BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Rawat Buasir Sebelum Parah


As-salam.


Apa itu buasir?


Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Dianggarkan sebanyak 50% daripada penduduk di negara-negara Barat akan mendapat buasir selepas mencapai umur 50 tahun. Buasir juga sering terjadi di kalangan ibu-ibu mengandung disebabkan oleh janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir.

Tapi zaman sekarang ni ramai juga saya lihat muda belia lagi dah kena buasir. Mungkin faktor gaya hidup dan pemakanan.


Buasir ada 2 jenis iaitu dalaman dan luaran. Kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara berasingan atau serentak.


Buasir Dalaman (tahap 1 & 2)

Bengkak buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur .Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum. Boleh baca pasal kanser tersebut di >>SINI.


Buasir Luaran (tahap 3 & 4)

Jenis di mana bengkak terjulur keluar dari bahagian dubur. Buasir jenis ini akan mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), pembekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Apabila salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.


ni baru sikit (imej : google)


Cegah sebelum parah. Kalau dah jadi macam ni susah kan.

imej : google

Kebanyakan pesakit hanya datang berjumpa doktor apabila buasir telah memasuki peringkat teruk (tahap 3 & 4). Bila dah sampai peringkat ini rawatan yang ada hanyalah pembedahan yang sebenarnya boleh dielakkan sekiranya mereka merujuk pendarahan awal kepada doktor.



Ciri-ciri Penyakit Buasir 

Selain daripada bengkak yang amat ketara ketika mengalami buasir, tanda-tanda lain termasuklah rasa gatal pada lubang dubur, rasa kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar, rasa sakit yang berdenyut-denyut, sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.



Punca Utama Buasir

  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk dan berpanjangan
  • Berdiri/duduk dalam jangka masa lama
  • Mengandung
  • Tekanan ketika bersalin
  • Sering mengangkat beban berat
  • Sering makan pedas
  • Kurang mengambil serat/fiber dalam pemakanan


Rawat Buasir Sendiri

Jika ada tanda-tanda mengalami buasir, fahamkan keadaan penyakit sebelum mengambil ubat. Sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:


  • Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria.
  • Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor.
  • Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur.
  • Ketumbuhan pada kawasan dubur.


Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, pesakit disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir.

Untuk mengatasi sembelit dan memastikan najis berkeadaan lembut, pesakit disyorkan meminum banyak air dan mengambil lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Bagi yang bermasalah sembelit atau kurang makan sayur, buah serta sumber serat yang lain saya syorkan supplemen fiber GREEN FIT.  Insya-allah berkesan. Boleh lihat testimoni kat >>SINI

Untuk menjaga kebersihan pada kawasan dubur, pesakit digalakkan untuk mencuci kawasan tersebut dengan lebih kerap dengan menggunakan sabun (yang sesuai) dan air selepas membuang air besar. Selain itu pesakit juga boleh merendamkan diri dalam air suam dua atau tiga kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.


Langkah Pencegahan


Apa-apa penyakit pun, langkah terbaik adalah PENCEGAHAN.

Mesti ambil SERAT/FIBER dalam kuantiti yang mencukupi setiap hari
Amalkan tabiat pembuangan pada waktu yang ditetapkan

Kalau anda sering mengambil masa yang lama dalam tandas (3-5 minit) itu bermakna ada yang tak kena.  Jadinya kalau nak elak dari kena buasir sentiasa pastikan najis lembut dan berkualiti. Macam mana rupa najis berkualiti tu next time saya cerita.


MENCEGAH lebih baik dari MERAWAT :)).



RM75/kotak (15 sachet)

Nak jimat boleh beli pukal, klik >>SINI.

Untuk order/pertanyaan, hubungi saya:
sms/call : 019-7583883 atau
PM : Rina Avail atau
emel : inspirasihatcantik@gmail.com

sumber info tentang buasir >>SINI.

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy