BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Tidak Suka MLM Tapi Memilih Produk MLM Untuk Berniaga?

Assalamualaikum..

Lama saya tak menulis apa-apa di sini. Bukan bermakna sudah tidak aktif cuma kekangan masa sahaja. Hari ini saya cuma hendak berkongsi kisah saya dengan perniagaan Avail ini.

Bagaimana saya boleh melibatkan diri dengan Avail?

Secara peribadi saya langsung tidak berminat untuk menyertai mana² syarikat berbentuk multilevel atas dasar mengaut keuntungan berlipat ganda.

Pada mulanya saya merancang untuk membuat perniagaan secara online memandangkan saya seorang SAHM. Dalam mencari produk yang sesuai diniagakan saya diperkenalkan oleh seorang rakan untuk mencuba FC Bio Sanitary Pad keluaran syarikat Avail. Setelah mencuba dan merasakan sendiri kebaikan produk ini kepada diri saya maka saya jadi berminat untuk memilih produk ini untuk diniagakan.

Bermula dari situ saya sekeluarga turut menggunakan produk² lain yang ada seperti Green Fit, I-food, I-kids, Woman Lobata dan Man Plus serta tidak ketinggalan Cappucino Tongkat Ali.

Bagaimana saya mendapat keuntungan melalui Avail?

Pertama dengan menjadi pengguna. Syarikat Avail ada mengeluarkan pelbagai produk yang sememangnya merupakan keperluan kami sekeluarga. Daripada saya mengeluarkan wang untuk membelinya di pasaraya lebih baik saya membelinya di sini. Saya mendapat kelebihan diskaun dengan harga ahli.

Sebagai contoh:

FC Bio Sanitary Pad
Ini adalah keperluan saya sehingga mencapai usia menopause kelak.

I-kids
Selama ini saya memang menjadikan supplemen untuk anak² sebagai keperluan.

Green Fit
Beberapa kali dalam setahun kami mengamalkan supplemen fiber untuk menjamin kesihatan usus.

Cappucini Tongkat Ali
Minuman untuk suami saya ketika bersarapan sebelum pergi bekerja.

Woman Lobata
Sebagai wanita saya juga mementingkan kecantikan dalaman dan luaran demi kebahagiaan rumahtangga.

I-food
Sebagai ibu yang sibuk saya memerlukan supplemen lengkap demi kesihatan.

Man Plus
Suami saya juga memerlukan supplemen memandangkan beliau memerlukan lebih tenaga bagi menanggung beban kerja yang berat.

Selain daripada produk di atas Avail juga mengeluarkan produk seperti sabun cuci kain dan gincu. Tidak lama lagi ubat gigi pun ada. Barangan ini kesemuanya adalah keperluan.


Kedua adalah dengan menjual produk² ini. Menjadi surirumah bukanlah bermakna saya tidak boleh mempunyai pendapatan sendiri bukan?


Dan yang ketiga apabila pelanggan kami berminat untuk turut serta menjadi rakan niaga. Namun kami tidak pernah menggunakan konsep pujukan atau paksaan. Kalau berminat barulah kami tawarkan peluang.

Bagaimana saya menjalankan bisnes Avail?

Selain berniaga secara online saya dan suami juga turut mengembangkan perniagaan ini secara offline. Saya lebih menumpukan kepada online manakala suami pula lebih kepada offline.

Kami menghantar produk ke farmasi dan juga menjual kepada pelanggan secara terus. Bagi tujuan pemasaran kami membuat iklan, flyers serta menyewa tapak untuk booth jualan sekiranya ada program atau pesta yang berdekatan dengan kediaman kami. Melalui kesemua cara ini kami mendapat pelanggan biasa dan juga pelanggan yang suka menjadi rakan niaga sekiranya mereka berminat dan dapat melihat potensi perniagaan ini di masa akan datang.

Apalah untungnya memilih produk MLM untuk berniaga?

Bukankah menguntungkan kerana kita bukan sahaja boleh menjadi pengguna/pelanggan malah berpeluang untuk berniaga juga? Contohlah, anda menjadi pelanggan di sebuah gerai cendol yang sedap dan bercadang untuk membuka gerai cendol juga. Anda rasalah peniaga cendol tersebut akan sukakah kehadiran anda sebagai pesaingnya? Ataupun mahukah dia memberi resipi cendol sedapnya kepada anda supaya anda boleh niagakan cendol tersebut di tempat lain? Tentulah tidak bukan. Di sinilah bezanya perniagaan konvensional dengan perniagaan multilevel yang lebih kepada perkongsian (tapi berhati²lah kerana ada sesetengah syarikat multilevel yang sebenarnya lebih kepada money game).

Modal yang kami keluarkan pada permulaan perniagaan serta modal pusingan setiap bulan juga tidaklah sebesar mana. Kami dapat bekerja secara berkumpulan dengan downline kami namun mereka sebenarnya tidak pernah dianggap sebagai downline tetapi lebih kepada rakan niaga. Bersama² kami cuba memasarkan produk dan kadang-kala berkongsi modal dalam membuat pengiklanan serta menyewa tapak booth.

Lagi satu yang bestnya, dalam perniagaan seringkali kita menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang kadang-kala boleh melunturkan semangat. Namun dengan semangat kerjasama berkumpulan motivasi dalam diri sentiasa tinggi. Jadi takdalah kita berniaga sekerat jalan sahaja. Yang penting haruslah jujur dan tidak menipu orang ramai dengan menyatakan "sertailah MLM kami kalau hendak mengubah nasib anda" atau "duduk goyang kaki duit masuk ribu²" atau propaganda lainnya. Hakikatnya, semua perniagaan pun ada getirnya cuma berbeza dari segi modal dan bentuknya sahaja.



Salam Ceria Cemerlang,

7 comments:

juanita

ye setuju sgt. bg saya produk mlm tu ok. yg mjadinye tidak ok adalah ahli2nya

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty

betul..mereka yg mcm ginilah yg memburukkan nama sykt MLM yg jujur..

gadisBunga

ic....avail tu rupanya nama company.. :D

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine

sistem MLM level sebenarnye betol... tapi yang membuat kan nama MLM ni busuk ialah ahli2 yang terlampau memaksa org len menjadi downline die

Mr.gOOgle

Saya setuju dengan pendapat Taufiq dan Rina .Perniagaan MLM tu sebenarnya untuk menaikkan semangat dan produktiviti dikalangan ahli .Sekaraang ni pun perniaggan topup pun dah gunakan konsep MLM .Sebab tu la peniaga topup tak risau dengan pesaing teruamanya di kawasan bandar.untuk lebih info ada di www.mysupertopup.wordpress.com

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy