BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Extra Income Melalui Bisnes Avail


As-salam ^_^


Haiiii...lama betul saya tak update apa-apa di sini. Nak ikutkan banyak benda saya nak kongsi dengan anda apakan daya mood menulis asyik ke laut ditambah pula dengan jadual yang semakin padat. Belum terlambat kan nak ucapkan "Selamat Tahun Baru 2014".


Alhamdullillah, bisnes Avail yang saya mulakan pertengahan 2010 dulu semakin menunjukkan peningkatan dalam tahun 2013. Memang pada peringkat awal dulu saya hanya memfokuskan pada jualan runcit sahaja. Tak minat MLM lah katakan. Produk Avail memang mudah diual. Ada sahaja permintaan. Daripada surirumah yang biasa-biasa tiada sebarang pendapatan, melalui platform Avail dapatlah saya mengumpul duit sendiri. Berdikit-dikit mengumpul alhamdulillah tahun lepas diberi rezeki menunaikan umrah, dapatlah beli beberapa barang idaman yang cuma dapat berangan je dulu-dulu dan dapat bagi mak abah setiap kali balik kampung. Rasa bahagia bila dapat berkongsi-kongsi dengan orang yang kita sayang lebih-lebih lagi dengan hasil usaha kita sendiri. Yang penting dapat tengok anak membesar depan mata. Tu sebab utama kenapa saya tak nak bekerja dan pilih untuk berniaga sendiri.


Avail ni memang sebuah syarikat MLM. Saya berminat untuk berbisnes dengan Avail ni dulu sebab tertarik dengan produk pad herbanya. Dalam perancangan nak jual runcit je sebab memang tak pandai bisnes 'cari orang' konon-kononnya. Pada pandangan saya, berniaga tuala wanita in shaa allah boleh bertahan selagi wujudnya wanita di dunia ini. Kemudian barulah saya berjinak-jinak promote produk Avail yang lain pula contohnya Green Fit dan i-kids. Ternyata produk Avail memang senang nak jual. Customer sentiasa cari.


Dalam sibuk menjual runcit akhirnya saya 'terpaksa' buat MLM/network marketing. Hehe.kenapa terpaksa pulak kan? Sebabnya beberapa customer saya yang dapat kesan baik daripada produk yang mereka gunakan (Green Fit) berminat untuk berkongsi kebaikan Green Fit dengan orang lain juga. Dengan perkataan mudahnya, mereka nak jual Green Fit jugak. Dengan perkataan lain mereka nak jadi agen/business partner saya.


Saya dan rakan-rakan business partner (sebahagian). Dari kiri : Zaidi, abang Halim, Eena, Me, Mama Zaharah, Aini dan Kak Yati


Di sinilah saya mula nampak MLM ni sesuatu yang positif. Biasanya dalam bisnes konvensional ada orang nak jual produk yang sama dengan kita, kita rasa tergugat sebab akan ada persaingan. Tapi dalam MLM kita akan ajar dan bimbing agen/business partner tersebut sampailah mereka mampu bergerak sendiri. Tahun ni in shaa allah lebih banyak aktiviti latihan grup yang telah dirancangkan untuk membantu network. Saya bersyukur kerana berada dalam grup yang sangat-sangat supportive. Apatah lagi orang kuat dalam grup tersebut bukanlah orang lain tapi suami saya sendiri, DM Subha. Beliaulah yang banyak mengajar saya. Memang sangat-sangat penyabar sebab dalam banyak-banyak business partner sayalah business partner dia yang paling degil hehe. Terima kasih sayang sebab bersabar dengan isterimu ini <3.


Kenangan masa Avail Rally Selatan 2013


Lama tak menulis panjang pulak jadinya. Saya doakan anda semua sihat, kaya dan berjaya :). Bagi anda di luar sana yang nak cari extra income melalui platform Avail yang mudah boleh hubungi saya. Tak pandai tak apa janji ada minat nak belajar. Saya juga bermula dengan tak pandai. Tak pandai menjual dan tak pandai bercakap tapi masih boleh buat bisnes. Alhamdulillah.


sms/whatsapp/wechat : 0197583883 (rina)/0197299927 (subha)
fb : Rina Avail
emel : inspirasihatcantik@gmail.com



Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy