BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Cuci Kolon Sama Penting Dengan Cuci Baju

"Death begins in the colon"- Elie Metchnikoff
 (saintis Russia yang pernah memenangi hadiah nobel pada 1908)


Baju dah pakai kena cuci betul tak? Heh..ada jugak spesies pakai baju ulang² kali. Tapi faham² jelah kan bajunya bau macam mana. Bau satu hal tapi perasan tak dia kat baju busuk tu dah melekat aneka macam ragam kuman dan hama. Ok lagi baju pakai dekat luar - paling teruk pun kena gatal² kulit.

Perut, usus kecik besar..hari² pakai kan. Kenalah cuci jugak. Kolon adalah bahagian terakhir dalam saluran gastrousus, sangat dekat dengan anus. Dah tentu banyak bahan buangan bertoksik kan kat sini. Kalau tak servis bahagian ni lama² parasit boleh membiak dan kemudiannya masuk dan memusnahkan sel² badan.

Dengan gaya hidup dan juga persekitaran yang semakin tidak menyihatkan ini mencuci usus atau detoksifikasi bukan lagi satu pilihan tapi satu keperluan. Banyak cara untuk detoks seperti minum air putih dengan cukup, mesti makan sayur dan buah, mesti ambil serat/fiber serta kurangkan pengambilan kafein.

Saya cuma cadang saja - mari minum green fit untuk cuci kolon anda bersih²!




Salam Ceria Cemerlang,

Berakhirnya Pesta Buku&Coklat..Memang Seronok Berbisnes Seperti Ini

Minggu untuk berpesta coklat dan menjadi ulat buku sudah berakhir. Walaupun tak ikut tema, adik² di UTM tetap gigih membuka booth Avail. Ok, memang nampak macam tak masuk tema. Kaitan apakah buku dan coklat dengan pad herba dan green fit? Semangat berniaga mereka memang sangat dikagumi. Kali ini saya tak turun padang sangat memandangkan bilangan orang yang berniaga telah pun bertambah. Ketika pameran Food, Health&Beauty beberapa minggu lepas cuma ada kami berempat. Sekarang sudah bertambah lagi beberapa orang. Jadi mereka bergilir² menjaga booth mengikut kelapangan kelas masing².

Mereka memang gigih. Hari ini dua orang daripada mereka dah pun bertolak ke Melaka bersama² suami saya untuk Avail rally. Yang lain tak ikut bersama kerana mereka buka booth lagi untuk pameran kesihatan lain pula anjuran kolej. Mereka masih muda dan sibuk dengan pelajaran tapi sangat berminat mencari pengalaman dalam bidang keusahawanan seperti ini. Sungguh, saya pun tak segigih mereka ketika belajar di UTM dulu.

Saya? Tinggal saja di rumah. Berniaga bersama suami memang seronok. Boleh bahagi² tugas. Tugas saya di rumah sahaja - menjawab panggilan telefon, menghadap komputer dan menguruskan pesanan pelanggan. Lagipun saya yang mahu begini. Sentiasa dekat dengan anak². Memanglah Avail ini sejenis perniagaan MLM tapi kerja saya bukanlah memburu downline siang dan malam. Saya hanya membuat kerja paling asas dalam berniaga - menjual produk dan kalau² ada yang berminat nak berniaga produk sama macam saya sangatlah dialu²kan.

Di sini sebenarnya kelebihan perniagaan bercorak multilevel (yang jujur). Sekiranya ada orang lain punya minat sama nak jual produk yang sama macam kita sangat kita senang hati. Kita gunakan produk - kita suka produk tu - kita promosikan - orang lain beli dapat juga kita untung. Kalau dalam konsep perniagaan lain ada orang nak jual produk sama macam kita sedikit sebanyak rasa tergugat tak? Maklumlah pesaing bertambah. Ataupun kita suka sesuatu produk - kita promosi secara tak sengaja - orang berminat nak beli juga - kita buat kerja percuma sebab untung orang lain yang dapat. Betul tak? Jadinya, suka saya mengingatkan bukan semua perniagaan multilevel itu buruk. Masih ada yang jujur. Kalau berminat dengan perniagaan MLM pilih yang benar². Kalau nampak macam aneh, contohnya:

"hei, kamu pergi cari 5 orang ajak dia jadik business partner kamu..dengan sekian² punya modal dia laburkan..kau akan dapat untung sekian²"

(what??? carik orang aje boleh dapat untung?)

"hei, kamu tak payah susah² jual barang.."

(oh, bisnes apakah yang tiada produk atau servis?)


[apabila berniaga memanglah kerana mahukan wang tapi bukanlah kerana wang semata²]





notakaki: 
Saya bukannya mahir sangat dalam bidang perniagaan apatah lagi perniagaan berkonsepkan MLM tapi di sini banyak kemahiran berniaga boleh dipelajari.


Cara Berdiet Yang Mudah Untuk Orang Yang Selalu Langgar Pantang

Ada macam² cara orang berdiet kan. Mungkin ada yang pantang makan nasi, cuma makan salad dan buah ataupun makan tapi sangat sedikit. Saya cuma nak kongsikan satu tips yang mudah dan mungkin kurang membebankan bagi anda yang ingin berdiet tapi asyik langgar pantang. Tips ni mungkin anda dah pernah dengar atau cuba tapi pada pendapat saya ini cara ini paling selamat berbanding lain² cara.


[Tips Mudah Untuk Diet: Sila tampal di dinding dapur]

Kita biasanya buat terbalik ye tak? Breakfast like a pauper dan dinner like a king. Biasanya kita skip sarapan pagi kan sebab sibuk nak pergi kerja dan sebagainya. Tapi sesibuk mana pun kita sarapan jangan tinggal sebab sarapan yang paling penting kita ambil untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Ya, anda memang sangat sibuk dan memang tak sempat nak jamah apa² di waktu pagi..

Saya bukan pakar pemakanan tapi saya seorang yang sangat menitikkan beratkan pemakanan saya (saya makan apa sahaja tapi sangat selektif dengan apa yang saya makan).

Saya ada cadangan untuk anda yang ingin berdiet tapi suka langgar pantang ataupun suka tahan makan sebab nak diet punya pasal. Caranya:

Selepas bangun tidur: Minum air masak (ini wajib kan?) dan minum i-food atau ambil cereal bersama susu(oh ye, saya pernah terbaca susu tak elok diminum ketika perut kosong..jadi mari minum i-food sahaja..lepas minum air masak)

Rehat jam 10.00 pagi: Waktu ini nafsu makan membuak² kerana lapar (kalau saya lah)..apa kata kita breakfast like a king masa ini (nasi lemak ayam ke lontong kering ke soto ayam ke..apa² sahaja yang beratlah)

Tengahari: Lunch like a prince..tadi dah makan nasi lemak..nak makan nasi lagi ke? Bergantung..kalau lapar lagi ambil nasi tapi sedikit sahaja. Makan dengan lauk yang agak menyihatkan..tadi dah makan ayam kan..apa kata makan sayur pulak. Buah jangan lupa. Pandai² rancangkan..imbangkan makanan pukul 10.00 tadi dengan tengahari.

Kudapan waktu petang: Lapar lagi? Cukup. Jangan ambil makanan macam kerepek, biskut, kek dan makanan berkalori tinggi. Tanpa kita sedar makanan kudapan ini yang selalu buat kita gemuk. Ambil buah²an atau yoghurt pun sedap.

Makan malam: Pakar kata jangan ambil lepas pukul 7.00. Tapi Rasullullah ada bersabda, makan malam tak boleh ditinggalkan boleh mengakibatkan penuaan. Sepanjang hari asyik makan je kan. Dinner like a pauper. Makan roti cukup tak? Nak diet takkan nak makan nasi lagi kan. Ataupun makan sup je. Sedap juga. Sup cendawan ke. Jangan sup daging.

Malam: Apa? Lapar lagi. Cukuplah. Sebelum tidur minum green fit dulu. Bersihkan semula usus daripada sisa najis.



Green Fit Boleh Turunkan Berat Badan Tak?


As-salam :).

Saya sering diajukan pertanyaan:

"minum green fit boleh turunkan berat badan tak?"

"berapa kilo saya boleh turun dalam seminggu lepas minum green fit?"

"berapa lama saya kena minum green fit ni kalau nak kurus?"


Green Fit sebenarnya bukan produk untuk pelangsingan badan kerana produk ini juga boleh diambil oleh mereka yang kurus. Green Fit sesuai diambil oleh mereka yang mengalami sembelit, buasir dan mengalami masalah perut buncit.


Dari segi penurunan berat badan, terdapat testimoni pelanggan saya yang boleh turun berat badan dengan pengambilan Green Fit secara teratur. Namun ini bergantung kepada individu.


Bagaimana Green Fit membantu menurunkan berat badan?




RM75/box (15 sachet)

Untuk harga jimat klik  >>SINI.


Green Fit ialah supplemen fiber/serat dan setiap orang perlu mengambil serat dalam kuantiti mencukupi setiap hari tak kira gemuk, kurus, tua atau muda. Seperti yang kita semua ketahui, banyak kesan buruk akibat kekurangan serat dalam diet seharian.


Green Fit mengandungi serbuk epal, serbuk gandum, lignin, psyllium husk dan wheatgrass yang membantu untuk menurunkan berat badan dan membuatkan kita rasa kenyang. Green Fit juga mengandungi oligosakarida, alfalfa, spirulina dan aloe vera yang sangat baik untuk sistem penghadaman kita juga membantu meningkat metabolisme badan.Baca entri di >> SINI untuk info lanjut tentang kandungan Green Fit :).


Apabila mengamalkan Green Fit boleh menghalang pembentukan serta menyingkirkan koprostasis (sisa najis lama yang sudah melekat di usus). Koprostasis ini punca kenapa berat badan susah nak turun walaupun kita dah mengamalkan senaman atau diet. Selain itu, koprostasis juga membebaskan toksin dan menjadi punca kepada pelbagai penyakit serius.


Selain Green Fit, bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan disyorkan mengambil pakej Green Fit + i-food. I-food merupakan makanan organik yang lengkap dengan pelbagai khasiat serta enzim yang diperlukan oleh tubuh.


Kebaikan I-food untuk program diet


RM190 (20 sachet)

Ramuan utama i-food terdiri daripada milk protein, isolated soy protein, physillium husk, wheatgrass, aloe vera, oat bran, kolustrum serta gabungan pelbagai jenis enzim buah-buahan.


I-food membantu dari segi:

  • meningkatkan kadar metabolisme
  • mengawal nafsu makan
  • mengawal penyerapan lipid dan bahan merbahaya daripada makanan
  • anti-oksida
  • mengawalatur paras kolestrol darah
  • menyingkirkan bahan toksik dari hati dan darah
  • mencegah hati berlemak



PAKEJ JIMAT GREEN FIT + I-FOOD

Harga Asal = RM605
Harga Pakej = RM414


Untuk order/pertanyaan, hubungi saya:
sms/call : 019-7583883 atau
PM : Rina Avail atau
emel : inspirasihatcantik@gmail.com

Salam ceria cemerlang,



Lempoyang Alternatif Rawatan Kanser Serviks


As-salam..:)


Sekumpulan penyelidik UPM telah berjaya menemukan rawatan kanser serviks menggunakan sejenis herba tempatan iaitu lempoyang atau nama saintifiknya zingziber zerumbet. Ini satu berita yang menggembirakan buat kaum wanita.


Sebatian lempoyang itu dibuktikan mampu pergi terus kepada sel kanser dan juga mampu merawat kanser serviks pada peringkat awal lagi. Kelebihan sebatian ini selain selamat (semulajadi tulen tanpa bahan sampingan) ia juga boleh membunuh sel kanser serviks secara terpilih tanpa merosakkan sel² normal yang lain malah boleh digunakan bersama² ubatan kemoterapi. Kumpulan penyelidik tersebut juga menyatakan hasil kajian mereka itu bakal dikomersialkan dalam bentuk cecair untuk mencuci faraj dan juga jenis yang dimasukkan ke dalam faraj.


Baguslah kalau macam tu, bolehlah kita kaum wanita menggunakan produk tersebut nanti sebagai langkah penjagaan untuk bebas dari kanser serviks. Untuk orang yang takut kena cucuk jarum (suntikan pelalian HPV) tentulah ini berita baik untuk mereka hehe. 


Lagi satu jangan lupa untuk menukar tuala wanita biasa kepada tuala wanita berherba yang lebih bermanfaat untuk kesihatan organ wanita kita. Soal pemakanan juga perlu diambil perhatian (contohnya jangan makan banyak kepak ayam) dan bersenamlah selalu.


Gambar dari google: Inilah rupa lempoyang 


Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy