BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Resdung/Sinusitis : Tiada Kaitan Dengan Ulat


As-salam :).


Hari ini saya nak menulis sedikit tentang masalah resdung/sinusitis memandangkan saya sendiri menghidapinya sejak remaja lagi.


Kalau tengah kena resdung tu saya selalu bayangkan ulat-ulat resdung tu tengah makan batang hidung saya. Dalam hati risau, takut-takut satu hari nanti hidung saya jadi rompong. Habislah kejelitaan saya selama ni (HAHA sila muntah).


Tapi lepas terbaca satu artikel kat >>SINI barulah saya sedar yang ilusi itu adalah karut. Resdung tiada kaitan dengan sebarang ulat hatta anai-anai, ulat gonggok mahupun ulat beluncas (ok ini tak lawak). Sebenarnya ia berkaitan dengan alahan. Macam alah dengan habuk ke seafood ke atau cuaca sejuk. Apa yang kita boleh buat untuk merawatnya ialah dengan mengawal alahan tersebut dan juga menguatkan sistem imuniti badan. Esok saya akan ceritakan keberkesanan i-kids dan propolis untuk penghidap resdung (testimoni saya sendiri).


Harini kita berkenalan sahaja dengan penyakit resdung. Mula-mula kita tengok simptom dulu. Dalam senarai simptom ni, kebanyakkannya saya kena. Kiranya kronik jugalah resdung saya ni rupanya. Alhamdulillah sebahagian simptom ni dah hilang lepas saya amalkan i-kids dan propolis.


Simptom-simptom resdung/sinusitis

  • Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
  • Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
  • Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian Sphenoid sinus.
  • Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
  • Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
  • Pening kepala.
  • Hidung tersumbat.
  • Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
  • Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
  • Demam atau rasa tidak sedap badan.
  • Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
  • Kurang deria rasa atau bau.
  • Kelesuan.


Apa itu penyakit resdung/sinusitis yang sebenarnya?


Resdung/sinusitis adalah masalah kesihatan yang berlaku dalam rongga sinus. Sinus adalah rongga yang dipenuhi udara atau kaviti yang terletak di antara tulang muka yang mengelilingi hidung. Ia dibahagikan kepada empat bahagian iaitu frontal, sphenoidal, ethmoid dan maxillary.


pic: google

Apabila membran mukus mendapat jangkitan daripada bakteria, virus atau kulat, ia menjadi bengkak seterusnya menghalang pengaliran mukus/lendir daripada sinus ke dalam hidung dan tekak yang akhirnya mengakibatkan tekanan dan keradangan dalam rongga sinus.


Apabila seseorang mengalami alahan, lapisan yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak dan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.


Rongga sinus yang tersumbat berisiko mendatangkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Jika jangkitan dibiarkan berlarutan, nanah boleh merebak ke mata dan risiko menjadi buta juga boleh merebak ke otak.


Kepada mereka yang menghidap selesema melebihi seminggu disarankan untuk segera mendapatkan rawatan kerana pesakit mungkin menghidap resdung/sinusitis dan sekiranya telah melarat hingga lapan minggu mungkin pembedahan diperlukan.




Salam Ceria Cemerlang,
tel.:019-7583883/019-7299927
http://inspirasihatcantik.com

8 comments:

dali

mmg betul.aku pun besok operate. sinusitis on left maxillary. take care

armouris

terjumpa info ni, juga tentang resdung… sharing is caring :) - Komplikasi dan Tanda Resdung (Sinusitis)

dr sakura

Btol ke??abes tu mcm mne pulak dtg nye ulat2 yg kuar dr muka org2 yg buat rwatan tradisional mggunakan lipas tanah bgai tu ea??

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

dr sakura: setahu sy rawatan pakai lipas tanah tu dah penah keluar mengatakan ianya x boleh dipercayai..wallahua'lam..sy cuma share apa yg doktor kata ttg resdung :)

Anonymous

ulat yang keluar tu ialah ulat dari perut lipas tanah.

Nur Akma

hi..
operate di hospital kerajaan ke swasta?berapa bayaran?

Rina AVAIL

nur akma,

sy x penah operate..yg operate kawan sy..serasa sy dia operate swasta..kos dalam 7-8 ribu kalau x silap..tp dia insurans cover

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy