PENCARIAN AGEN/PENGEDAR 2014 !!

Peluang anda untuk menjana pendapatan dengan menjadi sebahagian dari team kami sebagai agen dropship/agen berdaftar/pengedar kawasan.


Bimbingan, panduan dan latihan akan diberikan.

Whatsapp/telegram/sms : Rina (0197583883)/ Mohd Subha (0197299927) untuk info dan pertanyaan.



Hargai 'V' Kamu Wahai Wanita


As-salam semua :).


Selamat Hari Wanita!


Sebagai wanita kita harus tahu menghargai diri kita sendiri. Selain menjaga kesihatan, kecantikan luar dan dalam jangan dilupakan penjagaan alat sulit atau vagina.


Penjagaan vagina amat penting kerana dari situlah keluarnya darah haid, hubungan seks, kehamilan dan seterusnya proses kelahiran bayi. Disebabkan kepentingannya bahagian ini haruslah dititikberatkan kebersihannya. Ini disebabkan bahagian sulit sangat sensitif pada perubahan persekitaran.


Ramai wanita seawal usia remaja mengalami masalah pada vagina seperti mengeluarkan bau, kegatalan, mengeluarkan lendir luar biasa berwarna kekuningan atau kehijauan serta mengalami bengkak. Situasi ini menyebabkan ketidakselesaan pada si empunya tubuh juga boleh menjejaskan hubungan kelamin seterusnya menimbulkan konfik dalam rumahtangga. Wajah cantik atau tubuh menggiurkan saja tidak cukup untuk menjamin rumahtangga yang bahagia.


Vagina yang tidak bersih juga mudah dijangkiti kuman dan sekiranya dibiarkan tanpa rawatan boleh merosakkan tiub falopio. Sekiranya ini berlaku akan menghalang proses untuk mendapatkan zuriat.


Cara penjagaan vagina :

  • Membersihkan bahagian luar kemaluan selepas buang air kecil/besar, sebaik-baiknya dengan menggunakan air sahaja. Pencuci faraj yang banyak dijual di pasaran mengandungi pewangi yang tidak elok untuk kesihatan vagina dan kemungkinan boleh mengubah pHnya.
  • Kerap menukar tuala wanita ketika haid. Ini disebabkan tuala wanita adalah medium terbaik untuk kuman membiak. Darah kotor dan kelembapan menyumbang kepada keadaan tersebut. Saya cadangkan penggunaan FC Bio Sanitary Pad yang 100% daripada kapas, mengandungi herba untuk merawat, bebas pewangi serta telus udara.
  • Elak mengamalkan douching (memasukkan jari atau memancutkan air ke dalam alat kelamin untuk tujuan pembersihan) kerana perbuatan ini akan menyingkirkan bakteria lactobacilli di samping mendedahkan vagina dan bahagian luarnya kepada bahan kimia yang boleh mengundang iritasi kulit.
  • Pasangan suami isteri digalakkan membersihkan alat kelamin dengan air sebelum dan selepas hubungan kelamin.
  • Amalkan membuang air kecil lebih kurang setengah jam selepas hubungan kelamin untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman pundi kencing. Menggunakan FC Bio Pantiliner selepas hubungan kelamin juga digalakkan.
  • Elak memakai pakaian dalam sintetik yang terlalu ketat. Apabila tiada peredaran udara, kulit akan berpeluh dan menyebabkan kelembapan dan akan menyebabkan pembiakan kuman.
  • Jangan malas menukar pakaian dalam terutamanya ketika hari-hari mengalami keputihan (normal ketika hampir datang haid). Sebaiknya menggunakan FC Bio Pantiliner yang memberi kesan sejuk dan berherba sesuai untuk mencegah jangkitan kuman.



Salam Ceria Cemerlang,




8 comments:

puanbee

betui nih semua ..uit bisnes yer :)

puanbee

rina bee nak bincang sikit dengan rina nih boleh tak ?

email bee : tie2kay@gmail.com berminat lah nk jd ahli tp apa2 pun kena bincang dulu

mykhalis

nada jaga elok2 wahai kaum wanita..suami akan gembira..wahahahaha

aque

besh.. thanks....

p/s: ade juge hamzah ian kat sini.. huhuhuhu

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy