BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Kenapa Banyak Bisnes Kecil Gagal?


Assalamualaikum..

Saya amat tertarik dengan entri yang ditulis oleh Mommy Lyna dari blog MySuperKids ni. Entri beliau sangat bagus untuk saya dan mungkin boleh jadi panduan kepada anda di luar sana yang mungkin nak berjinak-jinak dalam perniagaan kecil-kecilan seperti yang saya buat sekarang ini (jual produk Avail).


Jom kita baca apa yang dikongsikan. Entri ni saya dah mintak izin mommy Lyna untuk copy di blog saya tau! Kalau ada tulisan yang italic tu maknanya saya mencelah lah tu.


Bisnes kecil yang saya maksudkan ialah bisnes yang berskala ‘pendapatan sampingan’ dan ‘kerja dari rumah’ atau ‘bisnes sambilan’ yang dibuat dengan modal kecil atau mungkin tak ada modal langsung. Sama ada bisnes ‘brand’ sendiri, jual barang orang, jual produk MLM macam saya atau apa saja.


Ada yang memulakan bisnes sekadar suka-suka (mungkin datang dari hobi), ada yang serius untuk persediaan berhenti kerja, ada yang asalnya memang tak kerja (misalnya SAHM) dan berhasrat nak tambah pendapatan dan sebagainya. Macam saya juga lah. Saya tak bekerja kerana memang berhasrat nak membesarkan anak dengan tangan sendiri. Tapi, hakikatnya, tak semua yang buat bisnes kecil-kecil ni berjaya, dengan kata lain, dapat perolehan atau untung. Ramai yang sebenarnya yang tiap-tiap bulan korek tabung sendiri untuk bisnes.



Persoalannya kenapa jadi macam tu?

1. Tidak ada tujuan dan objektif jelas semasa mula bisnes

Biasanya yang terperangkap dalam MLM haram jadah dari jenis yang macam ini. Hanya sebab gelap mata dengan tawaran dari upline MLM tu, terus nak join tanpa ragu-ragu. Lepas dah bagi duit barula nampak mak oiii bukan senang nak dapat ribu-ribu macam mereka duk cakap-cakap tu rupanya… Last-last terpaksa letgo stok dengan harga lebih rendah dari modal, asal dapat cover sikit-sikit jadilah…

Yang ‘brand’ bisnes sendiri pun, mula-mula bisnes cuma ingat nak untung je. Planning takde, target takde, cuma ada stok tapi marketing entah ke mana. Last-last buntu. Akhirnya fed-up dah nak berbisnes.

Apa-apa pun kita kena ada plan yang jelas. Paling cikai pun apply konsep ASIDIBIBAM = Apa, SIapa, DI mana, BIla, BAgaiMana… Macamana nak apply tu lu pikir lah sendiri, kata Nabil.


2. Tidak ada exit strategy

Dah buat bisnes tak untung-untung (rugilah tu), tak ada mitigation plan. Dari awal sepatutnya kita dah rancang exit strategy. Kalau dah berbulan-bulan tak nampak bayang keuntungan, bersedia dengan mitigation plan, atau plan B ke plan C ke. Exit strategy tak bermakna kena berhenti terus buat bisnes (itu pun salah satu elemen jugak), tapi apa langkah-langkah yang perlu untuk mengatasi masalah bisnes tak jalan-jalan.

Sebelum mula bisnes, fikirkan dulu exit strategy, jangan biar sampai dah terdesak. Kalau dah terdesak, ‘exit strategy’ ad-hoc adakalanya jadi.. ‘jatuhkan orang lain, kalau aku tak dapat, orang lain pun tak boleh berjaya’. Jangan macam tu.. keji dan hina betul tindakan macam ni.


3. Tidak monitor akaun bisnes dengan sistematik

Misalnya campur-aduk duit bisnes dengan duit sendiri dalam satu akaun. Sudahnya semua duit jadi wang belanja. Duit bisnes keluar-masuk tak di-track. Untung ke tak untung ke, tak ada siapa tahu. Nak beli stok baru, ambil duit dari akaun yang sama. Sudahnya tak tahu yang mana satu. Sudahnya bisnes nak kata untung ke tidak, dia sendiri pun tak tahu.

Sebaiknya diasingkan duit bisnes dengan duit sendiri. Kalau ada registered company, buka akaun atas nama syarikat supaya lebih mudah nak monitor duit keluar-masuk.


4. Tidak monitor bisnes dengan sistematik

“It’s not personal, it’s just business” kata Donald Trump. Urusan peribadi dan urusan bisnes tak sepatutnya kita satukan. Maksud satukan urusan peribadi dengan bisnes ni… misalnya kita tak catit berapa suap nasi kita makan hari ni, so urusan bisnes pun kita main lepas laku macam tu tanpa ada rekod. Tak boleh, tak boleh… kena ada rekod untuk bisnes. Ini penting untuk kita buat penilaian nanti. Kalau kita sendiri pun tak tahu apa jadi dengan bisnes.. inventory takde, rekod keluar-masuk takde… sudahnya barang hilang pun kita tak tahu. Menanggung rugi tanpa disedari…


5. Jadi hamba kepada bisnes sendiri

Bisnes ni bukan sekadar ‘tak kerja bawah orang, buat apa yang kita tahu dan suka’. Ada banyak sangat elemen – pembuatan, pengurusan, pemasaran, etc-, ia macam seketul iceberg yang besar. Kita cuma nampak hujungnya saja yang timbul kat atas permukaan laut, tapi bahagian yang besar tu kat bawah sana. Pembuatan tu termasuk dalam perkara-perkara kat bawah sana. Sangat-sangat penting tapi tak perlu nak menonjol. Bisnes ni sepatutnya memudahkan kita, jadi kita boleh tumpu pada bahagian atas iceberg – pengurusan dan pemasaran. Kalau semua nak buat sendiri, akhirnya bukan kita tak jadi bisnesman/woman, tapi pekerja kepada bisnes sendiri. Lagi penat – nak kena ‘buat’, nak kena monitor, nak kena market, blablabla, last-last exhausted – baik terus makan gaji je kot?


6. Tak buat persediaan dari segi ilmu perniagaan

Ini sepatutnya jadi nombor 1 kot. Ramai yang percaya kita boleh berjaya secara street smart – lalui sendiri & belajar melalui pengalaman. Memang betul, cara begitu lebih senang nak belajar. Memang manusia lebih mudah belajar dari kesilapan. Tapi cari ilmu itu sangat penting, supaya bila kita dah terantuk, tahulah bagaimana nak tergadah. Orang tak berjaya bukan makna dia gagal, itu adalah proses belajar. Tapi kena pandailah ambil pengajaran dengan positif. Cikgu saya pesan ‘One step backward is two steps forward’. Semakin tinggi kita jatuh, sepatutnya semakin tinggi kita melantun, bukan terus patah kaki tak bangun-bangun.


7. Niat dan cara berniaga yang tak betul

Tahu, dan duk canang 9/10 dari pendapatan adalah perniagaan. Konon ikut sunnah. Tapi part tu je yang ikut seruan Rasulullah. Bila meniaga, style ambil kesempatan, tindas orang, tak jujur, bersaing secara tak sihat, zakat tak bayar, sedekah tidak, amal ibadah tah ke mana, nampak untung aje…

Kembalilah kepada yang asas… Meniagalah seperti para sahabat, untuk faedah ummah. Bila berniaga ni sebenarnya (sepatutnya) kita lebih dekat dengan Tuhan, yelah, bukan macam makan gaji, tiap-tiap bulan kalau tak buat kerja pun (selagi tak kena pecat), gaji masuk je.

Walau bagaimana pun memang seronok ada bisnes kecil-kecilan ni. Banyak benda baru boleh belajar, banyak jaringan boleh dibina. Yang lebih menarik bila kita sama-sama berkolaborasi dengan mereka yang menjalankan bisnes kecil-kecil (dan besar-besar juga). Tak perlu nak saling menjatuhkan.. bila kita bersama-sama, lebih banyak peluang yang terbuka untuk kita. 


Macam mana? Banyak kan yang boleh kita belajar dari tips yang diberi ni.




Salam Ceria Cemerlang,

5 comments:

Shahrul Hairy Shaharuddin

Assalamualaikum,

bagus post ini, saya sangat menghargai penulisan yg berkenaan tentang bisnes ini, sebab saya juga bisnes kecil2an.

Main bisnes saya photography, tapi ada cabang2 bisnes lain yg saya turut buat. Dulu saya jual produk, but keinginan saya bertukar bila saya mendapat sebuah kamera =D

nice meet your blog! keep it up..

yours
SH

Sobri Mansor

Nak berniaga tak semudah macam kopek kulit kacang. Kena lengkap dari semua segi walaupun kecil-kecilan ataupun berniaga produk syarikat MLM.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

Waalaikumsalam..

Terima kasih SH..post ini pun asalnya dari idea mommy lyna..seronoklah SH sebab buat hobi yg mendatangkan pendapatan :)

aston

bgus entri nie...tips yg baik...terima kasih banyak...

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy