PENCARIAN AGEN/PENGEDAR 2014 !!

Peluang anda untuk menjana pendapatan dengan menjadi sebahagian dari team kami sebagai agen dropship/agen berdaftar/pengedar kawasan.


Bimbingan, panduan dan latihan akan diberikan.

Whatsapp/telegram/sms : Rina (0197583883)/ Mohd Subha (0197299927) untuk info dan pertanyaan.



Tuala Wanita Daripada Kertas Recycle


Assalamualaikum..


Hari ini saya rasa macam nak cerita pasal kertas sebab isunya yang berkaitan dengan tuala wanita.



Cara pembuatan kertas dan bahaya dioksin


Saya rasa semua orang pun tahu kertas diperbuat daripada kulit kayu dan banyak proses yang melibatkan penggunaan bahan kimia untuk menghasilkan kertas yang berkualiti. Salah satu proses yang menjadi isu ialah proses pemutihan pulpa kayu tersebut. Kebanyakan pengeluar menggunakan gas klorin sebagai agen pemutih. Namun penggunaan bahan ini menghasilkan sejenis racun yang sangat berbahaya iaitu DIOKSIN.



Dioksin yang terhasil daripada proses pembuatan kertas tadi bukan sahaja mencemarkan air dan udara malah turut meresap ke dalam produk kertas itu sendiri. Walaupun pihak industri pulpa dan kertas menyatakan bahawa mereka telah menggantikan penggunaan gas klorin sebagai agen pemutih dengan ECF (Elemental Chlorine Free) atau TCF (Totally Chlorine Free) namun ECF bukanlah 100% bebas klorin (hanya mengurangkan sahaja); cuma TCF sahaja yang benar-benar bebas klorin. Sayangnya kebanyakan pengeluar memilih menggunakan ECF, sebahagian kecil sahaja yang menggunakan TCF disebabkan kos.



Dioksin punca perubahan hormon estrogen


Dioksin ialah sejenis hormone disruptors iaitu sejenis bahan yang mengganggu sistem hormon yang normal dalam tubuh manusia. Biasanya pengganggu hormon ini bertindak dengan menyamar sebagai hormon sebenar menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kesihatan. Hormon yang paling kerap diganggu oleh toksin ini ialah estrogen maka toksin ini juga digelar xenoestrogen yang dikaitkan dengan kanser payudara, endometriosis dan lain-lain masalah reproduktif wanita.



Tuala wanita daripada kertas recycle


Pernah terfikir tak tuala wanita yang anda gunakan diperbuat daripada kertas? Yang lebih parah, kertas buangan (sampah-sarap) yang direcycle jadik tuala wanita. Yang kemudiannya anda gunakan untuk letak di bahagian sulit bagi tempoh yang bukan sekejap.


Secara purata, setiap wanita menggunakan 15 000 keping tuala wanita sepanjang hidup mereka!


Kertas recycle yang dikumpulkan akan melalui proses pemutihan sekali lagi bagi membersih dan menggebukannya. Sekali lagi sisa dioksin mungkin tertinggal pada bahan kertas tersebut. Setelah siap proses ini barulah kertas-kertas yang gebu umpama kapas tadi dihantar ke kilang-kilang pembuatan tuala wanita dan juga lampin bayi.




Adakah sampah-sarap ini digunakan untuk membuat tuala wanita dan lampin bayi pakai buang?

Isunya di sini adakah kita sebagai pengguna dapat memastikan produk berasaskan kertas seperti tuala wanita pakai buang dan lampin bayi pakai buang manakah yang benar-benar bebas klorin dan bebas daripada sisa dioksin?? 


Dan pernahkah kita terfikir tuala wanita mungkin salah satu punca kenapa sekarang ramai wanita mengalami masalah seperti senggugut, endometriosis dan cyst? Yang kita tak tahu punca penyakitnya secara jelas?


notakaki:
Catatan adalah berdasarkan pembacaan dan pandangan saya sahaja yang mungkin terdapat kekurangan di mana-mana.




0 comments:

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy