BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Rakyat Malaysia Paling Ramai Gemuk? Kira BMI anda sekarang!

KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkara itu perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuk diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).

Seng Giaw ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada pihak-pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Rosnah berkata, kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.


sumber : Kosmo!


Adakah kita sebahagian dari golongan yang diancam kegemukan atau obesiti?


Jom kira BMI sekarang.



The BMI is determined with the formula weight in kilogramm divided by height to square. To make it easy for visitor of your web page to calculate the Body Mass Index (BMI), use the BMI Script by BMI-Club in your web page . Allow me to call your attention to BMI.
Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.



<18.5 menunjukkan anda kurus/kurang berat badan
18.5 - 24.9 normal
25 - 29.9 berat badan berlebihan
>30 obesiti


Nilai BMI ini hanya sekadar rujukan sahaja. Bagi kanak-kanak, orang tua dan ibu hamil nilai ini tidak boleh dijadikan rujukan. Begitu juga dengan mereka yang berotot seperti atlet kerana BMI melebihi 30 juga tidak bermakna golongan ini mempunyai masalah obesiti. Dapatkan nasihat lanjut daripada doktor/pakar.


Rasanya mengapa rakyat Malaysia jadi gemuk/obesiti?


Fikir-fikirkan. Ubah cara pemakanan, rajin bersenam dan ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat.


Rakyat sihat negara maju :)




Salam Ceria Cemerlang,
tel.:019-7299927/019-7583883
http://inspirasihatcantik.com


Senggugut, Endometriosis, Cyst dan Cara Mengatasinya


As-salam :).

Senggugut mungkin dianggap perkara normal yang boleh berlaku kepada setiap perempuan yang period.  Bezanya mungkin ada yang teruk sangat-sangat hingga menjejaskan kehidupan seperti terpaksa ambil cuti sakit dan sebagainya, sebahagiannya pula sakit yang tidak terlalu teruk dan ada juga yang tak pernah mengalaminya.


Tapi kita kena ambil perhatian sebenarnya tentang senggugut ini terutamanya yang senggugut teruk dan ada tanda-tanda lain seperti heavy flow dan diikuti dengan darah berketul-ketul serta period yang berpanjangan. Ini mungkin tanda-tanda penyakit yang lebih serius.


Nak share pengalaman sendiri. Dulu saya juga ada masalah senggugut yang agak teruk. Rasa sakit selalu menyerang di bahagian pinggang hingga kadang-kadang nak berjalan pun susah. Darah yang keluar juga berketul-ketul. Tapi sebab masa tu pengetahuan tak ada, tak pernah nak ambil tahu maka saya biarkan sahaja masalah tersebut dengan anggapan ianya normal. Dalam peti ais memang sentiasa sediakan pain killer macam ponstan atau panadol menstrual tanpa ada kesedaran bahawa ubat-ubatan tersebut akan membahayakan kesihatan dalam jangka masa panjang. Pil-pil seperti itu sebenarnya tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya meredakan kesakitan buat sementara sahaja.


Alhamdulillah, sekarang masalah senggugut tu dah hilang. Terima kasihlah kepada kawan yang perkenalkan pad herba Avail kepada saya :). Barulah tahu tentang kesan-kesan pemakaian tuala wanita yang tidak berkualiti (diperbuat daripada recycle paper). Dulu bagi saya, asalkan pad tu murah sudahla. Setakat nak pakai tampung darah kotor je kot lepas tu buang. Buat apa nak pakai yang mahal-mahal. Tapi saya terlupa, organ kewanitaan kita adalah aset paling penting. Seharusnya beri penjagaan terbaik termasuklah memilih pad yang lebih berkualiti.


Oklah, mungkin anda yang sampai ke blog saya ini sebab nak cari maklumat tentang cara mengatasi masalah senggugut, cyst dan endometriosis kan? Saya sharelah sikit-sikit info yang saya kumpul dari pelbagai artikel (majalah/googgle). Moga-moga anda mendapat manfaatnya.


Apa Itu Senggugut?

Mungkin ada pembaca di kalangan adik-adik yang baru akil baligh yang musykil tentang istilah senggugut ini. Pada adik-adik yang belum tahu, senggugut itu ialah kesakitan yang datang time period. Misalnya, rasa sakit perut (bahagian ari-ari), sakit pinggang, sakit bahagian belakang, rasa loya, muntah, cirit-birit dan sakit kepala. Kalau yang teruk sangat tu kadang-kadang boleh pengsan. Kenapa boleh kena senggugut, tiada sebab yang nyata. Menurut pakar ianya berkaitan dengan pengeluaran hormon prostalgaldin yang berlebihan menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih kuat, tu sebab kita rasa sakit.



Tak perlu nak macam ni setiap bulan dah. Amalkan pemakaian pantiliner FC Bio (Avail), setiap hari sewaktu hari bersih dan teruskan menggunakan pad day/night FC Bio (Avail) semasa period. In shaa allah sedikit demi sedikit senggugut akan berkurangan.



Jenis-jenis senggugut

Senggugut ada 2 jenis. Jenis yang pertama tak berbahaya digelar senggugut primer (primary dysmenorrhea). Biasanya senggugut jenis ini dialami oleh golongan remaja atau wanita dewasa dalam lingkungan 20-an serta masih belum berkahwin. Senggugut jenis ini akan beransur kurang setelah berkahwin dan melahirkan anak.


Jenis yang kedua ni puan-puan kena ambil berat sebab kalau dah kahwin dan dah melahirkan senggugut masaih tak hilang-hilang, ada kemungkinan ianya sengugut jenis kedua yang iaitu senggugut sekunder (secondary dysmenorrhea). Senggugut jenis kedua ini adalah petunjuk kepada penyakit endometriosis disebabkan masalah rahim terbalik (retroverted uterus) jadi darah haid tu melimpah ke belakang rahim.


Apa itu endometriosis dan cyst?



Cyst ni macam kantung cecair. Waktu pembedahan doktor dan jururawat akan pastikan cyst ni tak pecah sebab baunya yang sangat busuk.


Penyakit endometriosis berlaku apabila tisu dari selaput dalam rahim telah tumbuh di tempat lain di luar rahim (biasanya di ovari, belakang rahim, tiub fallopio, pundi kencing dan juga tempat aneh yang lain seperti parut caeserean). Tisu endometrium ini juga boleh tumbuh pada dinding dan otot rahim yang akan menyebabkan penyakit adenomyosis. Sekiranya keadaan ini berlaku di ovari, darah akan berkumpul di situ lalu menyebabkan cyst ovari. Apabila tisu endometrium ini melekat di sesuatu tempat ia akan tumbuh dan menebal akibat rangsangan hormon dalam kitar haid. Lapisan ini juga akan mengeluarkan darah apabila seseorang wanita itu period.


Mengapa Endometriosis Boleh Terjadi ?

Menurut pakar, punca terjadinya penyakit ini tidak begitu jelas namun dikaitkan dengan masalah rahim terbalik jadi darah haid tu melimpah ke belakang rahim. Faktor lain mungkin disebabkan masalah gangguan hormon berpunca dari faktor pemakanan, persekitaran dan juga stress akibat tekanan. Saya pernah bertemu dengan seseorang yang menghidap penyakit adenomyosis, katanya semasa muda beliau suka menggunakan tampon. Jadi, penggunaan tuala wanita yang tidak berkualiti juga mungkin merupakan salah satu faktor. Apatah lagi tampon, yang memang disumbatkan ke dalam.


Pertumbuhan endometriosis bergantung kepada hormon estrogen yang dikeluarkan ketika haid maka ia akan terus membesar dan merebak menyebabkan senggugut menjadi semakin serius. Endometriosis yang dibiarkan berlarutan menyebabkan kesan buruk dalam jangka masa panjang, boleh menyebabkan kesukaran untuk hamil atau kerap mengalami keguguran.


Mengatasi Masalah Senggugut, Endometriosis dan Cyst Secara Semulajadi

Selain perubatan moden (ubat-ubatan dan pembedahan), langkah alternatif yang boleh dilakukan ialah dengan cuba mengawal pertumbuhan endometriosis dan cyst tersebut agar pembedahan yang berulangkali boleh dielakkan. Penyakit ini tiada ubatnya dan agak sukar menghilangkannya terus walaupun sudah dibuang melalui pembedahan kerana ianya boleh berulang. Ini disebabkan penyakit ini dikatakan berkait rapat dengan masalah ketidakseimbangan hormon iaitu berlebihan hormon estrogen. Maknanya selagi belum menopaus atau rahim tidak dibuang selagi itulah risiko endo dan cyst tersebut untuk tumbuh semula adalah tinggi. 


Saya pernah terbaca beberapa artikel di internet salah satu cara untuk mengawal pertumbuhan endo dan cyst ini ialah dengan mengurangkan kadar kemasukan estrogen-menyamar ke dalam tubuh (xenoestrogen). Estrogen-menyamar ini apabila bergabung dengan estrogen sebenar dalam tubuh kita mengakibatkan estrogen berlebihan. 


Oleh itu, saranan saya antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan cara:


1. Menukar tuala wanita biasa kepada FC Bio Sanitary Pad

Tuala wanita biasa yang diperbuat daripada recycle paper mungkin mengandungi sisa dioksin yang menyumbang kepada estrogen berlebihan dalam badan (xenoestrogen). Boleh baca pendapat saya tentang hal tersebut di >>SINI. FC Bio Sanitary Pad, Avail adalah pilihan yang lebih selamat kerana ianya diperbuat daripada kapas yang mempunyai daya serapan yang lebih baik dan juga berherba yang boleh mencegah jangkitan kuman.


Rasululullah s.a.w juga ada menyebut kapas sebagai bahan terbaik untuk menghilangkan darah. Kita semua sedia maklum antara kapas dengan kertas, mana yang mampu menyerap dengan lebih baik kan? Tambahan dengan cuaca panas di negara kita memakai pakaian termasuk tuala wanita daripada kapas adalah lebih baik. Jangan tak tahu, kawasan vagina kita kalau berpeluh juga boleh mendatangkan penyakit misalnya kemaluan berbau dan sebagainya.


Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Seorang perempuan bertanya kepada Nabi s.aw: Bagaimanakah cara orang perempuan mandi dari haidnya? Perawi Hadis berkata: Kemudian Aisyah menyebutkan bahawa baginda mengajarkan cara mandi kepada perempuan tersebut. Di antara sabda baginda: Kemudian kamu ambil kapas yang disapu misk iaitu bauan kasturi, lalu kamu bersucilah dengannya. Perempuan itu berkata: Bagaimana cara bersuci dengannya? Baginda bersabda: Maha Suci Allah! Kamu bersucilah dengannya dan baginda pun bersembunyi. Sufian bin Uyainah memberi isyarat kepada kami dengan meletakkan tangan pada wajahnya. Perawi Hadis melanjutkan ceritanya: Aisyah berkata: Aku menarik perempuan itu kerana aku sudah tahu apa yang dikehendaki oleh Nabi s.a.w. Lalu aku berkata kepada perempuan tersebut: Sapulah tempat keluar darah haidmu dengan kapas itu.

Cara menggunakan FC Bio Sanitary Pad untuk membantu mengatasi masalah senggugut/endometriosis/cyst adalah dengan memakai pantiliner (hijau) setiap hari. Renjiskan dengan sedikit air (jangan sampai lencun) sekadar untuk mengeluarkan herba dengan lebih cepat. Ganti pantiliner setiap 2-3 jam sekali. Mungkin ada yang tanya, elok ke pakai pantiliner everyday? Kalau pantiliner 'biasa-biasa' yang materialnya kertas tu memang kurang elok dari sudut kesihatan. Tapi pantiliner FC Bio ni tak apa. Sebab ianya daripada kapas. Panties kita pun kainnya kapas kan ;). Semasa period pula, gunakan pad day/night. Beza day dengan night ni dari segi kepanjangan, day 24 cm night 30 cm.



FC Bio Sanitary Pad, diperbuat daripada kapas dan berherba

Pantiliner - RM10/20 pcs
Day - RM11/10 pcs
RM12 - RM12/pcs

Untuk buat belian secara pakej yang lebih menjimatkan:

PAKEJ 3 BUNDLE


20 packs pantiliner
20 packs day
20 packs night

Harga asal = RM612
Harga pakej = RM405 sahaja

*jimat sangat-sangat, boleh share pakai dengan kawan atau famili


PAKEJ COMBINATION


6 packs pantiliner
6 packs day
6 packs night

Harga asal = RM198
Harga pakej = RM172 sahaja

*kalau rasa nak half combination juga boleh :)


2. Mengambil Suplemen Avail Propolis

Propolis bersifat menseimbangkan. Amalkan minum propolis 5 titik 2x sehari pagi dan malam in shaa allah boleh menseimbangkan hormon. Ianya juga bagus diamalkan sekiranya berhasrat untuk hamil. Ia boleh membantu meningkatkan daya imuniti badan, membantu merawat keputihan serta boleh merencat sel-sel kanser. Memang banyak lagi manfaat Avail Propolis ini kepada kesihatan. Info lanjut tentang Avail Propolis boleh baca >>SINI.

RM78/botol (10 ml)
RM180/3 botol (lebih jimat)



PAKEJ FC BIO SANITARY PAD + Avail PROPOLIS

FC Bio = pakej combination (6 pantiliner + 6 day + 6 night) 
*pakej combination boleh ubahsuai, cth tak nak day, nak pantiliner dengan night sahaja pun boleh 
Propolis = 1 botol  

Harga asal (kalau beli berasingan) : RM250
Harga  PROMOSI RM230

Pakej penjimatan:

FC Bio = 2 bundle (cth: 1 bundle pantiliner + 1 bundle night)
Propolis = 3 botol


Harga asal (kalau beli berasingan) : RM574
Harga  PROMOSI RM410


3. Lebih berhati-hati dalam memilih makanan, kosmetik dan mengamalkan gaya hidup sihat

  • Digalakkan makan buah-buahan seperti nanas dan betik serta menambah serat/fiber dalam menu harian. Enzim daripada buah nanas dan betik dikatakan baik untuk menyingkirkan sisa-sisa darah manakala serat boleh mengurangkan peredaran hormon estrogen dalam sistem badan. 
  • Memilih makanan organik seperti sayur dan ayam organik kerana bebas pestisid. Sisa racun serangga juga menyumbang kepada xenoestrogen.
  • Mengurangkan pengambilan daging merah, minuman berkafein, air bikarbonat, coklat bergula, produk tenusu (cheese, butter dll), produk berasaskan soya, makanan bergoreng serta mengandungi pewarna serta perisa tambahan dan makanan/minuman yang dibungkus dengan plastik (lebih-lebih lagi makanan panas).
  • Menghindari kosmetik yang mengandungi mineral oil dan paraben.
  • Hindari daripada stress dan bersenam.


Untuk order/pertanyaan, hubungi saya:
sms/call : 019-7583883 atau
PM : Rina Avail atau
emel : inspirasihatcantik@gmail.com


Salam Ceria Cemerlang,




Tuala Wanita Daripada Kertas Recycle


Assalamualaikum..


Hari ini saya rasa macam nak cerita pasal kertas sebab isunya yang berkaitan dengan tuala wanita.



Cara pembuatan kertas dan bahaya dioksin


Saya rasa semua orang pun tahu kertas diperbuat daripada kulit kayu dan banyak proses yang melibatkan penggunaan bahan kimia untuk menghasilkan kertas yang berkualiti. Salah satu proses yang menjadi isu ialah proses pemutihan pulpa kayu tersebut. Kebanyakan pengeluar menggunakan gas klorin sebagai agen pemutih. Namun penggunaan bahan ini menghasilkan sejenis racun yang sangat berbahaya iaitu DIOKSIN.



Dioksin yang terhasil daripada proses pembuatan kertas tadi bukan sahaja mencemarkan air dan udara malah turut meresap ke dalam produk kertas itu sendiri. Walaupun pihak industri pulpa dan kertas menyatakan bahawa mereka telah menggantikan penggunaan gas klorin sebagai agen pemutih dengan ECF (Elemental Chlorine Free) atau TCF (Totally Chlorine Free) namun ECF bukanlah 100% bebas klorin (hanya mengurangkan sahaja); cuma TCF sahaja yang benar-benar bebas klorin. Sayangnya kebanyakan pengeluar memilih menggunakan ECF, sebahagian kecil sahaja yang menggunakan TCF disebabkan kos.



Dioksin punca perubahan hormon estrogen


Dioksin ialah sejenis hormone disruptors iaitu sejenis bahan yang mengganggu sistem hormon yang normal dalam tubuh manusia. Biasanya pengganggu hormon ini bertindak dengan menyamar sebagai hormon sebenar menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kesihatan. Hormon yang paling kerap diganggu oleh toksin ini ialah estrogen maka toksin ini juga digelar xenoestrogen yang dikaitkan dengan kanser payudara, endometriosis dan lain-lain masalah reproduktif wanita.



Tuala wanita daripada kertas recycle


Pernah terfikir tak tuala wanita yang anda gunakan diperbuat daripada kertas? Yang lebih parah, kertas buangan (sampah-sarap) yang direcycle jadik tuala wanita. Yang kemudiannya anda gunakan untuk letak di bahagian sulit bagi tempoh yang bukan sekejap.


Secara purata, setiap wanita menggunakan 15 000 keping tuala wanita sepanjang hidup mereka!


Kertas recycle yang dikumpulkan akan melalui proses pemutihan sekali lagi bagi membersih dan menggebukannya. Sekali lagi sisa dioksin mungkin tertinggal pada bahan kertas tersebut. Setelah siap proses ini barulah kertas-kertas yang gebu umpama kapas tadi dihantar ke kilang-kilang pembuatan tuala wanita dan juga lampin bayi.




Adakah sampah-sarap ini digunakan untuk membuat tuala wanita dan lampin bayi pakai buang?

Isunya di sini adakah kita sebagai pengguna dapat memastikan produk berasaskan kertas seperti tuala wanita pakai buang dan lampin bayi pakai buang manakah yang benar-benar bebas klorin dan bebas daripada sisa dioksin?? 


Dan pernahkah kita terfikir tuala wanita mungkin salah satu punca kenapa sekarang ramai wanita mengalami masalah seperti senggugut, endometriosis dan cyst? Yang kita tak tahu punca penyakitnya secara jelas?


notakaki:
Catatan adalah berdasarkan pembacaan dan pandangan saya sahaja yang mungkin terdapat kekurangan di mana-mana.




Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy