BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



PROMOSI ROADSHOW : GREEN FIT MURAH !!


As-salam..

Promosi roadshow datang lagi !! Dengan pembelian pek fc bio combination + 1 box ifood dengan harga DISKAUN melayakkan anda mendapat harga promosi GREEN FIT 3 box dengan harga RM70 sahaja. 3 box tau bukan 1 box. Huhu. Memang murah sangat-sangat especially Green Fit. Normal price untuk 1 box Green Fit ialah RM75. Kalau 3 box Green Fit ni kebiasaannya harga diskaun pun ialah RM189. Tapi untuk promosi ini cuma RM70 sahaja!!




Promosi ini adalah bersempena roadshow yang bakal diadakan pada 11 Mei 2013 bertempat di Hotel Katerina, Batu Pahat. Jadi pakej promosi ini terbuka kepada sesiapa sahaja mulai dari hari ini hinggalah 11 Mei 2013. Tak kira anda join roadshow ke tak boleh beli pakej promosi ini.


Bagi yang tinggal dekat-dekat dengan Batu Pahat atau yang jauh pun apa salahnya kalau nak join roadshow boleh hubungi saya. Tiket cuma RM10 sahaja (dapat door gift 2 sachet green fit dan shaker + cabutan bertuah). Dan sesiapa yang join roadshow dan beli pakej promosi di atas dapat free coaching daripada SCM Azman Bidin, bekas akauntan yang kini dah tukar profesion menjadi usahawan. Minat nak bisnes tapi tak tau cara rugi kalau tak rebut peluang belajar daripada orang yang berpengalaman macam ni.


Nak beli pakej promosi roadshow atau nak join roadshow boleh hubungi saya laju-laju :).

sms/whatsapp: 0197583883
emel: inspirasihatcantik@gmail.com


PROMOSI PERFECT BEAUTE CREAM AVAIL DATANG LAGI !!


As-salam..

Yeayyy !! Promosi PBC datang lagi :D. Bedak+foundation yang kalau dah cuba pasti jatuh chenta. Dulu saya memang ada masalah kalau nak beli bedak compact dengan foundation. Yang paling menyusahkan nak pilih kaler yang sesuai dengan kulit. Berdiri tegak berjam-jam depan rak mekap tu sampaikan amoi watson jeling-jeling hikhik. Orang kata kalau nak pilih kaler foundation kena test dekat bahagian rahang. Tengok kalau hilang means kaler foundation tu sesuai dengan kulit kita. Tak boleh test dekat tangan sebab warna kulit tak sama. Tapi yang sakit hati kalau tester pun takda. Ataupun kalau ada rupa tester dia buat kita pikir 3-4 kali nak test-test kat muka :P.


Inilah dia PBC, my best friend. Dalam ada disediakan span dan siap cermin. Senang nak touch-up.


Sebelum nak cerita pasal promosi ni, saya nak share satu pengalaman lucu masa kat universiti dulu. Dah namanya perempuan kan pegi kelas nak tenyeh foundation juga hikhik. Masa tu pakai foundation yang murah jenis cecair punya. Saya tak ingat apa jenamanya. Sekali pakai muka kuning daaa. Bulan depannya foundation tu habis beli pulak kaler lain jenama yang sama. Pilih tona yang agak pinkish sikitlah nak feeling-feeling muka pink gittewww. Sekalinya masa kat kelas ada satu mamat tu duk tegur. "Apesal aku tengok muka ko kejap kuning kejap pink eh?" Tsskkk T_T. Nampak sangat kaler foundation tak matching dengan warna kulit huhu.


Masalah nak pilih foundation tu berlarutan sampai dah masuk alam pekerjaan. Masa tu suka pakai krim siang  je. Tapi tak selesa sebab melekit-lekit. Alhamdulillah apabila AvailBeauty ada keluarkan bedak+foundation, Perfect Beaute Cream ni memang happy sangat-sangat. Setel semua problem. Jimat pun jimat. Tak payah beli asing-asing. Sebab PBC ni dah merangkumi bedak compact+foundation sekali. Siap ada SPF 30 lagi. Jadi tak perlulah nak berlama-lamaan sapu pelbagai jenis krim kat muka. Kaler dia pun 1 jenis sahaja. Tak payah  pening kepala nak pilih kaler apa. Hanya sapukan rata-rata dan ianya akan mengikut warna kulit kita. Terus kulit jadi gebusss dan glowing :).


Kalau anda teruja nak cuba bedak ni, sekaranglah masanya. Sebab ada PROMOSI giler best punya :D. Promosi ini bersempena hari ibu tak lama lagi. Bolehla hadiahkan PBC ini untuk diri sendiri dan ibu anda :).


Promosi bermula sekarang dan akan tamat pada 10 Mei 2013.


Harga PBC RM96/box
Kalau beli 2/4/6 box akan dapat diskaun lagi (bagi yang bukan ahli).


Kelebihan dan kebaikan

  • HALAL (ada pengesahan dari JAKIM)
  • Kandungan daripada bahan semulajadi (ekstrak kulit manggis, kolagen terhidrolisis, minyak beras germa, ekstrak akar licorice, bisabolol, vitamin C dan vitamin E
  • Tidak mengandungi paraben
  • Buatan MALAYSIA (jom sokong produk tempatan)
  • Mempunyai kelulusan KKM (NOT111101227K)

Bahan Utama
Khasiat dan Kebaikan
Ekstrak kulit manggis
Garcinia mangostana
Kaya dengan anti-oksidan yang membantu menentang radikal bebas (punca penuaan)
Melembutkan kulit
Hydrolized collagen
Merupakan ekstrak kolagen daripada ikan laut dalam
Berkesan mengurangkan tanda-tanda awal penuaan
Memberi keanjalan dan kelembapan pada kulit
Membina sel kulit baru
Ekstrak akar licorice
Glycyrrhiza glabra
Mencerahkan kulit dengan menghalang pembentukan melanin
Merawat, menyembuh dan menyegarkan kulit serta mengelakkan kulit dari keradangan dan alergi
Mencegah pigmentasi
Vitamin E (Tocopherol)
Anti-oksidan, anti-radang dan anti-penuaan
Membantu memperbaiki sel kulit yang rosak
Memberikan kelembapan
Mengurangkan kesan parut
Vitamin C
Menghalang proses melanogenesis (pembentukan melanin yang menyebabkan kulit menjadi gelap
Minyak beras germa
Oryza sativa
Anti-oksidan
Menganjalkan dan melembabkan kulit
Kaya dengan oleic dan linoleic acid (agen anti-oksida)
Ekstrak bisabol
Agen pencerah semulajadi dari tumbuhan Candeia
Menghalang pembentukan melanin

Yang berminat nak order boleh bagi details nama, alamat dan jumlah item melalui:
sms/whatsapp : 0197583883
emel : inspirasihatcantik@gmail.com

Avail Propolis Membantu Merawat Ekzema

As-salam..

Avail Propolis memang ada banyak kegunaannya. Sebab itu saya syorkan supplemen ini sebagai supplemen yang perlu ada dalam setiap rumah. Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga, dari peringkat kanak-kanak hinggalah orang tua.


Salah satu kegunaan Avail Propolis adalah untuk membantu merawat masalah ekzema. Menggunakan Avail Propolis lebih baik berbanding penggunaan krim biasa kerana propolis adalah semulajadi dan tidak mengandungi steroid.


Alhamdulillah, ada customer yang sudi sharekan testimoni mereka menggunakan Avail Propolis untuk membantu merawat masalah ekzema. TQ ye :).


Testimoni 1




Testimoni 2

credit : GM khalid zahrom

Kepada anda di luar sana yang ada anak menghadapi masalah ekzema atau anda sendiri mengalaminya bolehlah mencuba Avail Propolis. In shaa allah. Mudah-mudahan serasi. Nak baca lebih info tentang kelebihan dan kebaikan Avail Propolis berbanding propolis lain di pasaran boleh klik >>SINI.


RM78/botol (10 ml)
3 botol RM180 (jimat RM54)

MAL06011766T


Sekarang ini kami ada buat PROMOSI, dengan setiap pembelian 2 box ikids (6 botol) + 1 botol propolis akan dapat PERCUMA lagi bukan 1 tapi 2 botol propolis. Memang berbaloi-baloi. Siapa nak cepat-cepat sms/whatsapp saya : 0197583883 atau PM di http://www.facebook.com/sihatcantik.




Testimoni I-kids & Propolis : Bebas Dari Jangkitan Paru-Paru

As-salam..

Ya Allah happy sangat petang tadi bila dapat khabar dari customer saya, Anne tentang keadaan anak perempuan beliau Adlynne. Ingat lagi tak saya pernah share testimoni tentang Anne yang sembuh dari masalah alahan kulit dan GERD yang beliau hadapi selepas pengambilan i-food dan propolis? Boleh baca cerita tersebut di >>SINI dan >>SINI.


Setelah merasai sendiri keberkesanan i-food dan Avail Propolis, Anne bertambah yakin dengan supplemen kesihatan keluaran Avail. Beliau mencuba pula i-kids dan Avail propolis untuk anak perempuannya yang sering jatuh sakit. Anda boleh cari Anne di fb beliau : Tako Anne Koh untuk tanyakan sendiri kepada beliau.




Alhamdulillah. Dengan izin Allah jua adanya. Di rumah saya sendiri, i-kids dan Avail Propolis ini adalah supplemen wajib untuk saya, suami dan anak-anak. Maklumlah sekarang musim demam dan batuk-batuk. Setakat ini yang saya perasan sejak mengamalkan kedua-dua supplemen ini kami sekeluarga dah jarang demam (boleh kata hampir tiada). Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Kalau ada pun batuk dan selesema sikit-sikit. Just makan ubat (tanpa pengambilan antibiotik) dan teruskan makan i-kids dan propolis sahaja. Semoga kami dan anda semua juga sentiasa diberi nikmat kesihatan oleh Allah s.w.t. Aminnn.


RM78/botol


 RM68/botol
Sekotak - 3 botol


Sekiranya anda berminat nak cuba produk ini boleh hubungi saya. Buat masa sekarang ni ada PROMOSI tau. Memang jimat sangat-sangat. Cepat-cepat grab promo ini.


PROMOSI !!

Setiap pembelian 2 kotak i-kids (6 botol) + 1 botol Avail Propolis akan dapat PERCUMA lagi 2 botol Propolis

AMG Gathering

As-salam..

Weee..basi dah citer ni yang benarnya hihi. Tapi sebab bizi la sangat kononnya tak sempat nak update. Kami, agen-agen dan pengedar-pengedar di bawah kumpulan Crown Manager Nor Eddie Katmin iaitu AMG Networks bertuah sangat sebab sentiasa dapat support dan latihan untuk terus maju dalam bisnes.


Jadinya bersempena AMG gathering haritu CM Nor Eddie bermurah hati untuk sponsor hadiah cabutan bertuah untuk semua agen/pengedar yang pernah membuat pembelian di stokis beliau. Waktu sampai sana saya dengar juga orang bercakap-cakap pasal grand prize iaitu Samsung Galaxy Note 11. Tapi disebabkan saya bukanlah peminat gadget yang tegar maka tiadalah ambil port sangat tentang hadiah. Lagipun saya datang nak makan-makan dan borak-borak dengan kawan pengedar yang lain hihi. Maklumlah saya jarang dapat jumpa mereka memandangkan saya fokus pada online 100%.


Tapi dalam endah tak endah tu bila time cabutan pasang telinga jugakla kot-kot nama saya ada sangkut hihi. Dimulakan dengan cabutan yang kecil-kecil dulu hadiahnya. Takda satu pun rezeki saya. Ada orang sampai 3-4 kali namanya disebut, murah betul rezeki tapi sayang sebab tak datang gathering maka tak dapatlah. Sampaila cabutan 3 hadiah utama. Masing-masing berdebar kan. Saya je yang tak berharap sebabnya memang selalu tak bertuah kalau bab-bab cabutan bertuah ni. Kalau yang kecik-kecik pun tak dapat apatah lagi hadiah yang besar-besar kan ;).


Itulah dia pemenang hadiah utama, Rina Avail di samping CM Nor Eddie Katmin :).

Hihi. Betulla kata pepatah tuah ayam nampak di kaki tuah manusia sape yang tau. Akhirnya grand prize yang diidami oleh semua orang jatuh ke tangan saya =). Alhamdulillah. Terus pening pulak sebab saya baru je beli henpon S3 beberapa bulan sebelumnya. Sayangla nak jual henpon lama sebab tu hasil saya berniaga Avail ni.   Tapi takkan nak letgo hadiah Note 11 pulak kan. Nak pakai dua-dua tak berbaloi pulak sebab henpon saya cuma guna untuk urusan bisnes je. Lastly, henpon lama bagi dekat hubby je. 


Sekarang ni memang Note 11 tu saya guna totally untuk bisnes. Senang sebab besar sikit saiznya berbanding S3. Nak reply emel ke senang nak nampak hihi. Samsung pun dah upadate application pages manager tu. Jadinya semua kerja jadi mudah. Ingat lagi mula-mula bisnes dulu pakai henpon murah je. Ada orang emel ke lambat baru dapat reply. Whatsapp pun takde. SMS masuk banyak terus hang huhu. 


Jadi kepada anda di luar sana yang berminat nak jadi agen/pengedar di dalam kumpulan AMG Networks jom cepat-cepat hubungi kami. Manalah tau tahun depan rezeki anda pulak nak menang cabutan bertuah macam ni =).





Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy