BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Bagaimana Kedutan Pada Wajah Terjadi?


As-salam :).


Ya. Saya sekarang sudah menjangkau usia 33 tahun. Ramai juga yang kata saya kelihatan lebih muda. Mungkin sebab susuk tubuh saya yang kecil. Tapi sebenarnya kalau tengok dekat-dekat, sekitar hujung mata (ekor mata) saya sudah ada garis-garis halus. Bawah mata juga sudah mulai ada kedutan mungkin sebab tabiat saya yang suka menggosok mata kuat-kuat (habit dari muda). Di bahagian pipi pula garisan bekas senyum saya mulai kelihatan.




Itu kisah saya sendiri. Tapi percaya tak kalau saya kata sekarang garis halus pada ekor mata saya sudah tiada, bawah mata masih ada sedikit garis-garis halus dan bila saya berhenti tersenyum atau ketawa tiada lagi garisan senyum yang tertinggal di pipi? Kemudianlah saya share tentang itu ya ^__^.


Bagaimana kedutan pada wajah terjadi?


Tahukah anda sebenarnya proses penuaan mulai berlaku pada usia 25 tahun?


Apabila kita ketawa, tersenyum atau mengerutkan dahi, kulit akan mengerut sedikit. Tapi sewaktu muda, garis kerutan ini akan hilang apabila kita berhenti ketawa, tersenyum atau berkerut kerana kulit muda masih anjal. Namun seiring dengan pertambahan usia, kulit semakin hilang keanjalan disebabkan otot di bawah kulit yang semakin lemah dan disebabkan graviti, kulit yang melekat pada otot yang lemah tadi mulai kendur.


Selain itu, faktor gaya hidup (merokok, kurang tidur, pemakanan tidak seimbang), persekitaran dengan cuaca yang tidak menentu serta pencemaran menyumbang kepada krosakan kulit.


Asap rokok (sendiri hisap atau kena asap rokok dari orang lain) dan juga asap-asap pencemaran yang lain, merupakan sumber radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit dan mempercepatkan proses penuaan. Jadi, pada mana-mana perempuan yang tak nak tua sebelum waktunya cepat-cepatlah halang suami/boyfriend daripada hisap rokok berdekatan anda ya; pesanan khidmat masyarakat dari saya HEHE. Pencemaran asap kenderaan tu tak boleh nak elaklah terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar.


Wanita disarankan untuk mengamalkan pemakanan seimbang. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan, ambil serat, pilih makanan rendah kalori dan tidak berminyak serta berprotein tinggi. Pengambilan vitamin/supplemen untuk menjaga kecantikan dan awet muda adalah lebih baik daripada kita mengambil suntikan atau melakukan pembedahan yang menyakitkan. Suntikan seperti botox atau pembedahan plastik pula adalah salah di sisi agama kerana mengubah ciptaan Allah.


Kekurangan air juga menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam. Kulit kering adalah lebih cenderung untuk mudah berkedut berbanding mereka yang mempunyai kulit berminyak. Apabila usia semakin meningkat, kulit juga biasanya akan menjadi kering.


Terdedah kepada sinaran UV juga menyumbang kepada penuaan kulit. Pakailah krim SPF apabila berada di luar rumah terutamnya pada waktu panas terik (antara jam 11 pagi - 5 petang). Saya sarankan Perfect Beaute Cream (PBC) kerana selain SPF, krim ini juga bertindak sebagai krim pencerah, anti-penuaan serta boleh digunakan sebagai bedak + foundation + concealer. Klik >>SINI untuk info PBC.


Dan akhir sekali, kurang tidur juga boleh menyebabkan penuaan. Sebaik-baiknya tidur biar cukup 8 jam dan sebelum jam 12 malam sebab antara jam 12 - 2 pagi tu badan akan bekerja untuk memperbaiki sel-sel yang rosak.


Kita tak boleh menghalang proses kedutan daripada berlaku tapi ada cara untuk melambatkannya. Nanti-nanti saya cerita macam mana garis-garis halus dekat tepi mata saya tu boleh hilang ya. Nak tau tak? Tunggu next entri yaa ^__^.


Untuk order/pertanyaan, hubungi saya: 

sms/call : 019-7583883 atau
PM : Rina Avail atau
emel : inspirasihatcantik@gmail.com


Salam Ceria Cemerlang,

0 comments:

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy