BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Mencari Rakan Pengedar Green Fit



Assalamualaikum..




Selain jadi pengedar tuala wanita, FC Bio Sanitary Pad saya turut aktif menjual dan mengedar lagi satu produk Avail iaitu Green Fit. Green Fit ni ternyata tinggi permintaannya. Saya pun tak sangka. 


Yang suka beli online tiada masalah sebab saya memang jual secara online. Yang mana tinggal sekitar Johor Bahru pula saya akan hantar terus ke rumah atau kita boleh jumpa di mana-mana tempat yang sesuai. Yang tak berapa gemar shopping online pula selalunya diaorang lebih suka dapatkan produk daripada pengedar terdekat di kawasan mereka. Ini salah satu faktor kenapa saya sangat-sangat perlukan rakan pengedar. Tapi kan sebenarnya shopping online lah best sebab tak payah susah payah keluar rumah, nak carik parking lagi, tak sempat sebab sibuk dengan urusan harian lagi betul tak? hehe. 


Dalam pakej Green Fit (pakej pengedar/usahawan) jumlah stok yang bakal anda dapat ialah 50 kotak (VIP) atau 210 kotak (QM). Boleh lihat pakej Green Fit di >>SINI. Kalau difikirkan jumlah stok ini taklah banyak mana pun. Dari pengalaman saya, dalam sebulan dua kalau anda aktif membuat promosi habis dah stok. Bagi anda yang jadi rakan pengedar saya (bawah Team Inspired), nama dan nombor telefon anda akan dimasukkan ke dalam bahagian senarai pengedar. Boleh lihat di >>SINI.



nota kaki:
Datanglah beramai-ramai ke gerai kami di Pesta Konvo UTM Skudai dari 22 Sept - 29 Sept. Jangan terlepas peluang mendapatkan pelbagai produk Avail termasuk Green Fit dengan tawaran harga yang menarik!



Salam Ceria Cemerlang,

Kenapa Saya Jual Tuala Wanita?


Assalamualaikum..




Nak tahu tak kenapa dalam banyak-banyak bisnes kecil yang ada saya pilih jual tuala wanita, FC Bio Sanitary Pad. Jenama inilah yang saya pilih untuk jual sebab saya guna dan kesannya baik untuk diri sendiri  serta jenama ni sajalah yang bagi peluang orang persendirian macam saya untuk berniaga tuala wanita. Sebenarnya dah lama saya berangan nak buat bisnes yang mudah, tak pakai banyak modal, rendah risiko dan tak perlukan saya pegi kelas kemahiran.


Mungkin ada yang anggap jual tuala wanita memalukan, takda kelas dan tak menarik langsung. Tapi biar saya cerita sebab-sebab bisnes ini lebih menarik perhatian saya berbanding bisnes benda-benda lain. 


Sebab saya wanita.

Rugilah kalau tak ambil peluang untuk jual. Dah tentu setiap bulan saya kena pakai benda ni. Alang-alang dah ambil stok banyak (beli secara pakej) saya juallah sekali dengan jiran-jiran dan kawan-kawan. Kalau dulu beli tuala wanita di pasaraya saya tak dapat apa-apa tapi sekarang dapatlah sikit duit poket untuk belanja dapur. Kalau rajin dan usaha lebih sikit dapat supply ke kedai atau farmasi. Taraf kita dah nampak up sikit dah tu. Jadi supplier. Cara-cara nak masuk farmasi ini akan diajar kalau anda jadi rakan pengedar saya.


Produk keperluan bukan kehendak.

Setiap bulan wanita dewasa yang sihat dan belum menopaus pasti akan keluarkan duit untuk beli tuala wanita. Mungkin anda kata di tempat anda dah banyak jual FC Bio Sanitary Pad ni jadi siapa yang nak beli dari anda? Saya rasalah stok yang ada dalam tangan anda takkan mampu nak menampung permintaan semua wanita yang ada di tempat anda tu. Silap-silap stok yang ada habis anda guna sendiri saja (kalau anda lelaki, ahli keluarga anda yang perempuanlah guna).


Bukan produk bermusim.

Jual kuih raya memang meletup kalau musim raya. Itu contoh produk bermusim. Tapi kalau jual tuala wanita tak kira musim raya, bulan puasa, musim panas atau musim hujan memang orang cari tak kira masa. Selagi wujud wanita di dunia selagi itulah ada permintaan kepada produk tuala wanita.


Produk tak reput atau basi.

Ambil stok banyak-banyak tapi lepas tu malas nak jual. Ini kes hangat-hangat tahi ayam lah ni. Tapi takda apa yang nak dirisaukan. Cepat atau lambat habis, produk jualan anda iaitu tuala wanita tetap boleh bertahan. Lainlah kalau anda berniaga nasi lemak atau kuih-muih. Lambat jual barang basi. Dah tentu rugi.


Jualan ulangan.

Best jual tuala wanita ni sebab dah memang pasti orang yang sama akan beli lagi dari kita bulan depannya. Maknanya jual tuala wanita ni bukan sekali saja. Tapi dapat jual kepada orang yang sama banyak kali. Pandai-pandailah anda nak jadikan mereka pelanggan tetap anda. Silap-silap sampai menopaus mereka jadi pelanggan tetap. Lama tu.


Modal rendah dan zero risiko.

Setiap bisnes ada risikonya. Orang kata kalau nak berjaya kena berani ambil risiko. Tapi macam keterlaluan tak kalau saya kata bisnes tuala wanita FC Bio ni zero risiko? Modalnya memang sangat rendah. Serendah RM160. Modal yang paling besar pula cuma dalam RM6 ribu tapi stok yang anda bakal miliki bernilai RM13 ribu yang boleh ditukarkan menjadi wang bila-bila masa. Anda risau barang tak habis? Mustahil tak habis. Lebih-lebih lagi kalau anda pun wanita macam saya. Cuba baca balik sebab-sebab di atas kenapa saya kata jual tuala wanita boleh dikatakan zero risiko.


Tak perlu kemahiran.

Nak jual kek atau ambil upah jahit manik misalnya perlukan kemahiran. Kalau tak reti kena belajar dulu. Praktis hari-hari sampai mahir baru berani jual servis. Semua perlukan masa. Kalau anda memang berjari emas tak ada masalah. Tapi bagi orang-orang yang berjari keras (macam saya) dan tak ada masa nak pegi belajar sampai mahir (alasan lah tu kan) tapi masih ada hati nak cari duit dengan berniaga kita jual sajalah produk yang senang jual macam FC Bio Sanitary Pad ni kan. Hari ini ambil stok esok dah boleh jual dah. Senang.


Tak perlu demo dan bercakap banyak.

Sesetengah produk kalau nak jual kena demo dulu. Kena cakap banyak untuk cerita kelebihan. Silap haribulan demo sampai berbuih mulut belum tentu orang nak beli. Jual tuala wanita lebih mudah. Tak payah nak demo cara guna. Tak payah cakap banyak. Paling teruk pun anda cuma kena buka mulut tentang kelebihan FC Bio Sanitary Pad saja. Kalau malu juga nak bercakap tunjukkan saja mereka blog saya ni atau beri mereka buku FC Bio Sanitary Pad tu (harganya RM3). Biasanya orang tak berapa gemar nak berniaga sebab kena bercakap. Kalau bercakap merapu memang seronok tapi bila kena bercakap untuk promo barang memang tak seronok. 


Macam mana? 


Bila tulis macam ni bukanlah saya bermaksud jual tuala wanita paling baik atau lebih baik berbanding jual benda lain. Saya cuma nak kongsi dengan anda satu bisnes yang mudah dan bermodal rendah yang sesuai untuk sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi kalau anda tak pernah ada pengalaman berniaga dan takut berhadapan dengan sebarang risiko dalam berniaga. Jual tuala wanita mungkin satu titik permulaan untuk anda belajar cara-cara berniaga dan menjadi seorang usahawan satu masa nanti.





Salam Ceria Cemerlang,

Kenapa Banyak Bisnes Kecil Gagal?


Assalamualaikum..

Saya amat tertarik dengan entri yang ditulis oleh Mommy Lyna dari blog MySuperKids ni. Entri beliau sangat bagus untuk saya dan mungkin boleh jadi panduan kepada anda di luar sana yang mungkin nak berjinak-jinak dalam perniagaan kecil-kecilan seperti yang saya buat sekarang ini (jual produk Avail).


Jom kita baca apa yang dikongsikan. Entri ni saya dah mintak izin mommy Lyna untuk copy di blog saya tau! Kalau ada tulisan yang italic tu maknanya saya mencelah lah tu.


Bisnes kecil yang saya maksudkan ialah bisnes yang berskala ‘pendapatan sampingan’ dan ‘kerja dari rumah’ atau ‘bisnes sambilan’ yang dibuat dengan modal kecil atau mungkin tak ada modal langsung. Sama ada bisnes ‘brand’ sendiri, jual barang orang, jual produk MLM macam saya atau apa saja.


Ada yang memulakan bisnes sekadar suka-suka (mungkin datang dari hobi), ada yang serius untuk persediaan berhenti kerja, ada yang asalnya memang tak kerja (misalnya SAHM) dan berhasrat nak tambah pendapatan dan sebagainya. Macam saya juga lah. Saya tak bekerja kerana memang berhasrat nak membesarkan anak dengan tangan sendiri. Tapi, hakikatnya, tak semua yang buat bisnes kecil-kecil ni berjaya, dengan kata lain, dapat perolehan atau untung. Ramai yang sebenarnya yang tiap-tiap bulan korek tabung sendiri untuk bisnes.



Persoalannya kenapa jadi macam tu?

1. Tidak ada tujuan dan objektif jelas semasa mula bisnes

Biasanya yang terperangkap dalam MLM haram jadah dari jenis yang macam ini. Hanya sebab gelap mata dengan tawaran dari upline MLM tu, terus nak join tanpa ragu-ragu. Lepas dah bagi duit barula nampak mak oiii bukan senang nak dapat ribu-ribu macam mereka duk cakap-cakap tu rupanya… Last-last terpaksa letgo stok dengan harga lebih rendah dari modal, asal dapat cover sikit-sikit jadilah…

Yang ‘brand’ bisnes sendiri pun, mula-mula bisnes cuma ingat nak untung je. Planning takde, target takde, cuma ada stok tapi marketing entah ke mana. Last-last buntu. Akhirnya fed-up dah nak berbisnes.

Apa-apa pun kita kena ada plan yang jelas. Paling cikai pun apply konsep ASIDIBIBAM = Apa, SIapa, DI mana, BIla, BAgaiMana… Macamana nak apply tu lu pikir lah sendiri, kata Nabil.


2. Tidak ada exit strategy

Dah buat bisnes tak untung-untung (rugilah tu), tak ada mitigation plan. Dari awal sepatutnya kita dah rancang exit strategy. Kalau dah berbulan-bulan tak nampak bayang keuntungan, bersedia dengan mitigation plan, atau plan B ke plan C ke. Exit strategy tak bermakna kena berhenti terus buat bisnes (itu pun salah satu elemen jugak), tapi apa langkah-langkah yang perlu untuk mengatasi masalah bisnes tak jalan-jalan.

Sebelum mula bisnes, fikirkan dulu exit strategy, jangan biar sampai dah terdesak. Kalau dah terdesak, ‘exit strategy’ ad-hoc adakalanya jadi.. ‘jatuhkan orang lain, kalau aku tak dapat, orang lain pun tak boleh berjaya’. Jangan macam tu.. keji dan hina betul tindakan macam ni.


3. Tidak monitor akaun bisnes dengan sistematik

Misalnya campur-aduk duit bisnes dengan duit sendiri dalam satu akaun. Sudahnya semua duit jadi wang belanja. Duit bisnes keluar-masuk tak di-track. Untung ke tak untung ke, tak ada siapa tahu. Nak beli stok baru, ambil duit dari akaun yang sama. Sudahnya tak tahu yang mana satu. Sudahnya bisnes nak kata untung ke tidak, dia sendiri pun tak tahu.

Sebaiknya diasingkan duit bisnes dengan duit sendiri. Kalau ada registered company, buka akaun atas nama syarikat supaya lebih mudah nak monitor duit keluar-masuk.


4. Tidak monitor bisnes dengan sistematik

“It’s not personal, it’s just business” kata Donald Trump. Urusan peribadi dan urusan bisnes tak sepatutnya kita satukan. Maksud satukan urusan peribadi dengan bisnes ni… misalnya kita tak catit berapa suap nasi kita makan hari ni, so urusan bisnes pun kita main lepas laku macam tu tanpa ada rekod. Tak boleh, tak boleh… kena ada rekod untuk bisnes. Ini penting untuk kita buat penilaian nanti. Kalau kita sendiri pun tak tahu apa jadi dengan bisnes.. inventory takde, rekod keluar-masuk takde… sudahnya barang hilang pun kita tak tahu. Menanggung rugi tanpa disedari…


5. Jadi hamba kepada bisnes sendiri

Bisnes ni bukan sekadar ‘tak kerja bawah orang, buat apa yang kita tahu dan suka’. Ada banyak sangat elemen – pembuatan, pengurusan, pemasaran, etc-, ia macam seketul iceberg yang besar. Kita cuma nampak hujungnya saja yang timbul kat atas permukaan laut, tapi bahagian yang besar tu kat bawah sana. Pembuatan tu termasuk dalam perkara-perkara kat bawah sana. Sangat-sangat penting tapi tak perlu nak menonjol. Bisnes ni sepatutnya memudahkan kita, jadi kita boleh tumpu pada bahagian atas iceberg – pengurusan dan pemasaran. Kalau semua nak buat sendiri, akhirnya bukan kita tak jadi bisnesman/woman, tapi pekerja kepada bisnes sendiri. Lagi penat – nak kena ‘buat’, nak kena monitor, nak kena market, blablabla, last-last exhausted – baik terus makan gaji je kot?


6. Tak buat persediaan dari segi ilmu perniagaan

Ini sepatutnya jadi nombor 1 kot. Ramai yang percaya kita boleh berjaya secara street smart – lalui sendiri & belajar melalui pengalaman. Memang betul, cara begitu lebih senang nak belajar. Memang manusia lebih mudah belajar dari kesilapan. Tapi cari ilmu itu sangat penting, supaya bila kita dah terantuk, tahulah bagaimana nak tergadah. Orang tak berjaya bukan makna dia gagal, itu adalah proses belajar. Tapi kena pandailah ambil pengajaran dengan positif. Cikgu saya pesan ‘One step backward is two steps forward’. Semakin tinggi kita jatuh, sepatutnya semakin tinggi kita melantun, bukan terus patah kaki tak bangun-bangun.


7. Niat dan cara berniaga yang tak betul

Tahu, dan duk canang 9/10 dari pendapatan adalah perniagaan. Konon ikut sunnah. Tapi part tu je yang ikut seruan Rasulullah. Bila meniaga, style ambil kesempatan, tindas orang, tak jujur, bersaing secara tak sihat, zakat tak bayar, sedekah tidak, amal ibadah tah ke mana, nampak untung aje…

Kembalilah kepada yang asas… Meniagalah seperti para sahabat, untuk faedah ummah. Bila berniaga ni sebenarnya (sepatutnya) kita lebih dekat dengan Tuhan, yelah, bukan macam makan gaji, tiap-tiap bulan kalau tak buat kerja pun (selagi tak kena pecat), gaji masuk je.

Walau bagaimana pun memang seronok ada bisnes kecil-kecilan ni. Banyak benda baru boleh belajar, banyak jaringan boleh dibina. Yang lebih menarik bila kita sama-sama berkolaborasi dengan mereka yang menjalankan bisnes kecil-kecil (dan besar-besar juga). Tak perlu nak saling menjatuhkan.. bila kita bersama-sama, lebih banyak peluang yang terbuka untuk kita. 


Macam mana? Banyak kan yang boleh kita belajar dari tips yang diberi ni.




Salam Ceria Cemerlang,

Mengatasi Masalah Perut Buncit, Sembelit & Obesiti Dengan Green Fit



Assalamualaikum...

Salam aidilfitri buat semua :).


Bagaimana dengan sambutan aidilfitri di tempat anda? Pastilah meriah kan dengan pelbagai jenis hidangan yang membuka selera. Kalau di johor biasaya pagi raya wajiblah ada ketupat, sambal kacang, rendang serta lain-lain masakan seperti sambal goreng (menu masyarakat jawa), kurma, kari, kuah lodeh dan sebagainya.


Namun dalam menikmati pelbagai hidangan lazat-lazat janganlah sampai kita mengabaikan kesihatan. Sebulan puasa perut yang buncit mungkin dah kempis, berat pun turun, kolestrol dan tekanan darah pun mungkin dah kembali stabil. Janganlah pula bila raya semuanya kembali kepada asal.


MASALAH PERUT BUNCIT & OBESITI


Masalah perut buncit dan obesiti tidak boleh diambil mudah kerana golongan ini berisiko mendapat penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan lain-lain lagi. Seperti yang pernah saya sebut dalam catatan sebelum ini, 90% penyakit berpunca dari perut.


Pada tahun 2010 sahaja 60% daripada 28 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan termasuk kanak-kanak. Daripada jumlah tersebut 50% mengalami masalah obesiti manakala baki 50% lagi adalah penduduk yang mengalami masalah berat melebihi paras ideal. - sumber : Kosmo!


PENGAMBILAN SERAT MEMBANTU MENGATASI PERUT BUNCIT & OBESITI


Dalam sehari orang dewasa memerlukan 25-30 g serat manakala kanak-kanak berusia 2 tahun dan ke bawah memerlukan 5 g serat sehari. Sumber serat boleh diperolehi daripada sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan kekacang. Namun persoalannya, adakah anda mengambil cukup serat setiap hari? Lebih-lebih lagi di musim perayaan begini.


Makanan berserat membantu membuang lemak. Serat larut daripada epal misalnya membantu menyerap lemak berlebihan dan seterusnya kadar kolestrol dalam badan juga akan stabil. Serat juga diperlukan untuk membersihkan usus dan mencegah sembelit yang merupakan salah satu punca kepada masalah perut buncit. Pembersihan usus daripada najis lama merupakan langkah pertama kepada proses menurunkan berat badan. Mengikut satu artikel yang saya pernah baca (terlupa sumbernya), secara purata mereka yang berumur 40 tahun ke atas akan mempunyai 5-25 paun sisa najis dalam usus besar mereka.


GREEN FIT SUPPLEMEN FIBER TERBAIK BUAT ANDA


Bagi anda yang kurang mengambil serat boleh gantikan dengan supplemen fiber yang enak, berkhasiat serta berkesan seperti Green Fit keluaran AvailBeauty. Produk ini sejak diperkenalkan mendapat sambutan hangat di pasaran. Kebanyakan pelanggan saya yang pernah mencuba Green Fit pasti akan mencari semula produk ini.


Green Fit mengandungi pektin epal yang membantu untuk mengawal paras kolestrol secara semulajadi dan juga berupaya untuk mengawal paras gula darah. Pektin akan bergabung dengan kolestrol dan membuang lemak berlebihan sebelum diserap oleh tubuh. Pektin juga merangsang pergerakan usus serta melembutkan najis. 


Selain serbuk epal, kandungan Green Fit juga terdiri daripada pelbagai jenis serat yang lain. Boleh baca di >>SINI.




Sekotak Green Fit berharga RM75 (15 sachet). Dapatkan harga yang lebih rendah dengan pembelian secara pakej yang boleh didapati dalam bentuk 3 kotak, 9 kotak, 50 kotak dan 210 kotak. Klik >>SINI untuk melihat senarai pakej beserta harganya.


Selamat mencuba :).

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy