BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Kurus Untuk Sihat Bukan Kurus Untuk Cantik


Assalamualaikum..


Selamat tahun baru 2012 buat semua :).


Macam mana dengan azam untuk tahun ni? Dah masukkan mencapai berat badan ideal dalam senarai azam yang dibuat? Sebelum tu semak BMI anda di >>SINI.


Sekiranya BMI anda menunjukkan paras berat badan berlebihan dan obesiti segeralah lakukan sesuatu untuk merawatnya. Menurut Datuk Dr Ahmad Shukri - Mingguan Malaysia sisipan kesihatan, 1 Jan 2012, obesiti adalah suatu penyakit dan harus dipandang serius kerana obesiti akan meningkatkan risiko terdedah kepada penyakit berbahaya lainnya seperti:

kencing manis
tinggi kolestrol
tekanan darah tinggi
sakit jantung
strok
kegagalan buah pinggang
hati berlemak
kanser hati
kanser usus

Menaggung penyakit sebegini akan mengurangkan kualiti hidup dan terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan sepanjang hayat.


Maka cegah dan rawat obesiti sekarang dengan mengamalkan beberapa langkah mudah:

  • kawal pengambilan kalori
  • kurangkan makanan berlemak, bersantan dan bergoreng sebaliknya pilih hidangan yang dipanggang, kukus atau rebus
  • kurangkan makan di waktu malam, kalau terlalu lapar makan oat atau buah-buahan
  • bersenam seperti letakkan kereta jauh dari pejabat atau jangan gunakan lif sebaliknya pilih menaiki tangga
  • ambil serat dalam kuantiti mencukupi setiap hari (sayur-sayuran, buah-buahan kurang manis dan lemak seperti epal, jambu atau pir atau boleh juga ambil supplemen fiber seperti GREEN FIT sekiranya anda kurang atau tidak suka makan sayur/buah)

Green Fit juga sangat membantu untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Green Fit adalah sejenis supplemen yang 100% adalah semulajadi dan tidak mengandungi gula, pewarna dan perasa tiruan. Boleh baca lebih banyak info tentang Green Fit dalam blog ini dengan menaip green fit dalam kotak search this blog di sidebar.


Jangan paksa diri anda menurunkan berat badan semata-mata untuk kelihatan cantik kerana ini akan mendorong diri untuk mencuba ubat-ubatan seperti ubat pelangsingan bagi mendapatkan kesan cepat. Ubat-ubat pelangsingan seperti ini mungkin mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan dalam jangka masa panjang. Biarlah berat kita turun lambat asalkan dengan cara yang sihat dan selamat.


2 comments:

mamasyafi

Betul, kurus tak bermakna sihat...gemuk tak bermakna tak sihat....yang penting macam mana nak sihatkan badan supaya mudah beribadah.

Untuk info info kesihatan jemput melawat rumah saya

www.mamasyafi.wordpress.com

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy