Pengumuman

I'm Away..

Untuk makluman saya akan bercuti mulai 24 Mei - 9 Jun untuk menunaikan umrah. Pengeposan terakhir akan dibuat pada 23 Mei. Pengeposan berikutnya adalah pada 11 Jun in shaa allah.


Sekiranya anda berminat untuk order ketika ketiadaan saya nanti boleh emelkan ke inspirasihatcantik@gmail.com nama, alamat, no telefon, item dan jumlahnya serta bank pilihan untuk payment maybank/cimb. In shaa allah akan reply secepat mungkin sekembalinya saya ke tanah air nanti.


Doakan segala urusan saya dipermudahkan :).


Mengatasi Gejala Ketika Hamil Dengan I-food


As-salam :).

Hari ni saya nak tulis sedikit pasal masalah yang seringkali terjadi pada wanita hamil. Banyak sebenarnya gangguan/komplikasi yang mungkin dihadapi oleh ibu hamil. Tapi yang saya nak cerita cuma gejala yang biasa-biasa dan kerap dialami. Kalau ada masalah yang berat-berat tu cepat-cepatlah rujuk kepada doktor puan-puan sekalian ya :).


Apa yang saya tulis ni adalah pengalaman saya sendiri semasa hamil dulu. Dua-dua anak saya hadapi gejala yang sama. 


Sembelit

Sembelit sewaktu hamil adalah disebabkan gangguan pada saluran pencernaan. Kadang-kala masalah ini terjadi akibat pengambilan pil zat besi. Cara paling mudah untuk mengatasinya ialah dengan pengambilan makanan yang mengandungi fiber seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin.


Mual dan muntah-muntah

Perkara ini sering terjadi sewaktu bangun tidur pada waktu pagi dan kadang-kala berlaku bukan pada waktu pagi sahaja. Biasanya akan bermula selepas 2 minggu tidak datang haid dan berterusan hingga 6-8 minggu kehamilan. Gejala ini timbul disebabkan peningkatan kadar hormon wanita yang bertindakbalas terhadap hormon yang dihasilkan semasa hamil. Setelah 12 minggu gejala ini akan hilang kerana tubuh telah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.


Kembung

Seringkali terjadi semasa hamil akibat pengumpulan gas. Berlaku kerana hormon semasa mengandung melambatkan proses penghadaman. Rahim yang membesar juga menyebabkan tekanan pada usus dan perut yang memburukkan lagi keadaan.


Tak lalu minum susu

Bila kita tau kita hamil satu benda yang terlintas dalam kepala ialah nak cepat-cepat minum susu untuk ibu hamil kan sebab kita nak bayi kita sihat dan cerdik. Tapi kadang-kadang ibu hamil ni tak lalu nak minum susu terutamanya masa fasa mual-mual dan muntah tu. Waktu tu kita nak makan apa pun tak boleh rasanya. Kalau orang hidang KFC pun mesti kita muntah depan tu jugak HEHE. Tapi jangan bimbang puan-puan. Kalau puan-puan tak boleh minum susu ada makanan gantian yang boleh kita ambil untuk menggantikan susu.


Untuk keempat-empat masalah ini saya boleh sarankan puan-puan untuk mencuba i-food. I-food ialah sejenis makanan kesihatan organik. I-food menggabungkan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh ibu hamil.


Antara kelebihan i-food kepada ibu hamil ialah:


  • membekalkan khasiat seimbang kepada ibu hamil (mengandungi karbohidrat, protein, multivitamin, mineral, fiber, phytonutrien, asid amino dan asid lemak)
  • mengandungi khasiat penting yang diperlukan seperti asid folik, vitamin B12, omega-3 dan omega-6
  • membantu melembutkan najis dan mengelakkan sembelit
  • menguatkan sistem pencernaan dan membantu pergerakan usus dan seterusnya mengatasi masalah kembung
  • membantu mengawal paras gula darah dan tahap kolestrol 


I-food ini juga boleh diteruskan pengambilannya selepas bersalin untuk mengatasi masalah sembelit semasa dalam pantang, menambahkan kualiti dan kuantiti susu ibu, membantu memulihkan luka dan membantu menurunkan berat badan.




RM190/kotak (20 sachet) - harga bukan ahli
RM160/kotak (20 sachet) - harga ahli


Kalau puan-puan nak tengok pakej ibu hamil yang lebih menjimatkan boleh tengok >>SINI.



Salam Ceria Cemerlang,
tel.:019-7583883/019-7299927
http://inspirasihatcantik.com



0 comments:

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy