BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Kanser Ovari : Bahaya Dan Sukar Dikesan


As-salam :)).


Bila baca pasal kanser terutamanya kanser yang selalu menyerang kaum wanita rasa takut sangat dan berdoa agar dijauhi dari penyakit berbahaya sedemikian. Tapi doa je tak cukup kan. Kita kenalah jaga kesihatan seperti yang disarankan oleh pakar kesihatan - jaga pemakanan dan amalkan cara hidup sihat. Nak jaga makan tu ok lagi tapi bab nak bersenam tu yang payah sikit selalunya kan hehe, termasuk saya jugalah.


Di samping itu, digalakkan untuk ambil supplemen memandangkan gaya hidup dan corak pemakanan kita hari ni dah tak begitu menyihatkan macam zaman nenek moyang kita dulu. Saya sekeluarga pun dah mula makan supplemen sejak berkecimpung dalam dunia supplemen ni hehe. Tak rugi pun makan supplemen ni.


Antara supplemen yang saya (dan juga suami) amalkan ialah i-food untuk membersihkan hati dan darah serta mengambil Avail propolis sebelum sarapan. Propolis ni baik untuk meningkatkan daya imuniti badan kita, anti-virus, anti-kulat, anti-bakteria dan boleh mencegah pertumbuhan sel kanser.



i-food (20 sachet)

RM190 (harga bukan ahli utk first time buyer)
RM160 (harga ahli utk repeat)

Avail Propolis (10 ml)

RM78/botol
RM180/3 botol


Hari ini saya nak kongsi info tentang kanser ovari. Kanser ovari mungkin tak sepopular kanser payudara atau kanser serviks namun kanser ini adalah salah satu kanser reproduktif wanita yang paling bahaya dan sukar dirawat. Kanser jenis ini berada di tangga ketiga sebagai kanser paling kerap berlaku selepas kanser serviks dan kanser rahim.


Mengapa kanser ovari sangat bahaya?

Ovari adalah kilang telur wanita yang kedudukannya begitu jauh ke dalam pelvis menyebabkan doktor sukar mengesan kehadiran struktur abnormal pada peringkat awal.

Penyakit ini juga tidak menunjukkan sebarang gejala khusus yang memberikan petanda awal  menyebabkan kebanyakan kes lambat dikesan. Kebanyakan pesakit kanser ovari hanya datang menemui doktor setelah keadaan melarat dan mencapai peringkat akhir (peringkat 3 dan 4).

Kanser ovari menyebabkan takungan air di dalam abdomen sekitar peringkat 3 dan 4 menyebabkan perut penghidapnya membesar. Keadaan ini membuatkan wanita menyangka diri mereka semakin gemuk dan tidak menjangkakan menghidap kanser ovari kerana tiada sebarang kesakitan dirasai.


Siapa Yang Berisiko?

Menurut laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan 2003, kadar insiden kanser ovari adalah paling tinggi di kalangan wanita berusia 50-59 tahun. Bagaimanapun kanser ini boleh berlaku kepada wanita yang lebih muda, malah ada kes yang melibatkan gadis belasan tahun.


Wanita bujang dan tidak pernah hamil. Risiko bagi wanita yang pernah melalui proses kehamilan adalah 30-60% lebih rendah kerana pengurangan kitaran ovulasi (akibat kehamilan).


Tanda-tanda 

Kebanyakan pesakit tidak mempunyai gejala khusus dan hanya dapat dilihat setelah penyakit mulai teruk. Tanda-tanda biasa yang ada ialah:

  • Rasa sakit/tidak selesa pada bahagian abdomen/pelvis
  • Perut semakin membesar tetapi tidak hamil/terasa ketulan di perut
  • Senggugut/sakit perut tidak mengira waktu
  • Pendarahan dari vagina/haid yang tidak menentu
  • Putus haid pada usia muda
  • Sukar membuang air kecil/besar
  • Hilang selera makan, berat badan susut, perut kembung, sakit pinggang, letih-lesu (kanser sudah berada di peringkat akhir)
  • Sakit ulu hati dan kerap kencing
  • Gangguan dalam pusingan haid seperti lambat/tidak datang pada waktu yang dijangkakan, haid tidak teratur (datang di luar waktu haid) atau datang haid tetapi sedikit-sedikit dan berpanjangan
  • Mandul/kurang subur/kerap gugur


Jenis-jenis Kanser Ovari

Secara amnya kanser ovari dibahagikan kepada 3 kategori:

1. Kanser ovari yang berasal dari selaput ovari

Dikenali sebagai 'epithelial ovarian cancer'. Jenis ini adalah paling kerap berlaku (70-80% daripada keseluruhan kanser ovari). Juga paling kerap berlaku di kalangan wanita berusia.

2. Kanser ovari dari stroma: sex cord stromal tumor

Biasanya merembes hormon seperti estrogen atau testosteron menyebabkan pendarahan dari vagina, ketumbuhan rambut berlebihan atau mempunyai ciri fizikal seperti lelaki.

3. Kanser ovari sel germa

Berlaku di kalangan wanita muda dan remaja


Punca-punca

Sehingga hari ini pakar tidak dapat mengesahkan punca utama mengapa kanser ini berlaku namun sering dikaitkan dengan faktor pemakanan dan genetik (keturunan).

Memang tak dinafikan 90% penyakit adalah berpunca dari perut. Sebab itu walau sesibuk mana pun kita harus jaga pemakanan. Hindarkan makanan yang berlemak, makanan segera, makanan diproses/diawet, makanan bergoreng. Banyakkan makanan berserat tinggi, makanan organik, sayur-sayuran dan buah-buahan. Sekiranya anda dari golongan yang kerap memilih jenis makanan yang kurang sihat, saya sarankan anda ambil i-food sebagai supplemen. Macam saya cakap masa mula-mula tadi, i-food sangat baik untuk membersihkan hati dan darah daripada bahan toksin.


Penggunaan tuala wanita daripada recycle paper = kanser ovari?

Memang tiada kajian menyeluruh pernah dibuat untuk mengesahkannya dan mesti orang pertikaikan, kalau betul tuala wanita dari recycle paper membahayakan kenapa masih dijual juga? Contoh paling mudah, rokok. Kenapa rokok masih dijual sedangkan rokok memang membahayakan? Jadi terpulang pada diri sendiri. Kita ada pilihan untuk menggunakan tuala wanita yang BUKAN diperbuat daripada recycle paper seperti FC Bio (tuala wanita dari kapas). Mencegah itu lebih baik kan. Baca >>SINI mengapa saya berpendapat tuala wanita biasa yang diperbuat daripada recycle paper mungkin mengancam kesihatan wanita.



FC Bio Sanitary Pad


Penggunaan bedak talkum = kanser ovari?

Penggunaan bedak talkum yang mengandungi asbestos telah dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser dan ia telah dikaji sejak 1973 lagi. Selepas asbestos dilarang dalam pembuatan bedak talkum, kajian telah dilakukan oleh Universiti Harvard meliputi 80 ribu pesakit menunjukkan peningkatan risiko kanser ovari jenis serius sebanyak 40% di kalangan wanita yang menggunakan bedak talkum di kawasan alat genital mereka. Tetapi kajian tidak menunjukkan berapa kekerapan memakai serta jumlah yang dipakai. Sebagai langkah pencegahan, jangan gunakan bedak talkum pada bahagian tersebut.


sumber info kanser ovari : artikel dari majalah dan akhbar.

Untuk order/pertanyaan, hubungi saya:
sms/call : 019-7583883 atau
PM : Rina Avail atau
emel : inspirasihatcantik@gmail.com

Salam Ceria Cemerlang,

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy