BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Beli PERFECT BEAUTE CREAM dapat Lipstik PERCUMA !!


Haiiii :)).

Salam ramadhan ke-10 buat semua. Macam mana persiapan raya tahun ni? Baju raya dah siap? Kuih raya dah tempah? Langsir? Sofa?


Dan jangan lupa wajah berseri untuk raya hehe. Penting wajah berseri untuk raya sebab itulah yang kita nak bawak pegi beraya rumah saudara-mara nanti. Baju raya dah bukan main cantik mengerlip-ngerlip tiba-tiba muka kusam je. Tak bestlah kan.


Bagi yang dah terlepas entri tentang Perfect Beaute Cream (PBC) sebelum ni boleh klik >>SINI.


Apa yang best tentang PBC?





Setakat ni saya puas hati sangat guna bedak ni sebab ianya cepat dan mudah. Sapu sekali dua je terus kulit nampak gebu dan cerah. Dan yang penting tak mudah luntur bila kena peluh. Jadi kalau raya nanti nak beraya dari pagi sampai ke malam tak risau langsung pasal muka sememeh. Tak payah kejap-kejap asyik nak touch-up je.


Bedak ni keistimewaannya dia macam meresap kat kulit kita. Bila pakai nampak macam kita tak pakai bedak. Seolah-olah macam kita dilahirkan dengan kulit sebegitu hehe. Lagi satu ianya memang tak mengotorkan tudung dan nak basuh muka pun tak perlu ambil masa lama. Nak solat pun jadi senang.


Kulit saya jenis kering jadi bagi saya PBC ni sangat perfect untuk mereka yang berkulit kering atau normal. Kalau kulit yang terlalu berminyak dan berjerawat teruk (jenih bernanah) tu tak berapa sesuai.


PBC ni dah dilengkap dengan pelembab dan pelindung UV (SPF 30/PA++). Jadi lepas apply toner boleh terus pakai bedak.


Dan yang lagi best, PBC diperkaya dengan pelbagai bahan semulajadi yang boleh membantu merawat masalah kulit. Antaranya ekstrak kulit manggis dan ekstrak kolagen dari ikan laut dalam yang dapat membantu mengurangkan tanda penuaan, menganjalkan dan melembutkan kulit. Selain dari itu ada juga ekstrak akar licorice, vitamin E dan C, minyak beras germa dan bisabol yang memang sangat baik untuk kulit. Nak baca kelebihan setiap bahan ni boleh klik >>SINI.


Harga dan PROMOSI !!


Harga PBC ialah RM96/box. Harga ni sebenarnya memang sangat berbaloi. Cuba kalau kita beli krim UV, foundation, concealer, krim kecantikan anti-penuaan lepas tu bedak compact/loose powder dalam bekas berasingan - rasanya lagi mahal kan.


Dan bagi setiap pembelian PBC anda akan dapat LIPSTIK yang berharga RM33 secara PERCUMA (hanya satu bagi setiap pembelian dalam satu resit). Kalau anda nak share beli dengan kawan-kawan pun boleh. Contohnya share dengan kawan beli 3 box terus, saya akan bagi anda diskaun. Tapi lipstik hanya boleh dapat 1 je tau hehe.


Lipstik apa yang akan saya bagi tu? Cuba cari lipstik kaler putih yang ada dalam gambar di bawah. Kaler itulah yang akan saya bagi. Sesuai untuk semua orang ;)).


Promosi ini akan berakhir hingga 31 Ogos 2012 nanti dan sementara stok masih ada :)).




Nak takk? Kalau nak boleh hubungi saya sekarang :)).

Untuk order/pertanyaan, hubungi saya:
sms/call : 019-7583883 atau
PM : Rina Avail atau
emel : inspirasihatcantik@gmail.com


Salam Ceria Cemerlang,

Hati Berlemak : Hati-hati Bagi Yang Berbadan Epal!

As-salam :).

Cuba perhatikan bentuk badan anda dengan menghadap cermin, adakah bentuknya kelihatan seperti buah epal? Berbanding dengan mereka yang berbadan bentuk pear, individu yang berbadan epal berisiko untuk mempunyai hati berlemak.





Di Malaysia, 1 daripada 20 orang menghidap penyakit berkaitan hati (termasuk hepatitis dan hati berlemak). Yang menggerunkan, penyakit hati berlemak tidak mempunyai simptom khusus dan kebanyakan pesakit tidak menyedarinya. Pemeriksaan biasa juga tidak mampu mengesan kehadiran si lemak pada hati. Hati berlemak adalah PEMBUNUH SENYAP!!


Siapakah yang berisiko?

  • Lazimnya, penyakit ini berpunca daripada pengambilan alkohol (terutama di negara Barat) namun keadaan semakin berubah. Kes berkaitan hati berlemak tanpa kehadiran alkohol (NAFLD) semakin meningkat. Perubahan pada enzim hati secara abnormal menyebabkan ketidakseimbangan metabolisme menjurus kepada masalah hati berlemak.

  • Turun berat badan secara mendadak juga mengundang kewujudan hati berlemak. Sebab itu mereka yang ingin menurunkan berat badan disarankan melakukannya secara berperingkat serta tidak menahan lapar yang boleh menyebabkan kekurangan zat pemakanan yang akhirnya menyebabkan hati berlemak.

  • Obesiti dan diabetes. Walaupun hati berlemak sering menyerang individu yang berumur 40 tahun ke atas, namun obesiti dan diabetes boleh menyebabkan remaja seawal usia 15 tahun berisiko mendapat hati berlemak.

  • Sindrom reye di kalangan kanak-kanak.

  • Kehamilan.

  • Ubat-ubatan yang diambil secara berlebihan.



Langkah Pencegahan


Mencegah lebih baik dari mengubati malangnya kebanyakkan dari kita lebih suka mengubati berbanding mencegah. Kos untuk pencegahan sebenarnya lebih murah berbanding kos untuk mengubati.


Amalkan gaya hidup sihat. Itu adalah kunci kepada tubuh yang sihat. Makan makanan seimbang dan berserat tinggi. Kawal pengambilan makanan berlemak, berkalori tinggi dan bersenam.


Elakkan minum arak (minuman keras) kerana alkohol boleh menurunkan kadar metabolisme dan pengkumuhan lemak.


Elakkan diet melampau seperti menahan lapar. Turunkan berat badan secara berperingkat.


Jangan lokek mengeluarkan sedikit belanja untuk supplemen. Walaupun anda mungkin menganggap supplemen tidak diperlukan tapi dengan gaya hidup kita hari ini serta pelbagai pencemaran di sekeliling kita adalah lebih baik kita membelanjakan sedikit wang untuk demi kesihatan.


I-food Makanan Untuk Hati & Membersihkan Darah

Kita sering terlupa akan kepentingan menjaga organ hati kerana tak nampak dari luaran. Biasanya kita lebih mentikberatkan penjagaan fizikal seperti kulit, rambut serta bentuk badan. Sedangkan hati adalah organ yang penting untuk dijaga kerana hatilah yang membina sel darah merah baru yang bersih untuk disebarkan ke seluruh tubuh. Toksin yang masuk ke dalam badan melalui makanan, minuman, kulit dan udara juga akan ditapis di hati. Malah hati juga berfungsi untuk mencerna protein serta merembes hempedu untuk mencerna lemak. Sekiranya fungsi hati terganggu akibat lemak atau penyakit berkaitan hati lainnya seperti hepatitis dan sirosis sudah pastilah banyak fungsi tubuh yang akan terganggu. Secara tak langsung akan memberi kesan kepada kesihatan dan kecantikan kita juga.



imej : sumber google

Salah satu penyebab hati bermasalah ialah daripada pemakanan memandangkan hati juga adalah sebahagian daripada sistem pencernaan. Tabiat makan lewat malam, makanan diawet (seperti jeruk), digoreng (lebih-lebih lagi dengan minyak yang dikitar semula), dibakar, makanan diproses (seperti sosej), makanan berkolestrol tinggi serta kurang makan makanan berserat, sayuran dan buah-buahan adalah antara puncanya.


Antara tanda-tanda hati bermasalah ialah:

  • mudah penat dan sering tidak bermaya
  • kulit kekuningan atau kering dan kusam
  • gatal-gatal
  • air kencing berwarna seperti teh pekat
  • najis berwarna pucat
  • pening, muntah dan sakit kepala tanpa sebab
  • turun berat badan


Bagi penjagaan organ hati saya suka nak syorkan anda mencuba supplemen i-food. Supplemen makanan organik berasaskan isolated soya ni dah hampir 3 tahun saya dan suami mengamalkannya. Antara kesan yang saya dapat masalah resung, migrain, selalu kembung, period tak teratur, kulit kusam dan gatal-gatal kulit telah dapat diatasi. Suami saya pula dapat menurunkan berat badan serta kulit bersih walaupun muka teruk kena chicken pox. Pelanggan pun ramai yang dah cuba serta memberikan respon positif. Biasanya pengambilan i-food dikombinasikan bersama Avail Propolis atau produk-produk lain seperti Woman Lobata atau Green Fit.



RM190 (20 scahet)

*do contact me untuk dapatkan harga pakej promosi



Antara kelebihan i-food ialah untuk:

  • membersih (membersihkan hati seterusnya darah dan sistem tubuh)
  • membina sel-sel baru yang sihat (mempercepat penyembuhan luka serta memudarkan parut)
  • menyeimbangkan sistem endokrin
  • membantu menguatkan sistem pencernaan (melembutkan najis serta membantu pergerakan usus)
  • meningkatkan metabolisme, mengawal berat badan, mengawalatur paras gula serta kolestrol darah
  • membantu pesakit gout, artritis, kencing manis, darah tinggi, anemia, gastrik, ketidakhadaman (selalu kembung) dan buasir
  • mencegah hati berlemak serta batu hempedu
  • memberi tenaga dan meningkatkan sistem imuniti
  • mencantikkan kulit, kuku dan rambut


Untuk order/pertanyaan, hubungi saya:
sms/call : 019-7583883 atau
emel : inspirasihatcantik@gmail.com

Testimoni Green Fit dari blog The White


As-salam :).

Walaupun Green Fit bukan hanya memfokuskan kepada nak turunkan berat badan tapi insya-allah boleh membantu ke arah itu. Sebenarnya orang kurus atau terkurang berat badan pun boleh minum Green Fit malah amat digalakkan untuk sesiapa sahaja yang ada masalah tak lawas, kurang makan sayur dan serat ataupun nak ambil sekadar untuk menjaga kesihatan. Kalau yang ada masalah kulit kusam atau berjerawat pun bagus jugak minum Green Fit ni tau. Jerawat dan kulit kusam tu tandanya banyak toksin dalam badan.


Adik Munirah Rustan, dari blog The White ada sharekan pengalamannya minum Green Fit. Sedapp kata dia. Macam jus epal. Boleh klik blog dia kat >>SINI. Katanya, berat badannya turun dari 49 - 50 kg kepada 46.6 kg. Alhamdulillah. Turun berat badan ni bergantung kepada orang. Ada orang lepas minum Green Fit turun banyak, ada orang turun sikit. Tapi yang penting Green Fit tak memudaratkan kesihatan sebab dalamnya cuma serat semata-mata, tiada bahan-bahan tambahan terlarang.




RM75/kotak (15 sachet)


Kalau nak murah beli pakej >>SINI.


Promo Pakej Ramadhan : GREEN FIT PERCUMA >>SINI.


Untuk order/pertanyaan, hubungi saya:
sms/call : 019-7583883 atau
PM : Rina Avail atau
emel : inspirasihatcantik@gmail.com

PROMO PAKEJ RAMADHAN : GREEN FIT PERCUMA !!


As-salam :).

Sempena bulan Ramdhan yang bakal menjelang ni, kami dari inspirasihatcantik.com nak beri Green Fit PERCUMA buat pelanggan-pelanggan yang dikasihi sekalian. Bukan sekotak tau tapi 3 KOTAK!!. Hoorayyyyy!!! Sila lompat bintang sekarang :D.


Bestnya dapat Green Fit percuma. Saya pulak yang teruja. Anda mestilah lagi teruja kannn. Banyak duit boleh jimat tu. Bolehla pegi beli baju raya meletops punya kan hehe.


Macam mana tu nak dapat percuma? Dah tak sabar dah ni.


Senang saja. Anda buat pembelian 2 kotak i-food dengan harga RM190/kotak dan anda layak dapat 3 kotak Green Fit secara PERCUMA.



3 kotak GREEN FIT PERCUMA 
bagi setiap pembelian 2 kotak i-food


Tunggu-tunggu. Kalau Green Fit tu tahulah - serat untuk sembelit. Nak bantu turunkan berat badan pun insya-allah membantu. Kulit pun boleh jadi cantik, tak kusam dan bebas jerawat. Tapi i-food ni untuk apa pulak?


Kebaikan i-food


I-food ni sesuai untuk sesiapa sahaja terutamanya kalau orang tu jenis pentingkan kesihatan dan kecantikan. Kalau anda jenis yang jenis suka makan sikit-sikit tapi kerap memang cepat lapar bila tiba bulan puasa. Insya-allah i-food boleh membantu kerana i-food ada serat. Serat membuatkan kita rasa kenyang.


Dan lagi, i-food sangat baik untuk pesakit gastrik, mereka yang menghidap diabetes/kencing manis, mereka yang ada darah tinggi dan juga mereka yang menghidap penyakit yang berkaitan dengan perut dan usus. Mereka yang baru lepas operation pun elok ambil i-food ni. I-food juga sesuai untuk wanita yang hamil, orang tua dan mereka yang vegetarian.


Tapi tak semestinya orang sakit je perlukan i-food ni. Kita yang sihat pun elok amalkan i-food untuk bersihkan darah dan hati, membantu mencegah penyakit hati berlemak serta kanser hati. Tahu-tahulah kan makanan sekarang kebanyakannya banyak bahan kimia, lemak, kolestrol dan sebagainya terutamanya makanan diproses. Hati kerja dia tapis bahan-bahan kimia ni. Sesekali kita kenalah bersihkan dia kan. 


Mereka yang sedang BERDIET juga sangat disyorkan ambil i-food sebab bila berdiet ni biasanya orang kurangkan makan. Bila kurang makan, badan juga akan kekurangan zat yang mana sangatlah tak baik untuk kesihatan. Jadi i-food ni boleh tampung semula zat-zat yang kurang tu. 


Dan yang paling perempuan paling suka nak dengar, i-food boleh cantikkan kulit. Minum i-food ni kulit jadi bersih dan lembab. Kalau nak kulit cantik kita tak boleh bergantung kepada produk luaran semata-mata. Dalaman pun kena jaga. Bukan ke kecantikan itu bermula dari dalam? Cewahh.


Oklah, berbalik pada Green Fit PERCUMA tadi. Sape nak sila angkat tangan tinggi-tinggi sekarang. Eh. Bukan nampak pun hehe. Tak. Tak. Tak yah angkat tangan tapi sila hubungi saya cepat. Tulis situ saya nak PAKEJ RAMADHAN. Bagi 10 pembeli terawal akan menerima HADIAH MISTERI lagiii. Apa hadiahnya? Kata misteri, jadi biarkan misteri itu menyelubungi diri anda hehe.


Oh ya. Promosi ini bermula hari ini dan akan berakhir pada 7 Ogos 2012.


Untuk order/pertanyaan, hubungi saya:
sms/call : 019-7583883 atau
PM : Rina Avail atau
emel : inspirasihatcantik@gmail.com

Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati


As-salam.

Hehe. Pelik tak dengan entri saya kali ni? Langsung takda kena-mengena dengan produk ke promosi ke info pasal penyakit ke.


Tadi saya pegi jengah-jengah blog orang. Bila bosan kat rumah tula kerja saya. Baca blog orang. Sekalinya saya terjumpa blogger popular ni buat contest - Eyriqazz.com. Masa saya mula-mula menulis blog, antara blog popular yang saya selalu jengah blog brother eyriqazz nilah. Beliau seorang cikgu, sesuai lah dengan tagline blognya : 'Great Teacher Onizuka'. Cerita GTO ni pun dulu antara cerita peberet saya hehe pasal heronya hensem. Ehh. Lari topik pulakk.


Bro eyriqazz buat contest pasal SEO. Terus terang cakap saya memang blur lah pasal benda-benda berkaitan dengan SEO ni. Selalunya kalau nak tulis blog saya main taram je tulis. Tak pernah fikir pasal SEO ke apa sebab saya tak tahu nak guna. Yang saya tau SEO tu Search Engine Optimization. Agaknya macam mana nak buat blog kita dijumpai oleh search engine kot?





Pasal blog denaihati pulak, samalah juga. Saya kenal blog beliau pun masa mula-mula berblog. Kalau blog eyriqazz lebih kepada personal blog denaihati pulak lebih kepada isu semasa. Nak kata hari-hari terjah blog mereka ni taklah juga. Bila ada masa lapang barulah saya baca. Maklumlah konon-kononnya sibuk =p.


Nak ikutkan saya ni memang paling pemalas nak join contest ataupun GA. Masa mula-mula berblog dulu rajinlah jugak tapi biasanya saya join melalui blog personal saya hehe. Saya ada blog personal. Saja tak letak linknya kat sini. Siapa yang tahu tu tahulah kan. Sebab blog personal tu bukan ada apa sangat. Tempat saya nak pok-pek pok-pek pasal kehidupan seharian jer.


Setakat hari ni, tadilah saya tengok dah 85 orang yang join contest eyriqazz vs denaihati ni. Kejap lagi saya lah orang yang ke-86 rasanya. Tarikh tutup 31 Ogos 2012, lambat lagi tu. Maknanya akan bertambah lagi penyertaan. Nampak gaya macam saya tak ada peluang menang hehe. Tapi takpelah. Orang kata 'jangan mengalah sebelum berjuang'. Hehe. Nak berjuang macam mana tu tak retilah saya. Takat tulis entri ni lepas tu post linknya ke >>SINI lepas tu dahh. Tak tau nak buat apa dah. Tinggal tunggu nasib jela kot. Serius saya tak reti nak main-main SEO ni semua.


Yang pastinya, benda yang buat saya teruja nak join contest SEO eyriqazz vs denaihati ni adalah sebab HADIAHNYA yang menarikkk!! Kalau tak percaya pergilah tengok sendiri kat >>SINI :D.


Akhir kata, anda doakan saya menang ya hehe. Walaupun harapan sangat tipis lebih tipis dari tisu tapi tak salah kot nak berharap hehe. Ada rezeki, adalah kan. Buat anda semua pelanggan yang saya sayangi, sempena ramadhan ni banyak promosi menarik yang saya akan buat. Sentiasa alert ya update dari saya. Bagi yang ada facebook bolehla LIKE pages saya yang kat tepi tu ya.


Babai :).


Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com , Azri.my , Blogr.my , ziefauzi.com ,  Shakiddo.com ,  ZarulUmbrella.Com , Hatiputera.com  Papamifz.comMksyahir.blogspot.comBoladaily.com , BloggerSentral.com ,  Mysuperkids.net , Vitaminsemulajadi.comAslamber.Com,kgbalimbang.blogspot.com , Ciktom.ComMuhasabahtrading.ComBluedianthus.Com danPanduanServisBlog.Com


Salam Ceria Cemerlang,

Anakku Selesema


As-salam :).


Baru-baru ni anak kecik saya, Zikry (3 tahun) kena selesema. Mungkin sebab malam sebelum tu dia minum air soya sejuk baru keluar dari peti ais. Dia tengok kami minum sedap dia pun nak jugak. Akibatnya esok pagi tu suara dia dah sengau lepas tu dah mula berhingus. Pekat pulak tu.


Saya cari ubat selesema klinik kot-kot masih ada simpan. Tengok-tengok semua ubat selesema dengan ubat demam (paracetamol) anak-anak punya bertarikh bulan November 2011. Dah tak boleh pakai lagi (ubat-ubatan boleh guna untuk tempoh 6 bulan sahaja lepas dibuka). Maknanya dah lama kami tak pegi klinik. Alhamdulillah. Anak-anak saya memang jarang demam atau selesema. Mungkin juga sebab saya selalu bagi diaorang makan supplemen (i-kids) jadi antibodi tu kuat sikit.


Ubat takda, nak pegi klinik pun tak sempat sebab ayahnya sibuk (outstation) saya cuma bagi zikry makan i-kids yang dia selalu makan tu je. Dengan harapan selesema dia sembuh. Cuma saya lebihkan sikit dosnya. Saya bagi dia 8 biji satu hari sepanjang dia selesema tu (2 biji pagi + 2 biji tengahari + 2 biji petang + 2 biji malam). Kalau masa dia tak sakit saya bagi 4 biji je takut cepat habis hihi.


Alhamdulillah. Dalam 3 hari macam tu saya tengok selesema dia dah kering. Legaaa. Tak payah bawak pegi klinik dah.


Sebenarnya, saya sendiri pun selalu makan i-kids. Walaupun i-kids ni nampak macam khusus untuk kanak-kanak tapi sebenarnya ia sesuai untuk semua peringkat umur. Saya makan sebab pagi-pagi hidung saya selalu berair. Alahan kot sebab saya ada resdung tapi tak teruk. Lepas makan i-kids tu biasanya dalam setengah jam macam tu dah tak berair dah hidung.


Kalau anda yang ada anak yang selalu demam dan kerap pegi klinik, bolehla cuba i-kids ni. Niat saya bercerita bukanlah sebab nak t-up produk yang saya jual tapi lebih kepada perkongsian. Moga-moga produk ini juga serasi untuk anak anda.


Nak baca info lanjut tentang i-kids ni boleh klik >>SINI.


RM68/botol (200 tablet)


*sila LIKE pages kami untuk dapatkan info terkini berkenaan PROMOSI


"Kita hanya berikhtiar, yang berkuasa menyembuhkan hanya Allah s.w.t."


Untuk order/pertanyaan, hubungi saya:
sms/call/whatsapp : 019-7583883 atau
PM : Rina Avail atau
emel : inspirasihatcantik@gmail.com


Salam Ceria Cemerlang,

Kanser Serviks : Langkah Pencegahan


As-salam.

Sekiranya anda wanita, teruskan membaca entri ini sampai habis. Tapi kalau anda lelaki boleh baca juga dan sampaikan pesan kepada wanita yang jadi kesayangan anda tak kisahla emak, isteri, anak, adik, kakak ataupun gelfren.

  • Kanser serviks meragut 143 000  nyawa setiap tahun. Dalam konteks dunia, sekurang-kurangnya 270 000 kematian bahana kanser serviks dilaporkan setahun dengan sekitar 80% berlaku di negara membangun. Hanya 41% daripada wanita negara membangun berpeluang mendapatkan rawatan seandainya mereka ingin terus hidup.

  • Kanser serviks adalah kanser ketiga paling kerap menyerang wanita di Malaysia. Di seluruh dunia, ia adalah kanser kedua paling kerap menyerang wanita dan meragut nyawa dalam tempoh setiap 2 minit.

  • Pada tahun 2007, kaum India mencatatkan kes kanser serviks tertinggi iaitu 10.3 setiap 100 000 orang penduduk diikuti oleh kaum Cina 9.5 dan Melayu 5.3 bagi setiap 100 000 orang penduduk.

  • Risiko mendapat kanser serviks adalah 5 kali lebih tinggi pada wanita yang tidak menjalani ujian saringan Pap Smears secara berkala. Takutnyaa sebab saya pun tak buat lagi hihi =P.



Siapa yang berisiko?

Semua wanita sebab wanita sahaja yang mempunyai serviks =p. Kanser serviks terjadi apabila berlakunya pertumbuhan sel yang tidak normal di kawasan serviks. Di mana letaknya serviks tersebut? Sila lihat gambarajah di bawah.


sumber gambar : SINI

Oh kat situ rupanya serviks atau nama tradisionalnya pangkal rahim. 



Apa puncanya? 


Seperti yang selalu disebut-sebut kanser serviks adalah berpunca daripada jangkitan berterusan virus yang sangat lazim dan berjangkit yang dikenali sebagai Human Papilomavirus (HPV). Ada 100 lebih jenis HPV, bagaimanapun hanya 15 jenis sahaja yang boleh membawa kepada kanser serviks termasuklah HPV 16, 18, 45 dan 31. 70% dari semua jenis kanser serviks berpunca dari jenis 16 dan 18. 


Oh, maknanya virus inilah yang menyebabkan sel serviks jadi tak normal. Tapi ada faktor-faktor lain juga yang boleh menyumbang kepada kanser serviks ini seperti sistem imuniti badan yang rendah dan juga faktor genetik.



Dah tahu punca jadi macam mana nak elakkan diri dari diserang kanser serviks ini?


Langkah Pencegahan?


  • Disebabkan HPV dikatakan punca utama maka first thing first hindarkan perkara-perkara yang boleh mengundang virus ini contohnya:  melakukan seks pada usia yang sangat muda, kerap hamil, merokok (melemahkan imuniti badan), penggunaan perancang keluarga oral terlalu lama, seks bebas (terkena jangkitan Herpes Simplex Virus dan Chlamydia).

  • Melakukan ujian Pap Smear setiap tahun.

Genevieve Sambhi, peragawati yang pernah menyertai Miss Malaysia/Universe adalah antara mangsa kanser serviks. Beliau tidak pernah menyangka akan terkena penyakit tersebut memandangkan beliau mengamalkan  gaya hidup sihat, tidak merokok dan ambil minuman keras, sentiasa bersenam dan melakukan ujian Pap Smear setiap tahun.


Salah seorang kenalan saya, baru-baru ini juga meninggal dunia akibat kanser serviks sedangkan beliau telah disahkan bersih semasa ujian Pap Smear.


  • Langkah seterusnya, jangan lokek berbelanja untuk supplemen kesihatan contohnya mengambil propolis untuk menguatkan imuniti badan. Propolis adalah antibiotik semulajadi : anti-virus, anti-bakteria dan anti-kulat. Dan yang paling penting propolis adalah anti-barah kerana dapat mencegah pertumbuhan sel kanser/barah. Untuk propolis saya memilih Avail Propolis kerana bahannya diekstrak dengan menggunakan teknik bioteknologi, Ekstrasi Cecair Superkritikal. Apa kelebihan propolis yang dikekstrak dengan cara macam ni, baca >>SINI.


RM78/botol (10 ml)
Pembelian 3 botol RM180 (jimat RM54)

Cara penggunaan:

Titiskan sebanyak 5 titik bawah lidah atau campurkan dalam air masak/jus/supplemen kesihatan atau kecantikan anda (macam saya campur dalam Green Fit kadang-kadang i-food kadang-kadang LIV-ZELL) sebanyak 2 kali sehari (pagi dan malam). 


Jangan campur propolis ke dalam air teh, minuman bergas atau air panas kerana akan merosakkan bahan aktif di dalamnya.


  • Dan akhir sekali, lihat semula tuala wanita yang anda pakai. Kertas ke kapas? Kalau kapas, syabas anda dah memilih yang terbaik untuk mahkota anda tapi kalau kertas fikirkan semula. Rata-rata tuala wanita yang dijual di pasaraya adalah diperbuat daripada kertas. Kenapa saya berpendapat tuala wanita daripada kertas boleh mengundang parah dalam jangka masa panjang? Boleh lihat kembali entri >>INI. Walaupun tiada kajian menyeluruh tentang kesan penggunaan tuala wanita kertas namun sebagai langkah pencegahan adalah lebih baik kita tidak menggunakannya. Mahkota kita satu je, kalau dah rosak takda ganti =p. Baju lawa, tudung mahal, beg branded takkan untuk satu-satunya mahkota paling berharga pakai sampah kot kan hehe.



FC Bio Sanitary Pad, tuala wanita daripada kapas dan berherba alternatif terbaik untuk anda dengan harga yang berpatutan.

FC Pantiliner (hijau) = RM10
FC Day (biru) = RM11
FC Night (merah) = RM12

Kalau nak jimat, anda boleh buat pembelian secara pakej >>SINI.

Setiap pembelian secara pakej, layak untuk mendapat 3 tiket cabutan bertuah. Klik >>SINI untuk melihat hadiah yang ditawarkan.


Untuk order/pertanyaan, hubungi saya:
sms/call : 019-7583883 atau
PM : Rina Avail atau
emel : inspirasihatcantik@gmail.com



Salam Ceria Cemerlang,

Sup Uri Untuk Awet Muda?


As-salam ^_^.


Sup uri? Uri yang dimaksudkan ialah uri bayi. Rasa loya sekarang?




Dikenali sebagai placentophagy, amalan memakan uri secara relatif adalah biasa di China kerana ia dipercayai mempunyai kelebihan anti-penuaan dan telah diamalkan sejak 2000 tahun yang lalu. Maharaja pertama untuk China Bersatu, Qin Shihuang dipercayai mengajar tentang khasiat yang ada pada uri kira-kira 2200 tahun dahulu. Ketika dinasti terakhir Chin, Maharani Cixi dilaporkan memakan uri sebagai amalan awet muda. Sebuah manuskrip perubatan klasik dari Dinasti Ming (1368 - 1644) menyatakan uri - yang menjadi organ utama kepada janin hidup - 'sangat berkhasiat' dan jika diambil untuk tempoh lama usia seseorang boleh dipanjangkan.


sumber : Harian Metro, 26 Jun 2012.


Ini dah kira macam makanan eksotik lah kot. Tak boleh saya membanyangkannya. Dah kembang semangkuk dah tekak ni.


Tapi saya bukan nak cerita pasal makanan eksotik hari ni, cuma saya terfikir kenapa uri? Jom bincangkan. Heheh dah macam nak jawab soalan esei SPM pulak.


Sebabnya, dalam uri atau plasenta bayi terdapat sel stem iaitu sel induk yang akan membentuk tisu dan seterusnya organ dalam tubuh manusia. Malah sekarang dah pun diwujudkan sebuah bank sel stem untuk simpan sel stem bayi ini untuk tujuan perubatan. Sekiranya pada masa hadapan bayi itu atau ahli keluarganya jatuh sakit, sel stem tersebut boleh digunakan untuk merawat.


Sekarang kita faham lah kan kenapa mereka tergamak nak makan uri. Tapi kita takkanlah nak makan uri pulak kan. Walaupun begitu, ada supplemen yang dibuat dari uri (plasenta) iaitu menggunakan uri dari kambing. Saya tak pernah cuba sebab macam tak tergamak nak telan.


Konsep sel stem adalah penemuan yang terkini dalam dunia kecantikan. Tapi dengan menggunakan sel stem dari buah epal. Bukan sembarangan epal tapi epal Swiss (utwiller sp├Ątlauber). Lagipun epal lebih sinonim untuk kecantikan dan kesihatan. Epal swiss ini berbeza dari epal jenis lain sebab ianya unik, walaupun telah dipetik tetap segar untuk berbulan lamanya dan kalau pokoknya mati pun buahnya tetap tak gugur dari pokok. Disebabkan magiknya (wah magiklah sangatkan hihi), sebuah syarikat Switzerland (Mibelle Biochemistry) telah pun mempatenkan bahan stem sel tersebut, yang dinamakan PhytoCellTec™ Malus Domestica.


Kajian mendapati sel stem epal dapat mengaktifkan semula sel stem kulit manusia supaya kembali menghasilkan kolagen dan elastin seperti usia remaja. Kena tahu yang bermula usia 25 tahun, badan kita dah hilang keupayaan nak hasilkan kolagen lagi. Sebab tu kalau kita tengok banyak produk kecantikan yang berasaskan kolagen di pasaran sekarang. Tapi kena ingat juga kolagen ini cuma merawat kulit di permukaannya sahaja. Berbeza dengan sel stem, ia merawat dari lapisan paling dalam. Ia akan merawat dan memulihkan kulit secara semulajadi, mengelakkan penuaan pramatang, menghilangkan kedutan dan garis halus serta mengelakkan kulit kendur.


Saya dah cuba LIV-ZELL masuk kotak ketiga. Memang rasa lah perbezaanya. Macam yang saya cerita dulu, garis-garis halus dekat hujung mata dah makin hilang. Dulu saya tak pernah perasan saya ada garis-garis kat situ. Ada satu hari tulah belek-belek cermin, baru perasan eh aku dah nak tua rupanya. Saya tak kisah pun nak tua tapi orang kata biar tua dari segi kematangan pemikiran bukan pada wajah. Ececeh. Skema pulak tulis macam ni. Eh awak semua saya asyik sebut tua saya belumlah tua sangat tau. Baru 33 tahun ^_^.  Hehe. Motif nak bagitahu?


Selain tu, saya rasa kulit muka saya makin tegang. Mula-mula tu rasa macam kering sikit tapi itu normal sebab metabolisme kulit. Kena minum air masak banyak-banyak. Saya perasan jugak LIV-ZELL ini melancarkan period. Kawan saya yang ambil LIV-ZELL pun dia pun cakap benda yang sama. Kiranya baguslah.


Sebenarnya LIV-ZELL ni khasiat dia bukan untuk kulit saja tau. Untuk rambut dengan kuku jugak. Siapa-siapa yang rambutnya kurang tu atau ada masalah kuku rapuh cubalah LIV-ZELL. Macam mana nak order, sila tengok sidebar (How To Buy) ^_^.



RM200/kotak (15 sachet)


Promosi sempena hari raya RM168 sahaja !! 



Untuk order/pertanyaan, hubungi saya:
sms/call : 019-7583883 atau
PM : Rina Avail atau
emel : inspirasihatcantik@gmail.com



Salam Ceria Cemerlang,

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy