My Bali Trip : Last Day !!


As-salam ^_^

Masih cerita Bali..

Terlepas cerita sebelumnya? Silalah klik link di bawah ini :

Cerita Hari Pertama
Cerita Hari Kedua



Hari ketiga sambung jalan-jalan lagi :). Ni depan hotel dynasty tempat penginapan kitaorang tu.


Kitaorang bas A tapi bas kitaorang paling last bertolak gara-gara ada ahli kumpulan terlajak bangun hehe. Mujurlah kunjungan pertama kat UC Silver ni takde apa yang menarik sebab saya bukan peminat barang perhiasan. Tak beli apa-apa pun. Lainlah kalau pegi tempat make-up ke jubah/dress ke haha suruh duduk sehari suntuk pun boleyyy :D. Jadi masa kat sini saya cuma berkunjung ke toiletnya sahaja. Bersihhhhh ! Terus selera nak bikin 'bisnes' hahaha.

My Bali Trip Day 2 : Konvensyen Avail 2015 di Nusa Dua


As-salam..hai ^_^

Sementara tengah rajin saya akan cuba habiskan kisah bali trip ni. Lagipun saya risau kena 'petir' dengan mr husband kalau tak siapkan hehe. Tq lah mr husband sebab selalu bagi dorongan untuk saya terus menulis walaupun tak dapat dipastikan ada tak yang baca melainkan saya sendiri dan mr husband haha. Ok positif!


Hari kedua di Bali sepanjang hari kitaorang berada di Nusa Dua untuk Konvensyen Avail ke-11. Biasa konvensyen buat kat PICC. Tapi saya lagi suka konvensyen kat luar negara sebab boleh jalan-jalan sekali ^_^. 


Oh ye! Saya teringat satu lagi cerita Pak Yana. Pak Yana cakap bangunan di Bali semuanya rendah-rendah belaka iaitu mesti tak melebihi ketinggian pokok kelapa. Ianya ada kaitan dengan fahaman dan kepercayaan diaorang jugak. Bagi diaorang dunia ni ada 3 alam ke lapisan gitula. Kiranya kalau bangunan lebih tinggi dari pokok kelapa akan ganggu lapisan alam lain.


Ok sambung pasal konvensyen :).


Masa ni baru nak jalan masuk. Rasa dialu-alukan sungguh oleh tuan rumah iaitu Avail Indonesia.

My Bali Trip Day 1

As-salam ^_^

Menggigihkan diri update blog malam ni hehe. Kalau tak nanti mr husband marah :p. Tak dapat nengok Kuch Kuch Hota Hai kat TV3 huhu. 


Lepas Redang trip beberapa bulan lepas kali ni Avail bawa para usahawannya yang complete poin bercuti ke Bali pulak. Nak fight taklah sesusah mana, antara nak dengan tak nak je bahkan SAHM macam saya pun boleh. Secara online je. Syukur alhamdulillah :).


Khamis malam 29 Oktober tu kitaorang bertolak ke KLIA 2. Naik bas dari Taman Tun Aminah yang memang direct ke airport. Oleh sebab dah tengah malam bantai tido meleleh air lior basi jelah dalam bas. Sedar-sedar dalam pukul 4 am dah sampai airport. Tak sempat mimpi pun. Punyalah selesa bas tu. Laju pun ye.


Oleh sebab timing nak check in lambat lagi jadi saya ambik kesempatan mandi-manda dulu dalam Capsule ni. Mulanya turun bas menonong pegi toilet airport biasa dengan harapan sebesar gunung nak mandi dan tak nak berebut dengan rakan sebas. Sekalinya kuang kuang punah harapan haha. Lupa pulak paip toilet airport canggih sikit. Takkan nak mandi dalam sinki kot haha.