BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Berakhirnya Pesta Buku&Coklat..Memang Seronok Berbisnes Seperti Ini

Minggu untuk berpesta coklat dan menjadi ulat buku sudah berakhir. Walaupun tak ikut tema, adik² di UTM tetap gigih membuka booth Avail. Ok, memang nampak macam tak masuk tema. Kaitan apakah buku dan coklat dengan pad herba dan green fit? Semangat berniaga mereka memang sangat dikagumi. Kali ini saya tak turun padang sangat memandangkan bilangan orang yang berniaga telah pun bertambah. Ketika pameran Food, Health&Beauty beberapa minggu lepas cuma ada kami berempat. Sekarang sudah bertambah lagi beberapa orang. Jadi mereka bergilir² menjaga booth mengikut kelapangan kelas masing².

Mereka memang gigih. Hari ini dua orang daripada mereka dah pun bertolak ke Melaka bersama² suami saya untuk Avail rally. Yang lain tak ikut bersama kerana mereka buka booth lagi untuk pameran kesihatan lain pula anjuran kolej. Mereka masih muda dan sibuk dengan pelajaran tapi sangat berminat mencari pengalaman dalam bidang keusahawanan seperti ini. Sungguh, saya pun tak segigih mereka ketika belajar di UTM dulu.

Saya? Tinggal saja di rumah. Berniaga bersama suami memang seronok. Boleh bahagi² tugas. Tugas saya di rumah sahaja - menjawab panggilan telefon, menghadap komputer dan menguruskan pesanan pelanggan. Lagipun saya yang mahu begini. Sentiasa dekat dengan anak². Memanglah Avail ini sejenis perniagaan MLM tapi kerja saya bukanlah memburu downline siang dan malam. Saya hanya membuat kerja paling asas dalam berniaga - menjual produk dan kalau² ada yang berminat nak berniaga produk sama macam saya sangatlah dialu²kan.

Di sini sebenarnya kelebihan perniagaan bercorak multilevel (yang jujur). Sekiranya ada orang lain punya minat sama nak jual produk yang sama macam kita sangat kita senang hati. Kita gunakan produk - kita suka produk tu - kita promosikan - orang lain beli dapat juga kita untung. Kalau dalam konsep perniagaan lain ada orang nak jual produk sama macam kita sedikit sebanyak rasa tergugat tak? Maklumlah pesaing bertambah. Ataupun kita suka sesuatu produk - kita promosi secara tak sengaja - orang berminat nak beli juga - kita buat kerja percuma sebab untung orang lain yang dapat. Betul tak? Jadinya, suka saya mengingatkan bukan semua perniagaan multilevel itu buruk. Masih ada yang jujur. Kalau berminat dengan perniagaan MLM pilih yang benar². Kalau nampak macam aneh, contohnya:

"hei, kamu pergi cari 5 orang ajak dia jadik business partner kamu..dengan sekian² punya modal dia laburkan..kau akan dapat untung sekian²"

(what??? carik orang aje boleh dapat untung?)

"hei, kamu tak payah susah² jual barang.."

(oh, bisnes apakah yang tiada produk atau servis?)


[apabila berniaga memanglah kerana mahukan wang tapi bukanlah kerana wang semata²]





notakaki: 
Saya bukannya mahir sangat dalam bidang perniagaan apatah lagi perniagaan berkonsepkan MLM tapi di sini banyak kemahiran berniaga boleh dipelajari.


0 comments:

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy