BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Merawat Demam Denggi Berdarah


As-salam..




Artikel di atas menyebut :

Propolis lebah dikatakan dapat menyembuhkan demam denggi berdarah dengan lebih cepat. Ini kerana hasil penyelidikan mendapati ekstrak propolis kaya dengan bahan antioksida seperti bioflavonoid dan asid eter fenetil kafeik yang berupaya mencegah pendarahan.


Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Medika 2013 itu dijalankan sekumpulan penyelidik ke atas 106 responden yang menghidap penyakit tersebut di Rumah Sakit Persahabatan, Jakarta Timur, Indonesia selama empat hari. Pesakit dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu yang diberi plasebo dan propolis dengan kuantiti 100 miligram sebanyak 3 kali sehari. Hasil ujian darah pada hari kedua menunjukkan jumlah trombosit pada kumpulan yang diberi propolis lebih tinggi dan mereka pulih dengan lebih pantas.


Penyelidik yang juga Ketua Jabatan Farmakologi dan Terapeutik, Fakulti Perubatan Universiti Sumatera Utara, Aznan Leno memberitahu, sifat antivirus pada propolis membantu menyembuhkan keradangan dengan cepat. "Pada hari kedua penyelidikan, responden yang mengambil propolis sudah berasa baik dan ingin pulang. Dengan proses penyembuhan lebih cepat, pesakit tidak perlu dirawat di hospital dalam tempoh yang lama," katanya.


Avail Propolis


RM78/botol (10 ml)
*diskaun bagi pembelian 3 botol ke atas


Alhamdulillah. Propolis sememangnya sangat-sangat disarankan sebagai alternatif untuk merawat penyakit terutamanya penyakit yang berpunca daripada virus, bakteria dan kulat. Banyak lagi khasiat propolis iaitu:


  • membantu pesakit kencing manis untuk menyembuhkan luka (disapu pada luka) serta menstabilkan insulin (diminum)
  • mengurangkan masalah resdung
  • membantu mengatasi masalah gastrik dan ulser perut
  • membantu mengatasi masalah radang paru-paru
  • membantu pesakit hypertiroid
  • merencatkan sel-sel kanser
  • menguatkan daya imuniti badan
  • membantu mengatasi masalah sakit puan seperti keputihan dan cyst


 Al-Quran juga ada menyebut tentang perawatan dari lebah iaitu dalam surah An-Nahl ayat 69 :

"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."


Ramai yang bertanya propolis tu apa? Adakah ianya madu? Propolis sebenarnya terhasil daripada air liur lebah, yang bercampur dengan lilin lebah, debunga serta resin tunas tumbuhan yang dikutip oleh lebah pekerja yang berusia 21 hari. Lebah akan menyapukan propolis ini pada sarangnya bagi memastikan sarangnya bebas daripada kuman. Pakar Sains Perancis ada membuktikan bahawa bakteria dan virus tidak dapat hidup di dalam sarang lebah. Propolis juga adalah bahan untuk membina, mengukuh serta membaiki rekahan pada sarang lebah.


Mengapa Avail Propolis Istimewa Berbanding Propolis Jenama Lain?

Avail Propolis merupakan Brazilian Green Propolis semulajadi yang diekstrak dengan kaedah bioteknologi tekini iaitu Ekstrasi Cecair Superkritikal. Kelebihan menggunakan kaedah ini:


  • tidak menggunakan alkohol
  • lebih banyak bahan aktif baik dapat diekstrak (325 jenis)
  • saiz molekul lebih kecil memudahkan penyerapan oleh tubuh
  • tiada sisa bahan asing, alkohol, logam berat, resin serta lilin lebah
  • kuasa anti-oksida, meningkatkan imuniti dan merencat sel tumor lebih kuat
  • bahan alahan (prenyl caffeate) dapat disingkirkan


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan propolis boleh hubungi saya ye :


sms/whatsapp/wechat : 0197583883 (rina avail)

Boleh like pages kami : SihatCantik dot com



Avail China Trip : Perasmian Pembukaan Kilang Ke-2 FC Bio Sanitary Pad



Haiii..ok sambung-sambung lagi cerita China. Jangan muntah ye hehe. Entri ini bersambung dari >>SINI.


Hari ketiga (Jumaat, 28 Februari)

Hari terakhir di China kami dibawa dengan menaiki bas ke Hui Zhou. Perjalanan dari hotel ambik masa lebih kurang satu jam setengah. Subuh-subuh lagi kami dah bertolak. Suhu di Hui Zhou lebih sejuk berbanding Shen Zhen. Hui Zhou kawasannya macam kampung-kampung sikit berbeza dengan Shen Zhen yang merupakan bandar besar.


Sebenarnya inilah tujuan kami ke China, iaitu sempena perasmian pembukaan kilang FC Bio Sanitary Pad yang ke-2.


Mungkin ada yang mula skeptikal kenapa kilang pad herba Avail ni letaknya di China. Asal produk dari China je semua jadi tak bagus kan. Antara faktor kenapa Avail memilih mendirikan kilang di sana adalah sebab bahan mentah iaitu kapas dan herba yang lebih mudah didapati. Kat Malaysia mana nak dapat kapas banyak-banyak. Kilang ini adalah hak milik penuh Avail International. Hanya kilang pad sahaja di sana, bagi produk supplemen lainnya semua kilang adalah terletak di Malaysia.


Belon-belon dilepaskan ke udara semasa perasmian terbang bersama impian kami


:D

Selepas perasmian tibalah saat yang ditunggu-tunggu iaitu lawatan ke dalam kilang untuk melihat sendiri cara pad herba Avail dihasilkan. Dari segi kualiti dan kebersihan memang sangat-sangat dijaga. Walaupun tuala wanita fungsinya hanya untuk menampung darah kotor tapi kita tak boleh ambil mudah dengan nak pakai yang cikai-cikai sebab tuala wanita tu nak letak pada mahkota kewanitaan kita. Kena pilih yang berkualiti seperti pad herba Avail ni. 

Pekerja kena pakai macam ni bila nak masuk kilang. Tangan pun kena cuci dan rendam 10 minit. Kecut tak kecut lah tangan janji bersih kan.


Sebelum masuk kena sembur dengan angin kuat pulak untuk nyah habuk.



Nampak tak? Bersih sangat proses pembuatannya. Barulah dapat hasilkan pad yang berkualiti.


Grup AMG


Welcome to our factory!


Bersama dengan Availian dari seluruh Malaysia, Indonesia dan Filipina


Tamatlah sudah cerita kami di China. Malam tu kami naik flight balik Malaysia meninggalkan seribu kenangan manis. Jumpa lagi di Korea pula nanti!


Avail China Trip : Shopping di Lou Hu


Entri ini bersambung dari entri sebelum ini >>KLIK SINI.

Sebelum tu nak cerita, sepanjang berada di China kami tak keluar makan ke mana-mana tapi hanya makan bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia sahaja. Breakfast yang hotel sediakan pun kami tak ambil sebab was-was dari segi halalnya.


Bilik kak emma dijadikan dapur hehe. Meriah makan ramai-ramai. Nasi tak cukup. Lauk pulak ada macam-macam, sambal bilis beraneka warna dan rasa, sambal jawa, serunding, rendang, nasi impit, rojak. Sedap dan pedas belaka. Mujur ada serunding penawar pedas ngeh ngeh. Serunding sedap ni saya beli kat angsana, jb.


Hari kedua (Khamis, 27 Februari)

Hari kedua di China, kami dibawa bershopping ke Lou Hu pula. Lou Hu ni kurang standard sikit berbanding Dongmen Street. Tapi harga boleh tawar gila-gila sampai penjualnya naik gila. Barangan yang dijual kebanyakannya adalah "ASPAL" (asli+palsu) heheh. Maksudnya rata-rata barangan adalah bukan yang asli. Tapi penjual di sini english nya ok sikit. Boleh cakap walaupun broken. Senang nak tawar menawar.


Gambaran dulu sebelum bertolak ke Lou Hu. Bawak semangat JDT ke China. 



Kawasan Lou Hu ni dah bersebelahan dengan Hong Kong. Nampak tak signboard biru tulis to Hong Kong tu?


First impression bila masuk dalam shopping center Lou Hu ni ialah suasananya macam dalam Holiday Plaza, JB. Kedainya kecik-kecik aje. Banyak jual peralatan elektronik, baju, kasut, jeweleries dan barangan rumah macam langsir dan cadar. Kain ela pun ada tapi tak tahulah dari segi kualiti bagus ke tak. Ha..nak citer ada satu kedai t-shirt ni walaupun bukan ori tapi kualiti kain dia bagus. Kawan-kawan rekomen beli kat kedai ni, Linda nama kedai dia (tingkat paling bawah).


Tips nak shopping kat sini kita yang tetapkan harga, mintaklah diskaun hingga 50 - 70%. Saya dapat sehelai trench coat tebal seperti yang saya idamkan kat sini. Cuma malangnya ada cerita tragis masa tawar-menawar harga tu. Encik husband punya pasal le ni. Tapi takpelah, saya anggap tu dah rezeki penjual tu. Mungkin mereka ada anak-anak yang sedang kelaparan di rumah. Saja je bayangkan cerita sedih sebab nak hilangkan rasa kecewa tersalah tawar harga :'(.



Trench coat coklat ni saya beli dengan harga 500 yuan (lebih kurang RM275). Patut boleh dapat lagi murah huhu :'(.



Dah penat shopping, makan bekalan kat luar tempat shopping tu. Sukeati je kan. Kalau kat jb takdenya nak buat gini hehe.



Saya ada kat celah-celah kaki manusia (dasar malas nak bangun).



Dekat luar lou hu shopping center


Sebelum balik ke hotel, bas bawak kami singgah ke taman lukisan. Jalan-jalan kejap je kat sini tengok lukisan lepas tu terus balik hotel. Niat di hati nak cari fridge magnet untuk dijadikan souvenir tapi saya difahamkan Shen Zhen ni bukan kawasan pelancongan jadi benda-benda gitu susah nak carik. Akhirnya, pihak company bawa penjual fridge magnet masuk ke hotel untuk kami beli. Tu pun kami tawar gila-gila sampai penjual fridge magnet naik gila heheh. Sori  ye ahmoi ;p.


Ok sampai sini dulu. Nanti saya sambung episod 3 pulak. Bye.

Avail China Trip 2014 : Shopping di Dongmen Street

As-salam..

Alhamdulillah saya, suami dan rakan-rakan Availian dah selamat sampai ke bumi Malaysia pagi tadi. Sampai sekarang masih teringat-ingat kenangan manis dan lucu sepanjang berada di China apatah lagi pergi bersama grup AMG Networks yang memang happening dan havoc sokmo. Semuanya dah macam satu famili. Memang momen yang takkan dapat dilupakan.


Team AMG Network, di lcct sebelum berangkat



Hari Pertama (Rabu, 26 Februari)

Kami berangkat dari lcct pada jam 6 pagi. Lebih kurang jam 11 pagi dah pun sampai ke Bao An Airport, Shen Zhen. Dalam flight takde lain makan dan tido saja. Kumpul tenaga sebab turun flight je misi pertama ialah shopping sampai lebam kaki!


Di Bao An Airport

*Saya memakai niqab untuk sementara kerana kulit wajah sedang mengalami alahan, tak boleh kena aircond atau angin nanti kekeringan dan kegatalan tapi doakanlah saya memakainya secara tetap pada satu hari nanti aminn



Untuk hari pertama ini kami dibawa shopping ke Dongmen Street terlebih dahulu. Yang bestnya, cikgu Khoo (owner company Avail) telah memberikan setiap seorang duit belanja sebanyak 400 yuan (lebih kurang RM200). Makin tebal lah duit shopping kami ^^.


Dongmen street ni agak besar kawasannya. Ada yang berjualan di celah-celah bangunan dan ada juga yang dalam mall. Nak tawar-menawar harga agak sukar di sini. Kalau dengan peniaga di luar mall bolehlah. Ada cara juga macam mana nak baca papan tanda diskaun tu. Tak sama dengan Malaysia hehe.


Ada banyak mall kat sini sampai tak tau nak tuju yang mana satu dulu. Toilet pula cuma ada di restoran makanan segera macam McD. Air kena tadah dari sinki luar lah hehe. Tips : bawalah botol kosong dalam beg senang tadah air untuk istinja' nanti. Dengan penat dan masih blur kami berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil dan berjalan ikut hala tuju kaki masing-masing. 


Di Dongmen Street.


Target saya di sini memang nak cari trench coat tebal untuk cuaca sejuk dan boot sebab kat JB susah nak cari trench coat maklumlah negara kita kan takde musim sejuk. Yang ada jual pun di Universal Traveller dan harganya memangla mahal sesangat mencecah RM800 hingga ribuan ringgit. Memang rambang mata jalan-jalan kat Dongmen ni sebab banyak sangat pilihan trench coat yang cantik-cantik. 


Boot pun sama, banyak yang cantik tapi tak berani nak beli kerana khuatir dengan material yang digunakan adalah daripada kulit khinzir. Handbag juga, kena hati-hati memilih. Dengan masalah bahasa (rata-rata penjual tak pandai berbahasa inggeris) memang menyukarkan nak bertanya. Mujur juga salah seorang bisnes partner saya, kak yati pandai berbahasa cina jadi dialah jadi tukang tawar harga dan tukang tanya tu ini. Akhirnya jalan punya jalan dapatlah sehelai trench coat kaler hitam berharga 290 yuan sahaja (lebih kurang RM160).


Trench coat hitam ni tak memenuhi kriteria yang saya idamkan tapi sebab dia murah maka saya beli heheh. Kak yati pun beli sama macam ni. Dia beli 2, hitam dengan merah.


Masa yang diberi untuk shopping selama 4 jam memang lah tak mencukupi (padahal kaki dah sakit). Pada jam 5 petang kami menaiki bas yang disediakan dan check in di hotel Century Kingdom yang bertaraf 5 star.


Gambaran dulu sebelum menyepahkan bilik. Tapi kenapa lampu tu senget ya? Spoil je huhu


Disebabkan tak puas shopping, malam tu saya dengan beberapa orang kawan lain bertekad nak kembali shopping ke Dongmen. Ketua shopping mestilah leader kami, CM Eddie memandangkan beliau dah banyak kali ke China. Yang kami ni cuma ikut-ikutan aje heheh.


Dengan kak yati sebagai jurubahasa kami memberanikan diri ke sana dengan menaiki tren. Hahaha...di sinilah bermulanya pengembaraan kami. Adventur lah konon-konon. Masa nak pegi dah kalut nak beli tiket tren pasal tak tau baca bahasa cina kat mesin tiket tu. Dah berjaya naik tren pastu konfiden je dah turun di destinasi yang betul tapi rupanya kami tersesat. Aalih-alih dah tersampai ke tempat shopping yang lain hehehe. Bolehlah daripada takde kan. Saya tak beli apa-apa sebab dah penat dan ngantuk cuma husband jelah beli jaket dekat uniqlo. Sampai tertido saya tunggu dia pilih jaket.


Masa balik pula kami terpaksa kejar tren terakhir. Kali ni lagilah kelakar sebab dah tergesa-gesa macam-macam benda terjadi. Yang tersalah turun eskalator pastu gigih patah balik melawan arus. Pastu ada pulak yang konfiden turun eskalator siap-siap lambai-lambai sekalinya eskalator membawa mereka ke lorong yang salah hahaha. Muka masing-masing pucat lesi je sebab takut kena tinggal tren.


Dalam tren asyik gelak ketawa. Ada orang pura-pura pregnant sebab nak dapat tempat duduk kihkih (tu yang pakai tudung kotak-kotak tu hehe)


Akhirnya kami selamat juga sampai ke hotel dan tidur dengan nyenyaknya. Cuaca di Shen Zhen walaupun bukan musim dingin tapi tetap terasa sejuk macam duduk dalam air cond. Tamat kisah hari pertama nanti saya sambung cerita hari kedua dan ketiga pula. Ngantuk sangat dah ni. Nak tido dulu. 


Bye.

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy