Pertama Kali Snorkeling di Pulau Redang

As-salam.. hai ^_^.

Hahah boleh bilang dengan jari berapa kali je saya update untuk tahun 2015 ni. Dasar pemalas :p. Kali ni nak berkongsi cerita dengan anda tentang pengalaman saya bersnorkeling buat kali pertama di Pulau Redang, Terengganu. Bila eh kejadian ni..saya pun lupa maklumlah dah berbulan-bulan baru nak story hehe tapi yang penting dalam tahun 2015 ni lah.

Actually trip Redang ni hadiah dari company Avail untuk semua agen dan pengedarnya yang berjaya complete poin. Alhamdulillah pegi sana bawak badan dengan beg jelah. Trip PERCUMA lah kiranya hehe. Tu yang best tu. Saya yang 100% bisnes from home pun boleh complete poin, syukur sangat-sangat.

Pulau Redang ni masha-Allah cantikkk sangat. Saya pertama kali jejakkan kaki ke sini. Masa mula-mula sampai macam terpana gitu melihat keindahan alam ciptaan Allah swt.