BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Tips Makan Secara Sihat Dengan Myplate



As-salam semua :),


Sebelum ni kita biasa gunakan kaedah piramid makanan untuk tentukan apa yang patut kita makan banyak, apa yang patut kita ambil secara sederhana dan apa yang patut kita kurangkan. Rasanya semua orang tahu rupa piramid makanan tapi nak jadikan panduan dalam jadual pemakanan seharian tu macam terlupa pulak kan. Ataupun buat-buat macam terlupa ;p <-- sayalah tu. Lagipun piramid makanan ni macam mengelirukan sikit kan.



sumber gambar : google


Sekarang ni ada satu kaedah selain piramid makanan iaitu myplate yang diilhamkan oleh first lady Michelle Obama yang lebih praktikal dan mudah difahami. Sila rujuk gambar di atas. Seolah-olah nampak macam pinggan kita kan. Jadi lepas ni, bila nak makan tengok pinggan dan cuba bahagikan kepada 4 bahagian sama macam gambar di atas. 


Tapi, tak semestinya setiap kali waktu makan kita mesti buat 4 pembahagian kumpulan makanan macam ni.  Kita boleh pecah-pecahkan. Contohnya, katalah kita makan 5 kali sehari - sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Hidangan lengkap macam dalam myplate tu kita ambil semasa sarapan dan makan tengahari sahaja sebab dalam tempoh ini tubuh kita banyak gunakan tenaga untuk bekerja. Untuk waktu makan yang lain pula, kita ambil tak lengkap pun tak apa. Untuk lebih faham, tengok gambar di bawah ini :


sumber gambar : www.healthytimesblog.com

Dah makan secara sihat, senaman jangan dilupakan pulak. Penting tu. Dan sesekali minum Green Fit untuk detoks dan membersihkan usus daripada najis lama. Cuba bayangkan usus kita macam longkang. Longkang kalau lama tak cuci rupa dia macam mana? Berkeladak kan. Kiranya Green Fit ni mencuci usus kita daripada keladak dan sisa makanan lama yang kalau dibiarkan boleh mereput dan menimbulkan masalah kesihatan lain pula.






Salam Ceria Cemerlang,
tel.:019-7299927/019-7583883
http://inspirasihatcantik.com

Supplemen Kolustrum : I-Kids


As-salam semua :).


Hari ini saya nak memperkenalkan lagi satu produk iaitu i-kids. Supplemen ini merupakan satu formulasi unik kolustrum semulajadi lembu dari New Zealand. Kenapa lembu New Zealand ye? Sebab lembu-lembu New Zealand berkualiti tinggi: tidak disuntik hormon, bebas dari teknologi genetik, dipelihara secara bebas dan rumput yang dimakan tidak mengandungi racun-rumpai. Makmal kajian dan proses pengeluarannya juga mendapat Jaminan Kualiti Antarabangsa IS) 9001.



RM68/botol (200 tablet)
*belum masuk kos pengeposan

jom LIKE pages kami https://www.facebook.com/FormulaAnakSihatPintar untuk mendapatkan info terkini berkenaan PROMOSI.


Apa Itu Kolustrum?

Kolustrum yang juga dikenali sebagai 'susu pertama' (berwarna sedikit kekuningan) dihasilkan oleh hidupan mamalia semasa akhir proses mengandung. Komponen bio-aktif paling penting dalam kolustrum ialah faktor tumbesaran dan faktor anti-mikrobial. Kedua-duanya bermanfaat untuk membentuk imuniti dan melindungi usus bayi.


Khasiat Kolustrum

Kita semua sedia maklum akan khasiat kolustrum, sebab itu baby diwajibkan untuk terus menyusu ibunya sebaik sahaja dilahirkan. Kolustrum mengandungi antibodi (IgA, IgG dan IgM) yang bertindak melindungi bayi yang baru lahir dari serangan penyakit.


Kolustrum tinggi dengan karbohidrat dan protein serta rendah lemak berbanding susu biasa juga mudah dicerna. Ia mengandungi efek laksatif semulajadi yang merangsang penyingkiran najis pertama bayi (meconium). 


Kolustrum turut mengandungi sel darah putih membantu menghapuskan bilirubin berlebihan yang terhasil daripada sel darah merah yang telah mati sekaligus menghalang pembentukan jaundis (demam kuning). 


Kajian perubatan dan klinikal telah membuktikan bahawa kolustrum mampu menghalang virus, bakteria, yis, kulat, unsur alergi serta toksin.


Kelebihan i-kids

  • menguatkan sistem imun
  • menajamkan fokus mental
  • mempercepat proses pemulihan
  • mengurangkan reaksi alergi
  • melindungi kulit dan tisu otot
  • menguatkan sendi dan tulang rawan
  • meningkatkan fungsi usus dan perut
  • menghalang jangkitan virus, bakteria, yis dan kulat


I-kids sesuai dijadikan supplemen harian untuk kanak-kanak sebab ianya kaya dengan khasiat seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan zat mineral, juga mengandungi faktor tumbesaran dan daya ketahanan yang penting untuk anak-nak kita membesar dengan sihat dan cerdas.


Anak-anak biasanya hanya makan makanan yang mereka gemar, jadi khasiat dalam badan tak seimbang. Lebih-lebih lagi kanak-kanak yang di bawah usia 7 tahun masih lemah antibodinya sebab tu sebaiknya kita lengkapkan diet harian mereka dengan supplemen yang baik macam i-kids ni. Berbanding susu biasa yang mempunyai gula tambahan, i-kids pula bebas dari sebarang perisa, pewarna atau pemanis tiruan. Dan yang paling penting ianya mempunyai sijil HALAL dari Jakim :).


Walaupun i-kids ini khusus untuk kanak-kanak tapi boleh diambil oleh ibu hamil, ibu yang menyusukan bayi dan juga warga emas. Saya sendiri pun makan sebab selalu berair hidung bila bangun pagi sebab resdung, makan i-kids tak sampai satu jam berhenti dah meleleh. Sekarang saya sedang rawat resdung saya dengan Avail Propolis. Ok, itu next entry saya review hasilnya macam mana :).



Testimoni i-kids anak-anak saya


Risya, 7 tahun.

Saya mula beri dia makan i-kids semasa dia masih bersekolah tadika. Dari segi akademik, alhamdulillah risya cemerlang. Dia sudah boleh membaca dengan lancar seawal usia 5 tahun. Sering mendapat markah yang baik dalam peperiksaan dan kerap mendapat pujian dari gurunya. Dan risya juga muncul sebagai pelajar terbaik di sekolah tadikanya. Alhamdulillah :).


Lagi satu, sejak dari bayi risya mempunyai masalah berpeluh di bahagian dahi dan tepi pipi. Memang banyak sangat peluhnya. Kesian kan budak perempuan kalau kuat beperluh. Lebih-lebih lagi kalau bertudung, mestilah tak selesa. Lepas mengambil i-kids, saya perasan yang masalah peluh tu dah hilang. 



Zikry, 2 tahun.

Sejak dari bayi Zikry ada masalah ekzema di bahagian pelipat siku dan lututnya. Masalah ekzema di kalangan bayi dan kanak-kanak memang sering berlaku sebab kulit mereka sensitif. Sebelum ni saya cuma sapukan krim pada Zikry bila dia rasa gatal. Lepas tu saya beri dia i-kids alhamdulillah, masalah ekzema Zikry dah takda lagi. Dia juga jarang demam atau selesema. Syukur sangat :).


Kesimpulannya, saya memang syorkan sangat-sangat kepada semua supplemen ini untuk anak-anak :).



Untuk order/pertanyaan, hubungi kami:
WHATSAPP/TELEGRAM/WECHAT/SMS : 019-7583883


7 Sebab Berat Badan Gagal Turun


Elak Makan Di Waktu Makan

Ramai orang mengambil langkah berdiet dengan mengelakkan makan. Hakikatnya, perut perlu diisi pada setiap waktu makan iaitu sarapan pagi, tengahari dan malam dengan memilih menu sihat dan seimbang.


Sarapan pagi adalah yang paling penting kerana sarapan membekalkan anda tenaga untuk memulakan hari kerana tanpanya tubuh dan otak akan menjadi tidak bermaya. Dan akibat tidak bersarapan sebenarnya akan mendorong anda untuk makan lebih banyak pada waktu makan tengahari.


Makan malam juga perlu. Terdapat sebuah hadis yang saya pernah baca, mengelakkan makan malam meyebabkan penuaan. Makan malam sebelum pukul 7 dan pilih menu yang mudah dihadam seperti sup sayur.


Makan Di Antara Waktu Makan

Juga dikenali sebagai kudapan. Biasanya, kudapan ini menyebabkan kita tak sedar berapa banyak kita makan kerana sifatnya yang tidak mengenyangkan juga kadang-kadang diambil semasa kita sedang membuat aktiviti lain seperti menonton televisyen. Pilihan makanan kudapan seperti cip kentang, kerepek, cekedis, kek, biskut dan sebagainya mempunyai kalori tinggi dan sebaik-baiknya diganti dengan yoghurt rendah lemak atau buah-buahan.


Tidak Bersenam

Tak boleh tidak kita mesti bersenam kerana senaman boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Diet tanpa senam atau 'yo-yo' diet akan menyebabkan berat badan turun naik mendadak kerana tubuh kehilangan otot dan bukannya lemak. Berdiet dengan menahan lapar menyebabkan tubuh menggunakan otot untuk ditukar kepada tenaga kerana otot dua kali lebih berat berbanding lemak. 


Individu yang mengamalkan diet sebegini akan berisiko berat badan bertambah dua kali ganda, kerosakan buah pinggang, haid tidak teratur, mood tidak betul, tekanan darah tidak stabil dan paras gula darah menurun hingga boleh menyebabkan pengsan.


Tidak Ambil Kalori

Tubuh memerlukan kalori kerana kita memerlukan tenaga untuk membuat aktiviti seharian. Untuk mendapatkan berat ideal, perhatikan jumlah kalori yang kita ambil.

Lelaki - 2500 kalori setiap hari
Wanita - 2000 kalori setiap hari

Pengambilan kalori yang berlebihan menyebabkan kegemukan manakala kekurangan kalori akan mengakibatkan kadar metabolisme tubuh turun secara mendadak hingga menyebabkan anemia.


Hanya Makan Sayur dan Buah

Hanya makan sayur dan buah menyebabkan tubuh kita kekurangan nutrisi. Hakikatnya, sebagai manusia kita memerlukan makanan daripada pelbagai sumber untuk mendapat zat yang mencukupi.


6 Salad dan Mayonis

Salad memang menyihatkan. Namun makan salad dengan mayonis, kalorinya adalah tinggi. Makanan tinggi kalori menyebakan kegemukan.


Enggan Minum Susu

Sebaik-baiknya minum susu rendah lemak. Namun ramai yang tidak sukakannya kerana rasanya yang kurang enak <---termasuk saya ;). Pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh serta menurunkan berat badan.






Salam Ceria Cemerlang,
tel.:019-7299927/019-7583883
http://inspirasihatcantik.com



Supplemen Untuk Awet Muda : Woman Lobata


As-salam.


Apa khabar semua? Bertemu lagi kita. Macam mana? Anda semua dah cuba Green Fit? Kalau belum pernah, boleh baca tentang Green Fit dalam catatan saya yang lepas-lepas. Pada pendapat saya, dalam kehidupan hari ini kita tak boleh tidak harus ambil supplemen untuk jamin kesihatan. Apatah lagi, pengambilan fiber/serat yang mencukupi sangat dititikberatkan dalam diet seharian. 


Hari ini, saya nak share tentang produk kecantikan untuk wanita pula. Kalau lelaki (suami), bolehlah hadiahkan produk ini untuk isteri anda. Mesti diaorang suka ;).


Tak boleh dinafikan kecantikan fizikal memang menjadi dambaan setiap wanita, betul tak? Saya sarankan kepada anda cubalah Woman Lobata. Woman Lobata merupakan ekstrak dari akar Pueraria Lobata yang mengandungi bahan phytoestrogen yang mampu meremajakan sistem endokrin wanita.


Pada zaman purba di negara-negara Timur, pueraria dianggap sebagai herba diraja yang eksklusif dan hanya digunakan oleh permaisuri sahaja. Menurut perubatan tradisional Thai, herba ini berkesan untuk melegakan simptom ketika menopause serta berkesan untuk awet muda.


Berikut ialah kajian klinikal kesan Pueraria Lobata terhadap penampilan wanita yang dijalankan selama 2 bulan :


Kelebihan
Peratus Peningkatan
Mengembalikan kesihatan rambut
88%
Mempercepatkan pemulihan kulit
94%
Menambah saiz payudara
82%
Menegangkan payudara
88%
Memperbaiki menstruasi (kitar haid)
29%
Menambah cecair faraj
85%
Mengurangkan kesakitan kelenjar payudara (bengkak)
94%
[sumber: Kementerian Kesihatan Perubatan Awam, Institut Tumbuhan Perubatan Thailand]



RM205 (bukan ahli)/ RM173 (harga ahli)
Sekotak - 30 biji


Hubungi saya (019-7583883) segera untuk membuat pembelian dengan harga ahli :).
Baca lagi tentang Woman Lobata di >>SINI.





Salam Ceria Cemerlang,
tel.:019-7299927/019-7583883
http://inspirasihatcantik.com

Kanser Usus Besar





Kanser kolon merupakan kanser yang terdapat di dalam usus besar (kolon) iaitu bahagian bawah sistem pencernaan anda. Kanser rektal pula terdapat di 8 hingga 10 inci terakhir kolon. Apabila kedua-duanya bergabung, ia dikaitkan dengan kanser kolorektal dan menjadi punca kedua kematian yang melibatkan kanser di Malaysia terutamanya kaum lelaki.


Simptom-simptom 

Seperti yang dihdapai oleh kebanyakan pesakit kanser kolorektal, kanser kolon/usus besar tidak mempuyai sebarang simptom diperingkat awal. Simptom-simptom juga berbeza bergantung saiz kanser dan kedudukannya di dalam usus besar. Dalam beberapa kes, simptom-simptom ini mungkin terjadi bukan disebabkan kanser tetapi penyakit radang usus, sindrom usus rengsa dan kadangkala divertikulitis. 


Dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya:

  • Berlaku perubahan di dalam tabiat usus termasuk diarea/cirit-birit atau sembelit atau perubahan tabiat membuang air besar anda buat beberapa minggu
  • Najis yang ‘sempit’
  • Perdarahan rektal atau najis berdarah
  • Rasa tidak selesa pada abdomen yang berterusan seperti kekejangan, angin atau rasa sakit
  • Abdomen sakit apabila membuang air besar
  • Rasa seperti usus tidak dikosongkan sepenuhnya
  • Kehilangan berat badan yang tidak diketahui puncanya.

Faktor-Faktor Risiko

Kanser kolon dan rektal boleh merebak tanpa mengira usia, dan tiada siapa yang terlalu muda untuk mendapat kanser kolorektal. 

Kira-kira 90 peratus pesakit berusia lebih 50 tahun.

Jika anda pernah mempunyai kanser kolorektal atau adenoma polipus, anda berisiko lebih tinggi untuk menghidap kanser kolorektal pada masa akan datang.

Kebarangkalian anda menghidapi kanser kolorektal adalah tinggi sekiranya ahli keluarga anda mempunyai penyakit tersebut. Kanser kolon dan rektal mungkin dikaitkan dengan diet yang rendah fibernya dan tinggi dalam lemak dan kalori.


*Green Fit adalah supplemen fiber yang 100% semulajadi. Baca >>SINI untuk info kandungannya.


Apabila anda tidak aktif, sisa-sisa buangan akan berada di dalam kolon anda dengan lebih lama. Dengan melakukan aktiviti fizikal secara teratur akan mengurangkan risiko kanser merebak.

Pesakit diabetes mempunyai sehingga 40 peratus risiko kanser kolorektal.

Terdapat lebih 1:10 penyakit kanser kolorektal yang mengakibatkan maut berpunca daripada merokok. Jika anda pernah didiagnosis dengan kanser kolorektal, perokok mempunyai 30 hingga 40 peratus risiko untuk meninggal dunia disebabkan penyakit yang mendatangkan maut ini.

Terlalu banyak mengambil alkohol


Diagnosis Dan Penyaringan 

Penyaringan adalah amat penting untuk mengesan polipus sebelum ia bertukar kanser. Pesakit juga mempunyai peluang yang baik untuk pulih jika kanser berjaya dikesan pada peringkat awal.


polip dalam usus besar mula membentuk kanser


Pemeriksaan rektal secara digital, di mana doktor akan menggunakan jari yang bersarung tangan getah untuk memeriksa beberapa inci pertama rektum anda untuk polipus besar dan kanser.

Ujian darah fekal okulta memeriksa sampel najis anda untuk darah.

Sigmoidoskopi yang fleksibel. Doktor akan menggunakan tiub yang fleksibel, halus dan berlampu di hujungnya untuk memeriksa rektum dan sigmoid anda yang terletak lebih kurang dua kaki terakhir di dalam kolon anda.

Enema barium. Ujian diagnostik ini membenarkan doktor anda membuat penilaian keseluruhan usus besar anda dengan sinar-X.

Kolonoskopi. Mirip kepada sigmoidoskopi yang fleksibel tetapi instrumen yang digunakan iaitu kolonoskop satu tiub yang panjang, kurus dan halus disambungkan ke kamera video dan monitor membenarkan doktor anda melihat keseluruhan kolon dan rektum anda.

Ujian genetik. Jika keluarga anda mempunyai latar belakang sejarah kanser kolorektal, anda mungkin merupakan calon yang sesuai untuk menjalani ujian darah ini.


Rawatan

Jenis rawatan yang dicadangkan oleh doktor bergantung pada peringkat kanser yang dialami. Tiga pilihan rawatan yang primer adalah surgeri, kemoterapi dan radiasi. Pembedahan (kolektomi) adalah rawatan utama bagi kanser kolorektal. 

Berapa banyak kolon anda dibuang atau sama ada terapi-terapi lain seperti radiasi atau kemoterapi merupakan satu pilihan untuk anda, bergantung pada sejauh mana kanser itu menembusi dinding usus anda dan sama ada ia telah merebak ke limfa nodus atau bahagian tubuh anda yang lain.


*Kurangkan kesan negatif rawatan kemo dengan supplemen Avail Propolis. Baca >>SINI untuk ketahui khasiat dan kelebihannya.


Prosedur Pembedahan 

Doktor bedah akan menyingkirkan bahagian kolon yang mengandungi kanser bersama sejalur tisu normal di mana-mana bahagian kanser tersebut untuk memastikan tiada kanser yang ditinggalkan. Jika kanser anda kecil, terletak di dalam polipus dan berada di peringkat awal, doktor bedah anda boleh membuang kanser tersebut sewaktu kolonoskopi. Jika ahli patologi menentukan bahawa kanser di dalam polipus tidak membabitkan dasar di mana polipus terlekat di dinding usus, ini merupakan petanda baik bahawa kanser tersebut telah disingkirkan sepenuhnya. Jika kanser di tahap lanjut atau kesihatan anda agak lemah, doktor akan membuang sebahagian kecil kolon atau rektum anda.


Pencegahan

  • Banyakkan makan buah, sayur dan bijirin.
  • Hadkan makanan berlemak lebih-lebih lagi lemak tepu.
  • Ambil vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium, pyridoxine (vitamin B-6) dan vitamin B-9 (I-food lengkap dengan khasiat ini).
  • Hadkan pengambilan alkohol dan berhenti merokok.
  • Jalani kehidupan fizikal yang aktif dan kekalkan berat badan yang sihat
  • Mempertimbangkan pengambilan statin untuk kolestrol tinggi.




sumber artikel  dari >>SINI.




Salam Ceria Cemerlang,
tel.:019-7299927/019-7583883
http://inspirasihatcantik.com




Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy