BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Lelaki Ini..Azman Bidin


Mungkin ada yang tak kenal siapa lelaki ini. Memanglah tak kenal kalau tak terlibat dengan bisnes Avail. Sejujurnya saya juga belum berkesempatan untuk bersua muka dengannya dan mendengar ucapannya kerana lazimya partner terdekat saya iaitu suami yang akan pergi event di luar kawasan. Komitmen sebagai ibu kepada anak2 yang masih kecil adalah lebih utama menyebabkan saya banyak berada di rumah dan menguruskan hal2 lain berkaitan perniagaan. Apa pun, hasil yang suami dapat daripada event yang dia hadiri pasti dikongsikan bersama saya. Secara peribadi saya kagum dengan lelaki ini, Azman Bidin.

Beliau memulakan perniagaan pad herba Avail ketika produk tersebut belumlah popular. Walaupun pada ketika itu beliau memegang jawatan sebagai akauntan namun beliau masih berkeinginan menjual tuala wanita. Padanya, yang pelik itu peluang. Beliau bermula dari bawah tanpa sebarang bantuan serta tanpa sebarang marketing tools malah tulisan pada pek pad herba Avail ini masih berbahasa cina (produk ini kilangnya di China). Namun beliau jelas dengan apa yang beliau lakukan dan yakin bahawa tuala wanita Avail, FC Bio Sanitary pad mampu menjadi pesaing kepada tuala wanita sedia ada.

Azman Bidin, seorang lelaki.. yang pernah memiliki jawatan tinggi mampu mendapat kehidupan yang lebih baik daripada apa yang pernah beliau kecapi kerana beliau berpandangan jauh. Jangan iri hati kepadanya tapi jadikan beliau sebagai inspirasi. Kita mungkin melihat kesenangannya hari ini tapi kita tidak tahu kepayahan yang beliau tempuhi sebelum mencapai apa yang diimpikan. Kebanyakan dari kita terlalu gopoh hendak kaya sedangkan Avail bukanlah skim cepat kaya tapi melalui Avail tak mustahil boleh jadi kaya kalau kuat berusaha (bukan usaha tipu orang yer). 

Mencari ilmu itu tidak semestinya di universiti sahaja. Menghadiri ceramah seperti ini juga satu jalan mendapatkan ilmu. Malah sangat realistik kerana bukan teori bisnes yang akan kita pelajari tapi satu pengalaman sebenar yang tak boleh ditukar ganti. Apalagi, jom ramai2 hadirkan diri. Buka minda. Buang sangka negatif. Lihat dari perspektif sendiri..;)

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy