BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Avail China Trip : Shopping di Lou Hu


Entri ini bersambung dari entri sebelum ini >>KLIK SINI.

Sebelum tu nak cerita, sepanjang berada di China kami tak keluar makan ke mana-mana tapi hanya makan bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia sahaja. Breakfast yang hotel sediakan pun kami tak ambil sebab was-was dari segi halalnya.


Bilik kak emma dijadikan dapur hehe. Meriah makan ramai-ramai. Nasi tak cukup. Lauk pulak ada macam-macam, sambal bilis beraneka warna dan rasa, sambal jawa, serunding, rendang, nasi impit, rojak. Sedap dan pedas belaka. Mujur ada serunding penawar pedas ngeh ngeh. Serunding sedap ni saya beli kat angsana, jb.


Hari kedua (Khamis, 27 Februari)

Hari kedua di China, kami dibawa bershopping ke Lou Hu pula. Lou Hu ni kurang standard sikit berbanding Dongmen Street. Tapi harga boleh tawar gila-gila sampai penjualnya naik gila. Barangan yang dijual kebanyakannya adalah "ASPAL" (asli+palsu) heheh. Maksudnya rata-rata barangan adalah bukan yang asli. Tapi penjual di sini english nya ok sikit. Boleh cakap walaupun broken. Senang nak tawar menawar.


Gambaran dulu sebelum bertolak ke Lou Hu. Bawak semangat JDT ke China. 



Kawasan Lou Hu ni dah bersebelahan dengan Hong Kong. Nampak tak signboard biru tulis to Hong Kong tu?


First impression bila masuk dalam shopping center Lou Hu ni ialah suasananya macam dalam Holiday Plaza, JB. Kedainya kecik-kecik aje. Banyak jual peralatan elektronik, baju, kasut, jeweleries dan barangan rumah macam langsir dan cadar. Kain ela pun ada tapi tak tahulah dari segi kualiti bagus ke tak. Ha..nak citer ada satu kedai t-shirt ni walaupun bukan ori tapi kualiti kain dia bagus. Kawan-kawan rekomen beli kat kedai ni, Linda nama kedai dia (tingkat paling bawah).


Tips nak shopping kat sini kita yang tetapkan harga, mintaklah diskaun hingga 50 - 70%. Saya dapat sehelai trench coat tebal seperti yang saya idamkan kat sini. Cuma malangnya ada cerita tragis masa tawar-menawar harga tu. Encik husband punya pasal le ni. Tapi takpelah, saya anggap tu dah rezeki penjual tu. Mungkin mereka ada anak-anak yang sedang kelaparan di rumah. Saja je bayangkan cerita sedih sebab nak hilangkan rasa kecewa tersalah tawar harga :'(.



Trench coat coklat ni saya beli dengan harga 500 yuan (lebih kurang RM275). Patut boleh dapat lagi murah huhu :'(.



Dah penat shopping, makan bekalan kat luar tempat shopping tu. Sukeati je kan. Kalau kat jb takdenya nak buat gini hehe.



Saya ada kat celah-celah kaki manusia (dasar malas nak bangun).



Dekat luar lou hu shopping center


Sebelum balik ke hotel, bas bawak kami singgah ke taman lukisan. Jalan-jalan kejap je kat sini tengok lukisan lepas tu terus balik hotel. Niat di hati nak cari fridge magnet untuk dijadikan souvenir tapi saya difahamkan Shen Zhen ni bukan kawasan pelancongan jadi benda-benda gitu susah nak carik. Akhirnya, pihak company bawa penjual fridge magnet masuk ke hotel untuk kami beli. Tu pun kami tawar gila-gila sampai penjual fridge magnet naik gila heheh. Sori  ye ahmoi ;p.


Ok sampai sini dulu. Nanti saya sambung episod 3 pulak. Bye.

0 comments:

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy