BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Kenapa Saya Jual Tuala Wanita?


Assalamualaikum..




Nak tahu tak kenapa dalam banyak-banyak bisnes kecil yang ada saya pilih jual tuala wanita, FC Bio Sanitary Pad. Jenama inilah yang saya pilih untuk jual sebab saya guna dan kesannya baik untuk diri sendiri  serta jenama ni sajalah yang bagi peluang orang persendirian macam saya untuk berniaga tuala wanita. Sebenarnya dah lama saya berangan nak buat bisnes yang mudah, tak pakai banyak modal, rendah risiko dan tak perlukan saya pegi kelas kemahiran.


Mungkin ada yang anggap jual tuala wanita memalukan, takda kelas dan tak menarik langsung. Tapi biar saya cerita sebab-sebab bisnes ini lebih menarik perhatian saya berbanding bisnes benda-benda lain. 


Sebab saya wanita.

Rugilah kalau tak ambil peluang untuk jual. Dah tentu setiap bulan saya kena pakai benda ni. Alang-alang dah ambil stok banyak (beli secara pakej) saya juallah sekali dengan jiran-jiran dan kawan-kawan. Kalau dulu beli tuala wanita di pasaraya saya tak dapat apa-apa tapi sekarang dapatlah sikit duit poket untuk belanja dapur. Kalau rajin dan usaha lebih sikit dapat supply ke kedai atau farmasi. Taraf kita dah nampak up sikit dah tu. Jadi supplier. Cara-cara nak masuk farmasi ini akan diajar kalau anda jadi rakan pengedar saya.


Produk keperluan bukan kehendak.

Setiap bulan wanita dewasa yang sihat dan belum menopaus pasti akan keluarkan duit untuk beli tuala wanita. Mungkin anda kata di tempat anda dah banyak jual FC Bio Sanitary Pad ni jadi siapa yang nak beli dari anda? Saya rasalah stok yang ada dalam tangan anda takkan mampu nak menampung permintaan semua wanita yang ada di tempat anda tu. Silap-silap stok yang ada habis anda guna sendiri saja (kalau anda lelaki, ahli keluarga anda yang perempuanlah guna).


Bukan produk bermusim.

Jual kuih raya memang meletup kalau musim raya. Itu contoh produk bermusim. Tapi kalau jual tuala wanita tak kira musim raya, bulan puasa, musim panas atau musim hujan memang orang cari tak kira masa. Selagi wujud wanita di dunia selagi itulah ada permintaan kepada produk tuala wanita.


Produk tak reput atau basi.

Ambil stok banyak-banyak tapi lepas tu malas nak jual. Ini kes hangat-hangat tahi ayam lah ni. Tapi takda apa yang nak dirisaukan. Cepat atau lambat habis, produk jualan anda iaitu tuala wanita tetap boleh bertahan. Lainlah kalau anda berniaga nasi lemak atau kuih-muih. Lambat jual barang basi. Dah tentu rugi.


Jualan ulangan.

Best jual tuala wanita ni sebab dah memang pasti orang yang sama akan beli lagi dari kita bulan depannya. Maknanya jual tuala wanita ni bukan sekali saja. Tapi dapat jual kepada orang yang sama banyak kali. Pandai-pandailah anda nak jadikan mereka pelanggan tetap anda. Silap-silap sampai menopaus mereka jadi pelanggan tetap. Lama tu.


Modal rendah dan zero risiko.

Setiap bisnes ada risikonya. Orang kata kalau nak berjaya kena berani ambil risiko. Tapi macam keterlaluan tak kalau saya kata bisnes tuala wanita FC Bio ni zero risiko? Modalnya memang sangat rendah. Serendah RM160. Modal yang paling besar pula cuma dalam RM6 ribu tapi stok yang anda bakal miliki bernilai RM13 ribu yang boleh ditukarkan menjadi wang bila-bila masa. Anda risau barang tak habis? Mustahil tak habis. Lebih-lebih lagi kalau anda pun wanita macam saya. Cuba baca balik sebab-sebab di atas kenapa saya kata jual tuala wanita boleh dikatakan zero risiko.


Tak perlu kemahiran.

Nak jual kek atau ambil upah jahit manik misalnya perlukan kemahiran. Kalau tak reti kena belajar dulu. Praktis hari-hari sampai mahir baru berani jual servis. Semua perlukan masa. Kalau anda memang berjari emas tak ada masalah. Tapi bagi orang-orang yang berjari keras (macam saya) dan tak ada masa nak pegi belajar sampai mahir (alasan lah tu kan) tapi masih ada hati nak cari duit dengan berniaga kita jual sajalah produk yang senang jual macam FC Bio Sanitary Pad ni kan. Hari ini ambil stok esok dah boleh jual dah. Senang.


Tak perlu demo dan bercakap banyak.

Sesetengah produk kalau nak jual kena demo dulu. Kena cakap banyak untuk cerita kelebihan. Silap haribulan demo sampai berbuih mulut belum tentu orang nak beli. Jual tuala wanita lebih mudah. Tak payah nak demo cara guna. Tak payah cakap banyak. Paling teruk pun anda cuma kena buka mulut tentang kelebihan FC Bio Sanitary Pad saja. Kalau malu juga nak bercakap tunjukkan saja mereka blog saya ni atau beri mereka buku FC Bio Sanitary Pad tu (harganya RM3). Biasanya orang tak berapa gemar nak berniaga sebab kena bercakap. Kalau bercakap merapu memang seronok tapi bila kena bercakap untuk promo barang memang tak seronok. 


Macam mana? 


Bila tulis macam ni bukanlah saya bermaksud jual tuala wanita paling baik atau lebih baik berbanding jual benda lain. Saya cuma nak kongsi dengan anda satu bisnes yang mudah dan bermodal rendah yang sesuai untuk sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi kalau anda tak pernah ada pengalaman berniaga dan takut berhadapan dengan sebarang risiko dalam berniaga. Jual tuala wanita mungkin satu titik permulaan untuk anda belajar cara-cara berniaga dan menjadi seorang usahawan satu masa nanti.





Salam Ceria Cemerlang,

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy