BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Panduan Memilih Supplemen Sesuai


As-salam.

Buat masa ni dalam blog saya ni ada 6 jenis produk yang dijual. Tak lama lagi akan ada produk baru yang lebih mengancam! Saya sendiri tak sabar nak cuba :).


Kalau anda rasa keliru nak pilih yang mana sesuai boleh rujuk jadual di bawah. Kalau masih rasa ragu-ragu boleh hubungi saya Rina (019-7583883) atau kalau malas nak telefon boleh emel ke : inspirasihatcantik@gmail.com atau PM di fb Rina AVAIL :).


Nak baca lebih lanjut tentang kebaikan setiap produk boleh tengok kat bahagian sidebar : Cerita Produk atau boleh baca yang ringkas di menu tab >>Pilihan Produk.


Masalah Anda
Cadangan Supplemen
Sembelit
Green Fit/I-food
Berat badan berlebihan
Green Fit + I-food
Alahan/resdung/ekzema
I-kids/I-food/Propolis
Lemah daya tahan tubuh
I-kids/Propolis
Kulit kusam/berjeragat/berjerawat
I-food
Senggugut/Keputihan/Haid berketul
FC Bio Sanitary Pad + Propolis
Ketidakselesaan semasa haid (gatal/panas)
FC Bio Sanitary Pad
Kitaran haid tidak teratur
FC Bio Sanitary Pad + Woman Lobata
Gastrik
I-food
Radang tonsil
I-kids
Buasir
Green Fit/I-food
Perut kembung
I-food
Lemah akibat kemoterapi
I-food + Propolis
Ibu hamil (muntah, perut kembung, sembelit)
I-food
Sering keletihan
I-food
Kencing manis
I-food + Propolis
Badan berbau/Nafas berbau
Green Fit/I-food
Simptom Menopause/telah menopause
Woman Lobata
Kekeringan vagina
Woman Lobata
Payudara/punggung kendur
Woman Lobata
Sukar hamil (kurang subur)
Woman Lobata
Telah menjalani pembedahan histerektomi/buang ovari
Woman Lobata


Jangan risau untuk menggunakan produk supplemen dari AVAIL kerana saya dan keluarga telah mencubanya dan dan merasai kelebihannya. Pelanggan yang dah cuba pun rata-rata puas hati. Setiap produk mempunyai sijil HALAL dan telah menjalani ujian makmal. Semua bahan yang digunakan adalah semulajadi :).


Nota kaki:


  • FC Bio sanitary Pad untuk dipakai bukan dimakan ya :).
  • Untuk supplemen kecantikan seperti Woman Lobata adalah digalakkan untuk ambil i-food terlebih dahulu untuk mendapatkan hasil maksimum (atau diambil bersama-sama)
  • Sila baca disclaimer sebelum anda membeli sebarang produk dari blog ini.



Salam Ceria Cemerlang,
tel.:019-7583883/019-7299927
http://inspirasihatcantik.com



Mengatasi Masalah Radang Tonsil Anak Dengan I-kids


As-salam..

Sebelum bercerita lebih lanjut tentang bagaimana i-kids boleh membantu mencegah dan merawat masalah radang tonsil di kalangan kanak-kanak, jom baca serba-sedikit info tentang radang tonsil ini. Info mengenainya saya dapati dari artikel-artikel yang saya pernah baca. Untuk info yang lebih jelas bolehlah refer kepada doktor yang merawat anak anda.


Apa itu radang tonsil?

Radang tonsil kerap berlaku di kalangan kanak-kanak, boleh juga berlaku kepada orang dewasa. Amat jarang kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah mendapat radang tonsil ini. Tonsil itu sebenarnya ada pada setiap orang. Maksudnya tonsil ialah sebahagian dari anggota badan kita. Ia terbentuk daripada tisu limfoid, iaitu bahagian dalam sistem pertahanan tubuh. Setiap manusia ada 2 kelenjar tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan dalam rongga mulut (di pangkal lidah). Fungsinya ialah menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan. Kiranya tonsil ini peranannya macam bentenglah.


Apabila benteng ini kerap diserang bakteria atau virus lama-kelamaan ia menjadi lemah. Lebih-lebih lagi kanak-kanak kerana daya tahan tubuh mereka yang lemah. Kesan keradangan tonsil itu menyebabkan tonsil membengkak dan diikuti dengan gejala-gejala lain seperti demam tinggi, sakit tekak yang teruk, sakit apabila menelan, sakit kepala/badan, mulut berbau, tidur berdengkur dan hilang suara. Dan kadang-kala radang tonsil ini diikuti dengan demam tinggi. Situasi inilah yang paling merisaukan kita sebagai ibu bapa. Apatah lagi radang tonsil ini kerap berulang.



pic google : tulah dia tonsil

Biasanya yang kerap berlaku dan boleh menyebabkan serangan berulang ialah jangkitan daripada bakteria jenis beta hemolitik strepcococus. Doktor akan memberikan antibiotik serta ubat demam untuk rawatan. Namun ada juga serangan yang berpunca daripada virus. Untuk virus, antibiotik tidak dapat digunakan untuk merawat kerana fungsinya hanya untuk melawan bakteria sahaja. Sekiranya masalah sudah terlalu kerap berulang, doktor akan mencadangkan pembedahan membuang tonsil.


pic google :  contoh tonsil yang telah dijangkiti dan bernanah

Mempercepatkan Penyembuhan dan Mencegah Radang Tonsil dengan I-kids

I-kids ialah satu formulasi unik kolustrum semulajadi dari lembu New Zealand. Ia bukan sahaja mengandungi khasiat seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral tetapi juga mengandungi beberapa jenis bahan bio-aktif yang penting untuk sistem imunisasi kanak-kanak. 


Susu kolustrum lembu dari New Zealand adalah paling berkualiti kerana lembu-lembunya tidak diberi suntikan hormon, bebas dari teknologi genetik, dipelihara secara bebas dan rumput yang dimakan tiada racun-rumpai. Makmal kajian dan proses pengeluarannya juga mendapat Jaminan Kualiti Antarabangsa ISO 9001.


Kanak-kanak yang sedang membesar kesihatan mereka sangat mudah terjejas akibat kemerosotan imuniti tubuh yang berpunca daripada nutrisi yang tidak seimbang serta faktor persekitaran. Contohnya, kanak-kanak yang tinggal di taska atau rumah pengasuh lebih berpotensi untuk mendapat jangkitan kuman dan diserang penyakit. Dengan memberikan supplemen seperti i-kids antibodi badan mereka akan kuat dan dengan sendirinya tubuh dapat melawan serangan penyakit. Secara tidak langsung dapat mengurangkan kebergantungan kepada antibiotik. Kita pun sedia maklum antibiotik kalau diambil secara kerap tak elok untuk kesihatan.


I-kids ini kita beri sebagai supplemen harian semasa anak sihat sebagai persediaan, terutamanya kepada anak-anak yang memang kerap jatuh sakit termasuklah yang kerap kena radang tonsil, kerap demam, selesema, batuk, ada alahan, cirit-birit, radang paru-paru dan sebagainya. Sebab semua penyakit ini ada kaitan dengan imuniti badan anak yang lemah. 


I-kids juga boleh diberi semasa anak itu sedang sakit di samping ubat-ubatan yang diberikan doktor. Tujuannya untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan. Cara makannya 4 biji pagi dan 4 biji malam. Insya-allah sakit anak akan cepat kebah dan tak berlarutan sebab i-kids ni macam antibiotik juga malah lebih semulajadi (tiada kesan sampingan). Berikanlah anak-anak supplemen i-kids ini secara konsisten. Selain elok untuk kesihatan ianya membantu perkembangan mental juga.


Kebaikan i-kids:
  • menguatkan sistem imun
  • menajamkan fokus mental
  • mempercepat proses pemulihan
  • mengurangkan reaksi alergi
  • melindungi kulit dan tisu otot
  • menguatkan sendi dan tulang rawan
  • meningkatkan fungsi usus dan perut
  • menghalang jangkitan virus, bakteria, yis dan kulat



RM68/botol (200 tablet)
*belum termasuk kos pengeposan

I-kids ini tabletnya kecil-kecil comel je. Tak begitu keras. Kanak-kanak boleh kunyah-kunyah macam makan gula-gula. Rasanya lemak-lemak susu. Satu lagi kelebihan i-kids ini ianya tiada pewarnaperisa atau pemanis tiruan. Dan juga mendapat pengesahan HALAL dari Jakim.


*sila LIKE pages kami https://www.facebook.com/FormulaAnakSihatPintar untuk dapatkan info terkini berkenaan PROMOSI

TESTIMONI klik >>SINI.


Testimoni saya sendiri tentang i-kids

Anak-anak saya sendiri pun memang makan supplemen ni. Diaorang suka sangat. Tak payah suruh pandai je cari sendiri dalam kabinet. Tapi i-kids ni pada pemerhatian saya memang bagus. Saya mula bagi anak yang sulung, risya masa umur dia 5 tahun sebab masa tu baru jumpa produk ni. Memang nampak beza. Bila risya dah berhenti susu badan masa umur dia 2 tahun, dia dah mula kerap demam. Bila dah masuk sekolah tadika lagila selalu demam dan batuk. Tapi lepas saya bagi dia i-kids alhamdulillah. Dan pelajaran dia di sekolah pun sangat memberangsangkan hingga muncul sebagai pelajar terbaik dekat tadika dia, alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.


Anak yang nombor dua tu, ada gigi je terus saya bagi. Alhamdulillah dia pun jarang demam. Kalau demam atau selesema ke jarang jadi teruk. Saya boleh kira dengan jari berapa kali je kami melawat klinik. Alhamdulillah, syukur pada Allah sebab beri kesihatan yang baik kepada anak-anak saya.


Ada juga saya dapat soalan dari customer bolehkah bayi yang berusia bawah satu tahun makan i-kids? Oleh sebab i-kids ini berbentuk tablet saya lebih galakkan beri kepada anak yang dah ada gigi, pandai mengunyah dan kalau boleh dah pandai jalan untuk elakkan risiko tercekik. Lagipun bayi bawah satu tahun yang menyusu ibu biasanya jarang sakit sebab antibodi badan kuat. Tapi kalaulah terpaksa juga nak bagi supplemen kepada anak bawah satu tahun, saya nasihatkan lumatkan i-kids terlebih dahulu lepas tu campur dalam susu dia.



Untuk order/pertanyaan, hubungi:
whatsapp/wechat/telegram/sms : 019-7583883


Mengatasi Gejala Ketika Hamil Dengan I-food


As-salam :).

Hari ni saya nak tulis sedikit pasal masalah yang seringkali terjadi pada wanita hamil. Banyak sebenarnya gangguan/komplikasi yang mungkin dihadapi oleh ibu hamil. Tapi yang saya nak cerita cuma gejala yang biasa-biasa dan kerap dialami. Kalau ada masalah yang berat-berat tu cepat-cepatlah rujuk kepada doktor puan-puan sekalian ya :).


Apa yang saya tulis ni adalah pengalaman saya sendiri semasa hamil dulu. Dua-dua anak saya hadapi gejala yang sama. 


Sembelit

Sembelit sewaktu hamil adalah disebabkan gangguan pada saluran pencernaan. Kadang-kala masalah ini terjadi akibat pengambilan pil zat besi. Cara paling mudah untuk mengatasinya ialah dengan pengambilan makanan yang mengandungi fiber seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.


Mual dan muntah-muntah

Perkara ini sering terjadi sewaktu bangun tidur pada waktu pagi dan kadang-kala berlaku bukan pada waktu pagi sahaja. Biasanya akan bermula selepas 2 minggu tidak datang haid dan berterusan hingga 6-8 minggu kehamilan. Gejala ini timbul disebabkan peningkatan kadar hormon wanita yang bertindakbalas terhadap hormon yang dihasilkan semasa hamil. Setelah 12 minggu gejala ini akan hilang kerana tubuh telah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.


Kembung

Seringkali terjadi semasa hamil akibat pengumpulan gas. Berlaku kerana hormon semasa mengandung melambatkan proses penghadaman. Rahim yang membesar juga menyebabkan tekanan pada usus dan perut yang memburukkan lagi keadaan.


Tak lalu minum susu

Bila kita tau kita hamil satu benda yang terlintas dalam kepala ialah nak cepat-cepat minum susu untuk ibu hamil kan sebab kita nak bayi kita sihat dan cerdik. Tapi kadang-kadang ibu hamil ni tak lalu nak minum susu terutamanya masa fasa mual-mual dan muntah tu. Waktu tu kita nak makan apa pun tak boleh rasanya. Kalau orang hidang KFC pun mesti kita muntah depan tu jugak HEHE. Tapi jangan bimbang puan-puan. Kalau puan-puan tak boleh minum susu ada makanan gantian yang boleh kita ambil untuk menggantikan susu.


Untuk keempat-empat masalah ini saya boleh sarankan puan-puan untuk mencuba i-food. I-food ialah sejenis makanan kesihatan organik. I-food menggabungkan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh ibu hamil.


Antara kelebihan i-food kepada ibu hamil ialah:


  • membekalkan khasiat seimbang kepada ibu hamil (mengandungi karbohidrat, protein, multivitamin, mineral, fiber, phytonutrien, asid amino dan asid lemak)
  • mengandungi khasiat penting yang diperlukan seperti asid folik, vitamin B12, omega-3 dan omega-6
  • membantu melembutkan najis dan mengelakkan sembelit
  • menguatkan sistem pencernaan dan membantu pergerakan usus dan seterusnya mengatasi masalah kembung
  • membantu mengawal paras gula darah dan tahap kolestrol 


I-food ini juga boleh diteruskan pengambilannya selepas bersalin untuk mengatasi masalah sembelit semasa dalam pantang, menambahkan kualiti dan kuantiti susu ibu, membantu memulihkan luka dan membantu menurunkan berat badan.




RM190/kotak (20 sachet) - harga bukan ahli
RM160/kotak (20 sachet) - harga ahli


Kalau puan-puan nak tengok pakej ibu hamil yang lebih menjimatkan boleh tengok >>SINI.



Salam Ceria Cemerlang,
tel.:019-7583883/019-7299927
http://inspirasihatcantik.com



Propolis dan I-food Untuk Merawat Resdung/Sinusitis



As-salam :).


Semalam baca blog ex-school mate saya. Rupanya hari ni dia akan menjalani pembedahan akibat sinus/resdung. Boleh baca ceritanya di >>SINI. Saya doakan diana akan cepat sembuh. Diana pun tak sangka masalah sinusitis dia akan bertambah teruk hingga memerlukan pembedahan dan bukan murah pula kosnya (cecah 5-6 ribu jugakla).


Saya pun ada masalah resdung juga sebenarnya (dulu). Sebab setiap kali bangun tidur waktu pagi mesti akan asyik bersin dengan hidung asyik berhingus. Selalu sakit dekat bahagian atas kening. Lepas tu kalau makan udang atau bila bersihkan rumah mulalah gatal hidung (gatal sangat-sangat sampai rasa nak tanggalkan hidung lepas tu berus) dan selesema.



Apa itu sinusitis?




Semua orang ada sinus. Sinus terletak di bahagian muka iaitu pipi bawah mata, di antara dua mata, sedikit di belakang hidung serta dahi. Ianya merupakan rongga-rongga di dalam tengkorak yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Masalah sinusitis/resdung berlaku apabila saluran-saluran tersebut tersumbat lalu menyebabkannya bengkak dan bernanah.


Punca-punca

Ada banyak punca yang menyebabkan sinusitis/resdung. Punca utama biasanya disebabkan oleh selesema yang berpanjangan dan tidak dirawat. Mukus yang tersumbat dalam rongga-rongga ini akan menyebakan jangkitan bakteria pada sinus.


Sebab-sebab lain seperti alahan pada hidung, pernah mengalami kecederaan pada tulang hidung atau keretakan pada tengkorak, alah dengan perubahan cuaca sejuk, lemah daya tahan tubuh dan pesakit kanser yang menjalani kemoterapi.


Simptom/Gejala

  • Hidung tersumbat
  • Lendir daripada hidung dan tekak
  • Muka berasa sakit dan berat pada bahagian antara mata, pipi, kening dan dahi terutamanya ketika bangun dari tidur
  • Pening atau sakit bertambah apabila tunduk atau baring
  • Sakit tekak berpanjangan dan berulang
  • Demam atau rasa tak sedap badan yang berpanjangan
  • Kurang deria bau
  • Nafas berbau
  • Alahan hidung - bersin, gatal dan berair

Sinusitis/Resdung Perlu Dirawat


Walaupun penyakit ini nampak remeh, macam tak menakutkan seperti kanser tapi ianya adalah masalah yang perlu diberi perhatian serius. Contohnya saya sendirilah, bayangkan susahnya saya nak masak menyediakan hidangan untuk keluarga bila asyik bersin dengan tangan asyik nak lap air hidung. Elok-elok nak sediakan makanan sihat terus jadi hidangan berkuman. Ataupun bila dah sampai tahap nafas berbau, mestila hilang keyakinan diri betul tak? Ada sesetengah tu tak boleh naik kapal terbang atau selam skuba sebab sakit kepala (vacuum headache) akibat sinusitis.


Ada juga tahap yang lebih teruk, sinusitis/resdung tersebut menyebabkan tumbuhnya polip dalam hidung, jadi pesakit akan susah nak bernafas. Nanah yang terbentuk akibat sinus yang tersumbat juga boleh merebak ke mata (menyebabkan buta) dan otak. Emm..bahaya kan?


Rawatan sinusitis/resdung


Untuk merawat resdung/sinusitis doktor biasanya akan berikan ubat-ubatan seperti antibiotik untuk matikan kuman atau pembedahan bagi kes yang serius (macam kawan saya Diana tu). 


Cakap pasal antibiotik ni, berbanding antibiotik buatan saya lebih suka gunakan antibiotik semulajadi macam Avail Propolis. Avail Propolis ni boleh kuatkan daya imuniti badan kita sebab di dalamnya ada 325 jenis bahan aktif yang sangat baik untuk tubuh manusia:

  • 34 jenis flavonoid, bertindak sebagai anti-bakteria, anti-virus dan anti-kulat serta antioksida (memperbaiki sel dan menggalakkan pertumbuhan sel baru). Dikatakan dalam setitis propolis kandungan flavonoidnya menyamai flavonoid yang terhasil daripada 500 buahan sitrus. Antioksidannya juga 750 kali kekuatan vitamin C.
  • 15 jenis terpenes
  • > 20 jenis asid organik
  • > 8 jenis enzim
  • > 10 jenis kumpulan ester dan aldehid
  • > 18 jenis asid amino, bahan penting untuk fungsi sistem imun
  • > 20 jenis mineral dan zat galian 
  • pelbagai jenis vitamin (A, B kompleks, C, D dan E)

Cara penggunaan Avail Propolis dan I-food


Alhamdulillah, dengan mengamalkan i-food dan propolis secara konsisten masalah resdung saya dah dapat diatasi. Sekarang saya dah tak bersin dan selesema waktu pagi lagi. Dah boleh makan udang dengan gembiranya. Hidung dah tak gatal. Habuk pun bukan masalah lagi buat saya. Tidur pun lena je sebab hidung dah tak sumbat.


Kenapa saya ambil i-food juga? Sebabnya nak sihatkan badan ni mula-mula mesti cleansing dulu. Lepas tu baru protect. Bersihkan dengan i-food lepas tu protect dengan Avail Propolis. Nak senang, saya bancuh dulu i-food lepas tu titis (5 titik) propolis ke dalamnya. Ataupun nak titis dalam air masak atau terus bawah lidah pun boleh. Sekarang ni resdung dah baik, saya maintain propolis sahaja setiap hari sebab propolis ni bagus untuk cegah kanser, hindarkan demam, batuk dan selesema juga boleh awet muda =). I-food pula saya cuma ambil beberapa kali sahaja seminggu.


Kalau hidung atau muka rasa gatal akibat resdung, bancuh sedikit air dalam 5 ml dengan 5 titik - 10 titik propolis lepas tu spray di kawasan yang gatal tu (beli spray kecik kat watson ada jual rasanya). Insya-allah boleh reda. Dulu saya spray sampai dalam hidung sebab asyik sumbat je.


#Semasa rawatan dengan Avail Propolis, saya ada alami sedikit krisis pemulihan seperti sakit kepala dan hidung berair sangat-sangat. Untuk masalah hidung berair, saya makan i-kids sekali.



RM78/botol (10 ml)



RM190/kotak (20 sachet)


Belian pakej (lebih jimat)

3 botol Avail Propolis = RM180
Harga asal = RM234 (jimat RM54)


Sekotak ifood + sebotol Avail Propolis = RM250
Harga asal = RM268 (jimat RM18)


2 kotak i-food + 3 botol Avail Propolis = RM380
Harga asal = RM560 (jimat RM180)

        
Untuk order/pertanyaan, hubungi saya:
sms/call : 019-7583883 atau
PM : Rina Avail atau
emel : inspirasihatcantik@gmail.com


Salam Ceria Cemerlang,

Resdung/Sinusitis : Tiada Kaitan Dengan Ulat


As-salam :).


Hari ini saya nak menulis sedikit tentang masalah resdung/sinusitis memandangkan saya sendiri menghidapinya sejak remaja lagi.


Kalau tengah kena resdung tu saya selalu bayangkan ulat-ulat resdung tu tengah makan batang hidung saya. Dalam hati risau, takut-takut satu hari nanti hidung saya jadi rompong. Habislah kejelitaan saya selama ni (HAHA sila muntah).


Tapi lepas terbaca satu artikel kat >>SINI barulah saya sedar yang ilusi itu adalah karut. Resdung tiada kaitan dengan sebarang ulat hatta anai-anai, ulat gonggok mahupun ulat beluncas (ok ini tak lawak). Sebenarnya ia berkaitan dengan alahan. Macam alah dengan habuk ke seafood ke atau cuaca sejuk. Apa yang kita boleh buat untuk merawatnya ialah dengan mengawal alahan tersebut dan juga menguatkan sistem imuniti badan. Esok saya akan ceritakan keberkesanan i-kids dan propolis untuk penghidap resdung (testimoni saya sendiri).


Harini kita berkenalan sahaja dengan penyakit resdung. Mula-mula kita tengok simptom dulu. Dalam senarai simptom ni, kebanyakkannya saya kena. Kiranya kronik jugalah resdung saya ni rupanya. Alhamdulillah sebahagian simptom ni dah hilang lepas saya amalkan i-kids dan propolis.


Simptom-simptom resdung/sinusitis

  • Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
  • Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
  • Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
  • Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
  • Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
  • Pening kepala.
  • Hidung tersumbat.
  • Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan.
  • Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
  • Kurang deria rasa atau bau.
  • Kelesuan.


Apa itu penyakit resdung/sinusitis yang sebenarnya?


Resdung/sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku dalam rongga sinus. Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu frontal, sphenoidal, ethmoid dan maxillary.


pic: google

Apabila membran mukus mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukus/lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.


Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.


Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata dan risiko menjadi buta juga boleh merebak ke otak.


Kepada mereka yang menghidap selesema melebihi seminggu disarankan untuk segera mendapatkan rawatan kerana pesakit mungkin menghidap resdung/sinusitis dan sekiranya telah melarat hingga lapan minggu mungkin pembedahan diperlukan.




Salam Ceria Cemerlang,
tel.:019-7583883/019-7299927
http://inspirasihatcantik.com

Hargai 'V' Kamu Wahai Wanita


As-salam semua :).


Selamat Hari Wanita!


Sebagai wanita kita harus tahu menghargai diri kita sendiri. Selain menjaga kesihatan, kecantikan luar dan dalam jangan dilupakan penjagaan alat sulit atau vagina.


Penjagaan vagina amat penting kerana dari situlah keluarnya darah haid, hubungan seks, kehamilan dan seterusnya proses kelahiran bayi. Disebabkan kepentingannya bahagian ini haruslah dititikberatkan kebersihannya. Ini disebabkan bahagian sulit sangat sensitif pada perubahan persekitaran.


Ramai wanita seawal usia remaja mengalami masalah pada vagina seperti mengeluarkan bau, kegatalan, mengeluarkan lendir luar biasa berwarna kekuningan atau kehijauan serta mengalami bengkak. Situasi ini menyebabkan ketidakselesaan pada si empunya tubuh juga boleh menjejaskan hubungan kelamin seterusnya menimbulkan konfik dalam rumahtangga. Wajah cantik atau tubuh menggiurkan saja tidak cukup untuk menjamin rumahtangga yang bahagia.


Vagina yang tidak bersih juga mudah dijangkiti kuman dan sekiranya dibiarkan tanpa rawatan boleh merosakkan tiub falopio. Sekiranya ini berlaku akan menghalang proses untuk mendapatkan zuriat.


Cara penjagaan vagina :

  • Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil/besar, sebaik-baiknya dengan menggunakan air sahaja. Pencuci faraj yang banyak dijual di pasaran mengandungi pewangi yang tidak elok untuk kesihatan vagina dan kemungkinan boleh mengubah pHnya.
  • Kerap menukar tuala wanita ketika haid. Ini disebabkan tuala wanita adalah medium terbaik untuk kuman membiak. Darah kotor dan kelembapan menyumbang kepada keadaan tersebut. Saya cadangkan penggunaan FC Bio Sanitary Pad yang 100% daripada kapas, mengandungi herba untuk merawat, bebas pewangi serta telus udara.
  • Elak mengamalkan douching (memasukkan jari atau memancutkan air ke dalam alat kelamin untuk tujuan pembersihan) kerana perbuatan ini akan menyingkirkan bakteria lactobacilli di samping mendedahkan vagina dan bahagian luarnya kepada bahan kimia yang boleh mengundang iritasi kulit.
  • Pasangan suami isteri digalakkan membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin.
  • Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan kelamin untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pundi kencing. Menggunakan FC Bio Pantiliner selepas hubungan kelamin juga digalakkan.
  • Elak memakai pakaian dalam sintetik yang terlalu ketat. Apabila tiada peredaran udara, kulit akan berpeluh dan menyebabkan kelembapan dan akan menyebabkan pembiakan kuman.
  • Jangan malas menukar pakaian dalam terutamanya ketika hari-hari mengalami keputihan (normal ketika hampir datang haid). Sebaiknya menggunakan FC Bio Pantiliner yang memberi kesan sejuk dan berherba sesuai untuk mencegah jangkitan kuman.



Salam Ceria Cemerlang,




Peluang Perniagaan Kepada Yang Berminat


As-salam semua :).


Kepada yang berminat dan masih tercari-cari perniagaan yang sesuai, apa kata hadirkan diri ke Program Gerak Usahawan yang akan diadakan pada 10 Mac 2012 (Sabtu) bertempat di Hotel Selesa, Johor Bahru jam 1.30 petang


Rugi sangat kalau anda mensia-siakan peluang ni sebab speaker yang terlibat ialah Super Crown Manager Azman Bidin, seorang yang pada mulanya sangat anti kepada perniagaan berbentuk MLM apatah lagi dengan kerjaya profesionalnya sebagai akauntan bertauliah yang sudah dikira mantap pada waktu itu. Namun beliau telah melihat peluang dan memulakan langkah pertamanya sebagai usahawan dengan syarikat Avail.


Selepas 8 tahun, beliau kini mampu memperoleh pendapatan mencecah 6 angka sebulan dan telah berjaya mendapat pangkat tertinggi dalam Avail iaitu Super Crown Manager.



Profil SCM Azman Bidin



  • Merupakan bekas akauntan bertauliah
  • Berpengalaman lebih 10 tahun sebagai juruaudit di firma audit luar dan juruaudit dalaman di sebuah syarikat konglomerat
  • Berkecimpung dalam perniagaan korporat sejak tahun 2001
  • Terlibat kerjasama dengan UITM melalui Hubungan Pintar Universiti-Industri
  • 'Freelance Motivator' bagi sektor kerajaan dan korporat
  • Portfolio dalam Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)
  • Konsultan dan Fasilitator 'Program Meningkatkan Sistem Perakaunan Sistematik Bagi Menjana Pembangunan Perniagaan Usahawan Bumiputera' dengan kerjasama PERDASAMA dan MITI.
  • Mentor Skim Siswazah Perantis Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
  • Konsultan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) bagi program 'Fast Track MLM'.
  • Telah berjaya membentuk lebih 10000 usahawan di bawah rangkaian perniagaan Avail.


Seorang doktor bertauliah juga dijemput untuk berkongsi tentang kelebihan dan kebaikan produk kesihatan yang dikeluarkan oleh syarikat Avail. Sekiranya anda berminat untuk berniaga produk kesihatan, anda haruslah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang produk yang anda niagakan. Temui Dr Ahmad Salikin Mohamad di sana :).


Profil Dr Ahmad Salikin Mohamad



  • Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan (MD) dari USM (2003)
  • Pegawai Perubatan Klinikal Gred UD48
  • Pengarah Klinik Aziz Zain Sdn. Bhd. (Besut)
  • Doktor panel di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
  • Pernah bertugas di jabatan perubatan, kecemasan & trauma, perbidanan & sakit puan, pembedahan dan paediatrik
  • Sukarelawan Majlis Kanser Nasional (MAKNA)


Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi saya Rina (019-7583883) atau Mohd Subha (019-7299927) untuk dapatkan tiket dengan harga RM10 sahaja (harga termasuk minum petang).



BERITA BAIK!!

Pada hari tersebut, harga Green Fit cuma RM20/sekotak (harga biasa RM75/sekotak) dengan syarat pembelian dalam bentuk pakej 2+1, VIP dan QM. Untuk maklumat lanjut tentang pakej boleh hubungi saya.

Anda juga berpeluang mendapat hadiah payung, diari dan bag dengan setiap pembelian pakej tersebut.








Salam Ceria Cemerlang,

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy