BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Green Fit Boleh Banyakkan Susu Badan ~ besttt

As-salam..

Ramai customer tanya, Green Fit ni ibu menyusu boleh minum tak? Boleh ya puan-puan. Malah dapat banyakkan susu lagi. Ni antara testimoni. Kak iba ni ada baby yang masih menyusu badan. Sejak ambik Green Fit susu badan beliau bertambah banyak sampai baby pun bertambah-tambah kemontelannya :). 



Kak iba ni pada asalnya nak beli Green Fit sebab nak turunkan berat sebab beliau tengok kawan-kawan yang minum ada perubahan. Nak ikutkan kak iba ni jenis takut nak cuba-cuba produk. Akhirnya sebab suka sangat dengan kesan Green Fit ni kak iba jadi agen di dalam kumpulan saya. Macam ni yang saya suka sebelum jual sendiri minum dan rasai kesannya dulu. Barulah best nak sharing-sharing tentang produk pada customer kan :).


Kandungan Green Fit : serbuk epal, serbuk oat, lignin, oligosakarida, physilium husk, wheat grass, spirulina, alfalfa dan aloe vera. Warnanya hijau pekat setelah dibancuh nampak macam pahit tapi tak langsung. Rasanya sungguh sedap macam minum jus epal. Tak ada langsung bau tengik seperti sesetengah produk fiber di pasaran.

RM75/box

Kalau beli 2 atau 3 box ada harga promosi. Nak beli borong pun boleh. Minimum borong ialah 9 box.


Kalau diperhatikan salah satu ramuan Green Fit ialah alfalfa. Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan dan dikenali ramai sebagai salah satu penggalak susu yang popular. Bahan-bahan lain seperti serbuk oat dan spirulina juga boleh menambahkan susu.


Jadi untuk ibu-ibu yang sedang dalam proses berpantang patut cuba Green Fit ni. Sebab kandungan fibernya juga sangat bagus untuk mengatasi sembelit serta mengawalatur berat badan. Nak lagi baik seeloknya ditambahkan dengan pengambilan i-food sekali.


Kandungan i-food : Milk protein, isolated soy protein, physilium husk, aloe vera, wheat grass, oat bran, colustrum, enzim buah-buahan (papain, lipase), ginger dan chromium

RM190/box


Seperti Green Fit, i-food juga boleh membantu membanyakkan air susu. Selain itu khasiatnya boleh menambahkan zat dalam susu ibu, menguatkan daya imuniti badan ibu, menambahkan tenaga untuk ibu-ibu yang terpaksa berjaga malam menjaga bayi, membuang angin dalam badan serta membantu menyingkirkan darah beku dari rahim serta membantu mempercepatkan penyembuhan luka.


Next time saya akan buat entri khusus untuk produk lepas bersalin sahaja. In shaa allah saya akan bagi harga promosi untuk pembaca kesayangan saya :).


Tata. Jumpa di lain entri.


Untuk order/pertanyaan, hubungi saya:

sms/whatsapp : 019-7583883 atau
PM : Rina Avail atau
emel : inspirasihatcantik@gmail.com

Testimoni I-kids : Cepat Baik Demam dan Radang Tonsil

As-salam..

Panasnya cuaca harini kat Skudai. Saya nak pegi angkat kain dekat ampaian pun tunggu petang sikit biar redup. Takpelakan kaler baju luntur daripada warna kulit saya yang luntur ;p.


Musim panas terik macam ni ramai yang jatuh sakit terutamanya kanak-kanak. Demam, selesema, batuk dan sebagainya. Kena minum air putih banyak-banyak. Anak-anak saya pun ada batuk-batuk dan selesema sikit tapi tak teruklah keadaannya. Asalkan mereka tak demam tak risaulah sangat. Hanya bagi ubat klinik dan terus konsisten ambil supplemen i-kids.



RM68/botol (200 tablet)


PROMOSI !!

Beli 2 botol dapatkan diskaun 50% untuk botol ke-3



Anak-anak saya memang serasi dengan supplemen ni. Alhamdulillah, jarang diaorang demam teruk. Kalau ada pun sekali dua badan macam dedar. Ambil ubat sehari dua dah kebah.


Di bawah ni saya kongsikan antara testimoni customer yang pernah membeli i-kids dengan saya. Alhamdulillah, rata-rata memberikan feedback yang positif dan repeat order.


Testimoni 1



 Testimoni 2



Untuk order/pertanyaan, hubungi saya: 
sms/call/whatsapp : 019-7583883 atau
PM : Rina Avail atau
emel : inspirasihatcantik@gmail.com


Salam Ceria Cemerlang,

Tips Kurus Cara Mudah dan Semulajadi

As-salam..

Hai. Tadi kemas-kemas bilik kerja (sebenarnya bilik simpan stok je) terjumpa keratan akhbar tahun lepas punya berkenaan cara untuk kurus secara semulajadi. Wahh..bagus ni. Sebelum apa-apa berlaku kepada artikel ni (hilang sebab lupa letak) lebih baik saya kongsikan dengan anda semua.

Ok zasssss. Jom terus kepada isi cerita.


1. Jangan suka berlapar dan makan dengan kerap

Sikap suka tahan makan untuk kurus sebenarnya tak berapa betul. Yang sebaik-baiknya makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang kecil. Itu lebih baik berbanding makan sekali atau dua kali sahaja tetapi banyak. Apa yang dimakan pun kena tengok jugalah. Pilihlah makanan yang rendah kalori, kurang lemak, kurang minyak, kurang masin dan kurang manis. Ini termasuklah juga kurangkan bahan penyedap seperti kicap, sos dan mayonis.

Apabila kita berlapar, tubuh akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme menjadi rendah.


2. Banyakkan minum air putih

Air putih atau air masak mengurangkan selera makan secara semulajadi dan membantu badan membakar simpanan lemak di dalam tubuh. Sebaik-baiknya setengah jam sebelum mengambil hidangan berat minum air putih terlebih dahulu.


3. Elakkan minum air berkarbonat/air gas

Minuman berkarbonat tak kisahla jenama apa pun biasanya mengandungi 7-8 sudu gula. Pengambilan gula yang banyak seperti ini bukan sahaja memberi kesan buruk terhadap kesihatan malah menyumbang kepada obesiti. Oleh itu, kalau ada niat nak diet cuba lupakan minuman berkarbonat dan ganti dengan jus buah-buahan asli tanpa tambahan gula.


4. Kurangkan garam

Pengambilan makanan mengandungi garam yang tinggi menyebabkan pengumpulan air dalam badan (water retention) atau dipanggil 'gemuk air'. Cara untuk menghilangkan gemuk air ialah dengan minum air putih dengan lebih banyak dan bersenam.


5. Kurangkan gula

Setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. Gula berlebihan dalam badan yang tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak. Lemak ini biasanya tersimpan di bawah kulit terutamanya di bahagian abdomen. Sebab itulah mereka yang gemarkan makanan manis cenderung memiliki perut buncit. Gula bukanlah sekadar gula putih kristal sahaja tetapi termasuklah kumpulan gula dari sumber yang lain seperti buah-buahan (fruktosa) dan susu (laktosa).


6. Mesti bersarapan

Kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak bersarapan akan lebih cenderung untuk gemuk berbanding mereka yang mengambilnya. Sarapan menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah serta meningkatkan kadar metabolisme.

Biasanya sebab bizi saya akan ambil i-food sahaja sebagai sarapan paling pantas. I-food ni ialah sejenis makanan organik yang lengkap dengan khasiat. Kalau orang yang tengah on diet sesuai sangatlah minum i-food ni sebab dia boleh cover balik mana-mana nutrien yang kita kekurangan sebab diet. Orang yang banyak angin, selalu kena gastrik pun elok minum i-food. Untuk menjaga kesihatan secara keseluruhan saya selalunya akan ambil propolis sekali.



I-food RM190/box (20 sachet)
Avail Propolis RM78 (10 ml)

Jika ambil set kombo I-FOOD + PROPOLIS ada diskaun taw. Nak dapatkan harga tersebut direct WHATSAPP/TELEGRAm/WECHAT/SMS 019-7583883.


7. Jangan gelojoh

Nikmati makanan dan jangan tergopoh-gapah untuk menghabiskannya. Kalau kita makan perlahan-lahan dan kunyah dengan sempurna nescaya makanan akan terasa lebih sedap. Percayalah :). Ingat tak masa kecik-kecik dulu kalau dapat makanan sedap mesti kita akan makan sikit-sikit sebab takut cepat habis? Tu sayalah tapinya bukan orang lain pun ;p.

Lagipun ini bertepatan dengan cara makan Rasulullah s.a.w iaitu mengunyah sebanyak 40 kali supaya makanan benar-benar lumat seterusnya dapat menghindarkan masalah sakit perut.


8. Air limau dan fresh orange

Sekiranya makan di luar (gerai/restoran) mintalah minuman yang masam seperti limau suam atau fresh orange. Minuman yang masam menggalakkan pembakaran lemak. Sebaik-baiknya tanpa gula tambahan/kurang gula. Mmm.. yang ini memang hubby saya amalkan ketika dia sedang berdiet.


9. Fiber/serat

Dalam proses menurunkan berat badan fiber/serat perlu dimasukkan dalam menu seharian anda. Orang dewasa memerlukan 25 - 30 g serat dalam sehari. Fiber/serat penting untuk melancarkan sistem pembuangan air besar seterusnya menghindarkan sembelit. Sembelit juga merupakan salah satu punca obesiti serta penyakit serius yang lain.

Adakah anda menghadapi masalah sembelit atau kurang mengambil pemakanan berasaskan serat? Jom cuba Green Fit, suplemen fiber yang sedap, tidak memualkan dan rasa seperti minum jus epal.

RM75/box (15 sachet)

Nak Green Fit dengan harga murah??? Jom dapatkan set kombo 3 box atau 9 box.



10. Anda apa yang anda fikirkan

Elakkan dari menimbang berat badan setiap hari kerana anda tidak akan dapat melihat perubahannya. Selepas minum dengan banyak kemudian anda terus pergi menimbang sudah pasti berat badan akan meningkat. Ini menyebabkan rasa putus asa untuk meneruskan misi diet.


11. Makanan berempah

Sesetengah makanan berempah seperti cili, lada hitam dan biji sawi boleh membakar kalori.


12. Bijirin

Bijirin adalah sumber utama tenaga. Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan. Rasa susah nak makan cukup bijirin? Boleh gantikan dengan supplemen i-food macam yang saya cerita di atas tadi.


13. Sihat bukan kurus

Tumpukan misi diet untuk sihat bukan untuk kurus. Kebanyakan orang lebih berjaya menurunkan berat badan untuk jangka masa yang panjang apabila mereka menukar motif daripada untuk kurus kepada untuk sihat. Ini disebabkan anda akan sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan.

Makanan rapu dan makanan segera memang sangat memikat selera. Kalau ikut cara saya, saya akan tetap makan makanan sebegini cuma kurangkan pengambilannya dan ambil sekadarnya sahaja. Kalau asyik makan makanan sihat rasa hilang pulak nikmat hidup ye tak :D? Lepas tu, malam sebelum tidur saya akan ambil Green Fit. Setiap pagi pula memang tak tinggal i-food supaya bahan-bahan yang tak elok macam pengawet, pewarna dan bertoksik tersingkir dari badan.


14. Cara masakan

Cara masakan paling baik untuk mengurangkan jumlah kalori dalam makanan ialah dengan merebus, memanggang dan stim. Bagi sayur-sayuran, tumis dengan sedikit minyak sahaja dan hindari dari menggunakan lemak haiwan. 

Biasanya saya akan buat imbangan, hanya salah satu sama ada lauk (protein) atau sayuran yang akan gunakan minyak misalnya kalau ayam dah digoreng sayur pula saya akan masak rebus; kalau ikan dah masak panggang/stim sayuran pula boleh pilih yang dimasak secara tumis.


15. Pilihan pinggan

Pilih pinggan yang kecil berbanding pinggan besar agar dapat mengelakkan kita memenuhkan pinggan dengan makanan. Penuhkan sebahagian pinggan dengan sayuran terlebih dahulu kemudian barulah nasi dan lauknya (protein). Boleh rujuk myplate ni sebagai panduan:

Hidangan lengkap untuk lunch.


Panduan pemakanan untuk satu hari.

16. Banyakkan pergerakan selepas makan

Lepas makan jangan lupa cuci pinggan dan kemas dapur. Sekarang saya tahu kenapa berat saya statik je dari dulu sampai sekarang :D. Elakkan tidur atau duduk-duduk sahaja selepas makan. Pergerakan yang banyak selepas makan membantu membakar kalori. Kalau makan di gerai atau restoran kenalah cari peluang untuk banyakkan pergerakan seperti berjalan atau menaiki tangga berbanding lif sewaktu pulang ke pejabat.



Untuk order/pertanyaan, hubungi saya:
WHATSAPP/TELEGRAM/WECHAT/SMS : 019-7583883
emel : inspirasihatcantik@gmail.com



Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy