BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Avail China Trip 2014 : Shopping di Dongmen Street

As-salam..

Alhamdulillah saya, suami dan rakan-rakan Availian dah selamat sampai ke bumi Malaysia pagi tadi. Sampai sekarang masih teringat-ingat kenangan manis dan lucu sepanjang berada di China apatah lagi pergi bersama grup AMG Networks yang memang happening dan havoc sokmo. Semuanya dah macam satu famili. Memang momen yang takkan dapat dilupakan.


Team AMG Network, di lcct sebelum berangkat



Hari Pertama (Rabu, 26 Februari)

Kami berangkat dari lcct pada jam 6 pagi. Lebih kurang jam 11 pagi dah pun sampai ke Bao An Airport, Shen Zhen. Dalam flight takde lain makan dan tido saja. Kumpul tenaga sebab turun flight je misi pertama ialah shopping sampai lebam kaki!


Di Bao An Airport

*Saya memakai niqab untuk sementara kerana kulit wajah sedang mengalami alahan, tak boleh kena aircond atau angin nanti kekeringan dan kegatalan tapi doakanlah saya memakainya secara tetap pada satu hari nanti aminn



Untuk hari pertama ini kami dibawa shopping ke Dongmen Street terlebih dahulu. Yang bestnya, cikgu Khoo (owner company Avail) telah memberikan setiap seorang duit belanja sebanyak 400 yuan (lebih kurang RM200). Makin tebal lah duit shopping kami ^^.


Dongmen street ni agak besar kawasannya. Ada yang berjualan di celah-celah bangunan dan ada juga yang dalam mall. Nak tawar-menawar harga agak sukar di sini. Kalau dengan peniaga di luar mall bolehlah. Ada cara juga macam mana nak baca papan tanda diskaun tu. Tak sama dengan Malaysia hehe.


Ada banyak mall kat sini sampai tak tau nak tuju yang mana satu dulu. Toilet pula cuma ada di restoran makanan segera macam McD. Air kena tadah dari sinki luar lah hehe. Tips : bawalah botol kosong dalam beg senang tadah air untuk istinja' nanti. Dengan penat dan masih blur kami berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil dan berjalan ikut hala tuju kaki masing-masing. 


Di Dongmen Street.


Target saya di sini memang nak cari trench coat tebal untuk cuaca sejuk dan boot sebab kat JB susah nak cari trench coat maklumlah negara kita kan takde musim sejuk. Yang ada jual pun di Universal Traveller dan harganya memangla mahal sesangat mencecah RM800 hingga ribuan ringgit. Memang rambang mata jalan-jalan kat Dongmen ni sebab banyak sangat pilihan trench coat yang cantik-cantik. 


Boot pun sama, banyak yang cantik tapi tak berani nak beli kerana khuatir dengan material yang digunakan adalah daripada kulit khinzir. Handbag juga, kena hati-hati memilih. Dengan masalah bahasa (rata-rata penjual tak pandai berbahasa inggeris) memang menyukarkan nak bertanya. Mujur juga salah seorang bisnes partner saya, kak yati pandai berbahasa cina jadi dialah jadi tukang tawar harga dan tukang tanya tu ini. Akhirnya jalan punya jalan dapatlah sehelai trench coat kaler hitam berharga 290 yuan sahaja (lebih kurang RM160).


Trench coat hitam ni tak memenuhi kriteria yang saya idamkan tapi sebab dia murah maka saya beli heheh. Kak yati pun beli sama macam ni. Dia beli 2, hitam dengan merah.


Masa yang diberi untuk shopping selama 4 jam memang lah tak mencukupi (padahal kaki dah sakit). Pada jam 5 petang kami menaiki bas yang disediakan dan check in di hotel Century Kingdom yang bertaraf 5 star.


Gambaran dulu sebelum menyepahkan bilik. Tapi kenapa lampu tu senget ya? Spoil je huhu


Disebabkan tak puas shopping, malam tu saya dengan beberapa orang kawan lain bertekad nak kembali shopping ke Dongmen. Ketua shopping mestilah leader kami, CM Eddie memandangkan beliau dah banyak kali ke China. Yang kami ni cuma ikut-ikutan aje heheh.


Dengan kak yati sebagai jurubahasa kami memberanikan diri ke sana dengan menaiki tren. Hahaha...di sinilah bermulanya pengembaraan kami. Adventur lah konon-konon. Masa nak pegi dah kalut nak beli tiket tren pasal tak tau baca bahasa cina kat mesin tiket tu. Dah berjaya naik tren pastu konfiden je dah turun di destinasi yang betul tapi rupanya kami tersesat. Aalih-alih dah tersampai ke tempat shopping yang lain hehehe. Bolehlah daripada takde kan. Saya tak beli apa-apa sebab dah penat dan ngantuk cuma husband jelah beli jaket dekat uniqlo. Sampai tertido saya tunggu dia pilih jaket.


Masa balik pula kami terpaksa kejar tren terakhir. Kali ni lagilah kelakar sebab dah tergesa-gesa macam-macam benda terjadi. Yang tersalah turun eskalator pastu gigih patah balik melawan arus. Pastu ada pulak yang konfiden turun eskalator siap-siap lambai-lambai sekalinya eskalator membawa mereka ke lorong yang salah hahaha. Muka masing-masing pucat lesi je sebab takut kena tinggal tren.


Dalam tren asyik gelak ketawa. Ada orang pura-pura pregnant sebab nak dapat tempat duduk kihkih (tu yang pakai tudung kotak-kotak tu hehe)


Akhirnya kami selamat juga sampai ke hotel dan tidur dengan nyenyaknya. Cuaca di Shen Zhen walaupun bukan musim dingin tapi tetap terasa sejuk macam duduk dalam air cond. Tamat kisah hari pertama nanti saya sambung cerita hari kedua dan ketiga pula. Ngantuk sangat dah ni. Nak tido dulu. 


Bye.

0 comments:

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy