Suhaili ni pandai amik-amik pic cantek. Diala yang suwuh bergambo camni. Suke sangat gambo ni terus jadikkan cover photo fb :P. Emm terserlah kependekkan saya di situ -_-.


Dinner @Restoran Bawang Merah, Jimbaran. Makan tepi pantai memang romantis sangat suasananya. Konsep candle-light gitu. Kat Bali ni cepat gelap dan cepat terang. Pukul 7 pm tu memang dah gelap pekat hitam dah. Kalau kat Malaysia masih kategori senja lagi kan.


Pic credit : Mr Suhaili. Oleh sebab gelap, saya tak berapa perasan sangat apa yang dimakan haha, pun boleh. Ni nengok pic nak cuba ingat balik. Yang saya ingat sotong yang cucuk kat lidi tu rasa dia tak berapa nak kena dengan tekak hehe. Lembek je. Kena cepat-cepat kunyah nenas kat hujung lidi tu bagi hilang rasa dia. Yang sedap sotong calamari sebab rangup. Takde dalam pic sebab sudah habis dimakan dengan rakus haha. Tak puas hati sebab meja kitaorang calamari nya macam sikit :D.


Selesai dinner bas bawak kami ke tempat penginapan iaitu Hotel Dynasty. Banyak bintang hotel ni hehe. Trip percutian dengan Avail biasa hotel memang curlass lah. Kedatangan disambut oleh makhluk ni di atas katil. Saya pun tak berapa nak pasti haiwan apa tu. Mr husband cakap arnab. Yelah kot :D.


Day 1 tamat sudah. TQ sudi bace ^_^. Nanti-nanti kita sambung lagi ye. Hope tak pending macam entri Korea huhu.


Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy