Sebarang pertanyaan boleh
sms/whatsapp/wechat ke 0197583883


Rakyat Malaysia Paling Ramai Gemuk? Kira BMI anda sekarang!

KUALA LUMPUR - Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti dan tempat keenam di negara Asia Pasifik, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkara itu perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuk diabetes," katanya semasa menjawab soalan Dr. Tan Seng Giaw (DAP-Kepong).

Seng Giaw ingin tahu tahap penggunaan gula berlebihan di Malaysia berbanding negara lain dan tindakan yang diambil kepada pihak-pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Rosnah berkata, kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.


sumber : Kosmo!


Adakah kita sebahagian dari golongan yang diancam kegemukan atau obesiti?


Jom kira BMI sekarang.



The BMI is determined with the formula weight in kilogramm divided by height to square. To make it easy for visitor of your web page to calculate the Body Mass Index (BMI), use the BMI Script by BMI-Club in your web page . Allow me to call your attention to BMI.
Thank you for using the Body Mass Index calculator of BMI-Club.



<18.5 menunjukkan anda kurus/kurang berat badan
18.5 - 24.9 normal
25 - 29.9 berat badan berlebihan
>30 obesiti


Nilai BMI ini hanya sekadar rujukan sahaja. Bagi kanak-kanak, orang tua dan ibu hamil nilai ini tidak boleh dijadikan rujukan. Begitu juga dengan mereka yang berotot seperti atlet kerana BMI melebihi 30 juga tidak bermakna golongan ini mempunyai masalah obesiti. Dapatkan nasihat lanjut daripada doktor/pakar.


Rasanya mengapa rakyat Malaysia jadi gemuk/obesiti?


Fikir-fikirkan. Ubah cara pemakanan, rajin bersenam dan ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat.


Rakyat sihat negara maju :)




Salam Ceria Cemerlang,
tel.:019-7299927/019-7583883
http://inspirasihatcantik.com


0 comments:

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy