BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Insentif Pelancongan Ke Korea : Nami Island


As-salam ^^

Alhamdulillah...dengan izin-Nya tercapai juga impian saya nak menjejakkan kaki ke Korea, antara tempat yang telah lama diangankan untuk dilawati. Banyak lagi tempat impian saya nak pegi ni hehe. Tahun ni untuk pengedar-pengedar yang layak, Avail berikan insentif pelancongan ke Korea. Dah tentu secara percuma! Pergi percuma sape tak nak grab rugila sampai tua :p.


Pada tengahari 23 April kami bertolak ke KLIA dari JB, singgah solat asar dan jama' maghrib isya di masjid KLIA. Tak sempat mandi just salin baju dan make-up lebih kurang kami perlu berada di KLIA jam 8 malam untuk check in. Jenuh juga tunggu nak check in sampai perut dah nyanyi jadi sementara tu amik gambar jelah sana-sini. Pantang ada kamera semua kejar sebab nak masukkan muka dalam gambar -.-.


Wajah insan kelaparan. Ini saya (yang shawl oren tu..shawl ni kalau nak boleh order dengan saya kehkeh sempat pomote) dengan salah seorang network saya, kak Yati. Hebat cikgu ni. Dalam 3 bulan buat dah complete GM. Hope next year lebih ramai network under grup inspirasi dapat join trip insentif :). Next year inshaa allah insentif umrah pula. Moga-moga dapatlah saya jadi tetamuNya sekali lagi. Aminn.



Grup besar kami - amg network.


Kami ke Korea dengan flight Korean Air. Penerbangan ambik masa lebih kurang 6 jam. Waktu kat Korea berbeza 1 jam dengan Malaysia.


Esoknya dalam pukul 6.30 pagi waktu Korea kami selamat mendarat. Sampai je kami terus dibawa menaiki bas menuju ke Pulau Nami tanpa sempat mandi kehkeh. Mujur saya sempat gosok gigi kat airport -.-. Tapi Korea masa ni sejuk sangat jadi tak mandi pun tak apa hehe. Ada asap keluar ikut mulut bila bercakap membuatkan beberapa ahli grup kami menjadi jakun sebentar :p.


Bas kumpulan kami (ada 3 kumpulan semua sekali) tour guidenya bernama Mr Ben. Dalam bas Mr Ben telah menceritakan bed-time story kepada kami kahkah. Kesian beliau beriya-iya bercerita tentang Korea dan Pulau Nami tapi sorang-sorang ahli kumpulan kami terlelap. Saya je yang segar-bugar dengar cerita beliau :D.


Dari dalam bas nampak matahari menyinar-nyinar, kami sangka cuaca panas tapi turun je bas sejuk sangat-sangat. Nasib saya bawa trench coat tebal yang beli masa gi China haritu. Waktu ni sebenarnya dah penghujung musim sejuk dan permulaan musim bunga. Pantang nampak pokok berbunga kami pun jakun bergambar.


Sebelum naik bot ke Pulau Nami. Boleh nampak kan matahari bersinar tapi masih sejuk sebab masih pagi. Pagi dan malam sangat sejuk. Tengahari baru panas.


Nak ke Pulau Nami kena naik bot dalam 5 minit camtu. Sebelum tu meh nak citer sikit sejarah Pulau Nami ni berdasarkan bed time story Mr Ben masa dalam bas tadi. Al-kisahnya, nama Pulau Nami diambil bersempena nama seorang jeneral muda yang hebat iaitu Naminara. Jeneral ni menjadi kesayangan Sultan. Standardla bila Sultan sayang mesti ada yang dengki. Beliau telah difitnah nak membuat pemberontakan lalu akhirnya mati dibunuh oleh Sultan. 


Seterusnya layan jelah gambar-gambar kenangan saya dan suami di sana. Tak sangka saya dah dapat jejakkan kaki ke pulau yang saya nak pegi sangat-sangat. Pulau Jeju je yang belum dapat. Inshaa allah next time kalau ada rezeki ke Korea lagi.


Gambar saya dekat batu tu (bawah kanan) sebenarnya tu ialah kubur Jeneral Naminara yang saya cerita tadi. Tak baca tadi kan? kehkeh


Kat Pulau Nami ni takde apa sangat pun. Cuma pemandangan dia cantik. Pokok-pokok trademark Pulau Nami ni wajib bergambar kalau datang sini. Posinglah sampai muntah.


Hehe..sebenarnya inilah tarikan Pulau Nami. Sape yang tengok drama bersiri Winter Sonata taula kan. Saya ada tengok tapi tak tengok dari mula. Kisah percintaan yang sedih (agaknyala saya pun dah lupa). Penggambaran drama tersebut ada buat di sini, tu la Pulau Nami jadi popular. Kita pun amik feel lah percintaan Winter Sonata ni kan heheh.


Sibuk cari wifi. Walaupun bercuti masih sibuk berwhatsapp dengan customer :D.


Atas kiri - AWAS! Ada bear mengintai dari celah pokok :p
Atas kanan - wanita tu buat pau kalau tak silap
Bawah kiri - Tu basikal dalam drama Winter Sonata tau...glemer basikal
Bawah kanan - Jambatan ni pun berkait dengan Winter Sonata juga..kisahnya first kiss hero heroin terjadi kat sini (saya tak tau sebab dah lupa atau miss tengok)


Banyak lagi gambar-gambar saya dan suami kat sana tapi malas nak tepek semua. Yang penting kalau pegi Pulau Nami amikla gambar banyak-banyak sampai habis duit. Haha..nanti saya cerita.


Dalam tengahari kami keluar dari Pulau Nami dan dibawa untuk lunch. Lunch untuk first day ni ialah korean food - chicken tandoori korean style. Kedengaran adalah sedap. Perut pun memang dah lapar.

Haaa gitewww. Kena masak sendiri dulu sebelum melantak hokay. Kelihatan Mr Ben, tour guide kami sedang bantu kami main masak-masak. Atas kiri ialah kimchi, benda wajib setiap kali waktu makan. Kira macam sambal belacan diaoranglah tu.


Dalam masakan tu ada ayam dan pelbagai jenis sayur-sayuran. Dah gaul semua baru masukkan sambal dia. Lepas tu gaul lagi sampai ayam masak then barula masukkan nasi dan gaul lagi semua sekali. Style orang Korea ni nasik dia sikit je tapi lauk banyak. Sebab tu diaorang sihat dan hidup lama hehe.


Menarik tentang kimchi ianya adalah di kedudukan kelima makanan tersihat dunia. Rugi kalau tak suka walaupun rasa dia emmm memang sambal belacan lagi umphlah :P. Nak makan ni kena balut lauk dan nasik tu dalam daun salad. Memang rasa sayuran je dalam mulut ni. Makan camni sebulan sure selim-melim.

Lepas kenyang nampak bunga mekar berkembang feeling hindustani pula -.-.


Lepas tu kami naik bas lagi dan dibawa ke penginapan untuk berehat iaitu Daemyoung Condo di Vivaldi Park. Tempat ni berada di Tanah Tinggi dan ianya sebenarnya ialah sebuah ski-park. Tapi sebab takda salji lagi dah takdala orang main ski. Masa sampai ni dah letih sangat-sangat memang target nak carik bantal tilam jelah tak kuasa nak bergambar lagi dah.


Suami lah yang rajin ambik gambar-gambar dalam bilik. Saya dah tak boleh buka mata. Memang nak tido je. Suasana pulak sunyi dan dingin memang syiokk tido. Tu pun tak boleh tido lama sebab nak kena turun balik dalam pukul 6 petang untuk dinner. Hoih tak sempat lapar dah nak makan lagi.


Dah segar! Siap-siap nak pegi dinner kat restoran. Sekitar Vivaldi Park ni pergunungan. Belakang tu tempat orang naik untuk main ski. Sejuk masa ni sebab hari dah petang.


Dinner bertemakan ikan. Ikan tu grill kot. Dimakan dengan nasik, sup tauhu, sup seaweed, kimchi dan sayur-sayuran. Orang nak diet sesuailah makan camni. Dalam banyak-banyak tu ada satu makanan sedap tapi lupalah apa dia, yang ingat ianya bergoreng. Mungkin sotong, keledek atau pisang. Mungkinlah..


Malam lepas dinner kami just habiskan masa di mall berdekatan beli air, coklat dan main bowling. Esok kami akan pergi ke strawberry park dan Everland Theme Park pula. Seronoknya!



bersambung...


1 comments:

Nadhirah Ahmad

Ha ah. Sotong n keledek goreng tu sangat sedapll. Sdp sbb rsenye dia cmpur tepung jagung. Jd cm rangup.

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy