BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



7 Sebab Berat Badan Gagal Turun


Elak Makan Di Waktu Makan

Ramai orang mengambil langkah berdiet dengan mengelakkan makan. Hakikatnya, perut perlu diisi pada setiap waktu makan iaitu sarapan pagi, tengahari dan malam dengan memilih menu sihat dan seimbang.


Sarapan pagi adalah yang paling penting kerana sarapan membekalkan anda tenaga untuk memulakan hari kerana tanpanya tubuh dan otak akan menjadi tidak bermaya. Dan akibat tidak bersarapan sebenarnya akan mendorong anda untuk makan lebih banyak pada waktu makan tengahari.


Makan malam juga perlu. Terdapat sebuah hadis yang saya pernah baca, mengelakkan makan malam meyebabkan penuaan. Makan malam sebelum pukul 7 dan pilih menu yang mudah dihadam seperti sup sayur.


Makan Di Antara Waktu Makan

Juga dikenali sebagai kudapan. Biasanya, kudapan ini menyebabkan kita tak sedar berapa banyak kita makan kerana sifatnya yang tidak mengenyangkan juga kadang-kadang diambil semasa kita sedang membuat aktiviti lain seperti menonton televisyen. Pilihan makanan kudapan seperti cip kentang, kerepek, cekedis, kek, biskut dan sebagainya mempunyai kalori tinggi dan sebaik-baiknya diganti dengan yoghurt rendah lemak atau buah-buahan.


Tidak Bersenam

Tak boleh tidak kita mesti bersenam kerana senaman boleh meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Diet tanpa senam atau 'yo-yo' diet akan menyebabkan berat badan turun naik mendadak kerana tubuh kehilangan otot dan bukannya lemak. Berdiet dengan menahan lapar menyebabkan tubuh menggunakan otot untuk ditukar kepada tenaga kerana otot dua kali lebih berat berbanding lemak. 


Individu yang mengamalkan diet sebegini akan berisiko berat badan bertambah dua kali ganda, kerosakan buah pinggang, haid tidak teratur, mood tidak betul, tekanan darah tidak stabil dan paras gula darah menurun hingga boleh menyebabkan pengsan.


Tidak Ambil Kalori

Tubuh memerlukan kalori kerana kita memerlukan tenaga untuk membuat aktiviti seharian. Untuk mendapatkan berat ideal, perhatikan jumlah kalori yang kita ambil.

Lelaki - 2500 kalori setiap hari
Wanita - 2000 kalori setiap hari

Pengambilan kalori yang berlebihan menyebabkan kegemukan manakala kekurangan kalori akan mengakibatkan kadar metabolisme tubuh turun secara mendadak hingga menyebabkan anemia.


Hanya Makan Sayur dan Buah

Hanya makan sayur dan buah menyebabkan tubuh kita kekurangan nutrisi. Hakikatnya, sebagai manusia kita memerlukan makanan daripada pelbagai sumber untuk mendapat zat yang mencukupi.


6 Salad dan Mayonis

Salad memang menyihatkan. Namun makan salad dengan mayonis, kalorinya adalah tinggi. Makanan tinggi kalori menyebakan kegemukan.


Enggan Minum Susu

Sebaik-baiknya minum susu rendah lemak. Namun ramai yang tidak sukakannya kerana rasanya yang kurang enak <---termasuk saya ;). Pengambilan susu rendah lemak membantu menguatkan tulang, melengkapkan keperluan nutrisi tubuh serta menurunkan berat badan.






Salam Ceria Cemerlang,
tel.:019-7299927/019-7583883
http://inspirasihatcantik.com



0 comments:

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy