BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Pengalaman Buat Lasik


As-salam..lama tak bersiaran ^^.

Alhamdulillah masa ni entri ni ditulis dah genap sebulan saya menjalani operasi lasik mata. Dah lama saya berimpian nak buat lasik ni tapi baru sekarang keadaan mengizinkan, dari segi kewangan serta tak mengandung dan menyusukan anak hehe ;).


Perasaan masa nak buat lasik? Of courselah sangat takut. Masa di bilik operasi saya sebenarnya nak cabut je dari situ tapi tah kenapa terus terkejung je kat atas katil tu hehe. Kata doktor yang buat mata saya tu, saya pesakit yang sangat bagus sebab kepala langsung tak bergerak sikit pun. Yang sebenarnya badan saya memang keras kejung atas katil tu doktor hehe. 


Sakit ke buat lasik? Tak sakit pun. Operasi untuk satu mata cuma 5 minit sahaja. Cuma masa saya buat tu terpanjang sikit masa operasinya sebab tiba-tiba mesin laser tu jammed pulak. Hehe..ada-ada je kan. Orang dahla takut.


Kos untuk lasik mata saya lebih kurang 5k. Saya buat di Laser Focus dekat Menara Pelangi, Johor Bahru. Di laser focus ni harga lasik berbeza-beza ikut ketebalan kornea. Kawan saya buat kat sini juga tapi cuma 3k sahaja. Macam kes mata saya, ketebalan kornea adalah normal cuma tak cukup tebal. Bila flap dilakukan (kornea dibuka) kita akan kehilangan beberapa mikron tisu kornea tu. Jadi saya tak sesuai dengan operasi all laser lasik (bladeless). 


Masa saya buat eye-screening, operasi yang disarankan untuk saya (untuk menjimatkan kehilangan tisu kornea) ialah flap dengan menggunakan 'pisau'. Seboleh-bolehnya saya nak cuba cari tempat yang boleh buat all laser lasik untuk mata saya. Try jugakla survey dekat Optimax, City Square tu tapi mereka sarankan saya untuk buat lasek (lembutkan tisu kornea dengan alkohol iaitu lapisan luar kornea dibuang terus). Yang ni lagilah saya tak nak sebab melalui pembacaan saya dekat blog-blog lepas lasek masa nak sembuh agak 'menderita' sikit. Ada lagi satu tempat kat JB ni iaitu di City Plaza tapi masa saya nak survey tu kedai tersebut tutup pulak. Malas nak fikir lagi saya bulatkan hati untuk buat di Laser Focus. Doktor yang buat mata saya tu namanya Dr Sahimi. 


Cornea flap
sumber pic : google

Dua minggu lepas eye-screening saya set appointment untuk lasik. Proses pertama ialah lapisan paling luar kornea kita akan dibuka. Macam kes saya walaupun flap ini dibuat dengan 'pisau' tapi takdelah nampak pisaunya pun hehe. Mulanya ingat akan nampak pisau toreh-toreh mata kihkih. Mata kita akan dititikkan dengan ubat bius, lepas tu ada benda macam selotape ditampal kat kelopak mata supaya mata tak tertutup masa lasik dibuat. Ada orang tanya tak pedih ke mata sebab tak boleh tutup? Tak pedih sebab mata kita dah dibius. Lepas tu kita kena tengok pada cahaya merah, jangan gerak-gerak biji mata tu. Masa ni saya rasa seperti sedikit tekanan pada mata.


Mata dilaser

Selepas flap, barulah mata kita ditembak dengan laser. Masa ni saya terbau macam benda terbakar. Maka selesailah operasi lasik untuk kedua-dua belah mata. Adakah terus nampak bila habis buat lasik ni? Ya, saya dah boleh nampak tapi secara berperingkat-peringkat. Mulanya penglihatan saya macam berkabus (agaknya inilah kesan haloes yang saya duk baca tu). Dalam mata pula macam ada habuk kayu tersekat. Jadi habis buat lasik tu saya pergi makan (dalam pada tu sempat buka henpon untuk reply customer kihkih) dan terus balik rumah untuk tidur. Petang tu saya dah tengok tv tanpa pakai cermin mata :D (bila baca balik kat kertas yang doktor bagi, rupanya kena elakkan tengok tv buat sementara kihkih).


Hari kedua, saya dah keluar bekerja (ada training untuk bisnes). Mata dah terang, kabus dah hilang cuma masih terasa ada habuk kayu dalam mata. Sepanjang tempoh ini saya pakai spek hitam dan titikkan ubat serta eye drops yang dibekalkan. Mandi pun nak kena jaga supaya mata tak masuk air (untuk seminggu hingga luka sembuh). Kolam renang apatah lagi, kena pantang 3 bulan. Pegi legoland waterpark jadi tukang jaga beg je huhu.


Boring jadi 'jaga', buat kerja tak faedah ambik gambar sendiri di tepi waterpark hehe


Hari ketiga, saya dah tak rasa 'habuk kayu' tu lagi. Malah dah memandu hantar dan ambik anak sekolah. Alhamdulillah penglihatan waktu malam saya pun ok saja. Ada yang saya baca pengalaman orang lain mereka punya penglihatan malam tak bagus (kesan 'haloes). Cuma kesan yang saya dapat ialah mata kering sebab mata saya memang kering sebelum buat lasik lagi. Mulanya saya ingat saya tak boleh buat lasik disebabkan masalah mata kering ni. Mata kering sebab apa, mungkin faktor usia kot hehe. Jadi buat masa ni saya titikkan eye drops khas (tanpa pengawet) sahaja untuk atasi masalah ini.


Macam tulah je pengalaman saya. Rasa happy sangat sebab akhirnya bebas dari belenggu spek dan contact lense. Walaupun sampai sekarang tangan masih tersasul nak bukak spek bila nak tidur atau mandi hehe. Maklumlah dah berspek dari umur 10 tahun. Melalu pemeriksaan yang lepas, mata kanan saya rabun dah zero, silau pun zero. Mata kiri rabun zero, silau masih berbaki 75 (mata saya silau tinggi). Alhamdulillah, harap prestasi mata saya ini kekallah. Aaminn.


Inilah 2 supplemen yang saya amalkan lepas operation untuk cepat sembuhkan luka. Tapi memang dah lama amalkan pun :D.






Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy