BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Cara Cuci Pad Herba..Senang Je!

Kepada yang pertama kali gunakan pad herba ni diaorang selalu kata susah nak cuci. Tapi cuba kita fikir. Pada pendapat saya..pendapat saya taw..mungkin tak sama pendapat dengan orang lain ok..


Tuala wanita biasa yang diperbuat daripada kertas recycle yang dilunturkan dengan klorin mungkin penyumbang kepada banyak masalah kewanitaan seperti keputihan, senggugugut, fibroid, cyst dan tak mustahil kanser. Apabila dah sakit kita tentunya kena selalu berulang-alik pergi hospital nak jumpa doktor, ambil ubat, ambil suntikan dan lebih parah kena buat operation. Bagi saya itu lebih menyusahkan..anda?


Jadi pada pendapat saya, daripada kita susah kemudian hari lebih baik susah sekejap. Sebenarnya bukan susah pun nak cuci pad herba ni..meh saya ajar:

  1. Mula-mula koyakkan bahagian atas pad tersebut
  2. Buangkan isi dalamnya ke dalam mangkuk tandas (dun worry tak sumbat punyalah sebab bahannya bukan kertas tapi gel)
  3. Lapisan luar pad tu cucilah bersih-bersih dengan air
  4. Dah cuci, buangkan ke dalam tong sampah
Yay..senang je kan..:)

Gambar pinjam kat Mr. Google

Pad Herba Avail: 3 Sebab Wanita Perlukannya


Wanita di luar sana, sudah tiba masanya untuk anda memilih FC Bio Sanitary Pad keluaran Avail, tuala wanita alaf baru yang dihasilkan dengan menggunakan kaedah BIOTEKNOLOGI, BERUBAT dan mempunyai SIJIL ANALISA PRODUK (tuala wanita biasa yang di pasaran tu tiada semua kelebihan ini tau).


Adakah wanita memerlukan pad herba Avail ini dalam hidup mereka? Jawapannya tentu sekali sebab:



FC BIO MELINDUNGI, MERAWAT dan MENCEGAH

Masalah Keputihan



Sepanjang usia reproduktif terdapat masa-masa tertentu wanita amat memerlukan pantiliner iaitu terutamanya ketika dilanda masalah keputihan. Berbanding memakai pantiliner biasa yang hanya berfungsi melindungi tetapi FC Bio Pantiliner bukan sahaja melindungi tetapi dapat merawat kerana FC Bio Pantiliner mengandungi herba dan telus udara serta memberi kesan dingin.


Keputihan yang banyak juga kadangkala menimbulkan bau kurang enak.  Bau busuk ini boleh diatasi dengan FC Bio Pantiliner. Memilih pantiliner biasa yang ditambah dengan bau-bauan harum (scented) bukan sahaja tidak mengatasi masalah wanita tetapi memburukkan lagi keadaan.


Masalah Senggugut




Masalah yang membelenggu ramai wanita. Bergantung kepada pengambilan pil tahan sakit boleh memburukkan kesihatan wanita dalam jangka masa panjang. Bagi yang menghidap penyakit ini, FC Bio Pantiliner perlu dipakai dengan kerap sebelum period dan gunakan pad herba day atau night ketika period (perbezaan day dan night ialah kepanjangannya). Penggunaan pantiliner perlu diteruskan sehinggalah senggugut pulih sepenuhnya, barulah boleh dikurangkan sedikit demi sedikit jumlah yang perlu dipakai setiap hari. Tempoh kesembuhan bergantung kepada tubuh seseorang; ada yang sembuh cepat dan ada juga yang lambat sedikit.


Dari sudut kesihatan sebenarnya pantiliner (baca jenama biasa) tidak digalakkan untuk dipakai setiap hari. Kenyataan ini saya terbaca dalam akhbar hari Ahad (ruangan kesihatan) baru-baru ini. Mengapa agaknya ya? Mari fikir-fikirkan.


Namun sebaliknya bagi FC Bio Pantiliner kerana ianya diperbuat daripada 100% kapas, telus udara dan berubat. Kapas - sudah saya terangkan dalam entri terdahulu mengapa produk feminin perlu berasaskan kapas; telus udara - sangat penting kerana pantiliner biasa mengakibatkan kepanasan dan seterusnya melembabkan bahagian sulit wanita yang boleh mengakibatkan pembiakan bakteria (banyak penyakit lain pula yang muncul selepas itu); berubat - kelebihan yang sudah pasti tiada pada pantiliner jenama biasa.


Berpantang


Selepas bersalin terutamanya yang menjalani episiotomi semasa melahirkan memerlukan FC Bio Sanitary Pad jenis night (pek merah) sebagai salah satu produk penjagaan kerana mempunyai herba yang mampu memulihkan luka dengan cepat. Darah nifas juga akan cepat kering. Bagi wanita yang melahirkan secara caesearean juga elok menggunakan Fc Bio Pantiliner atau Fc Bio Sanitary Pad (day) kerana boleh menyedut angin perut. Seperti yang kita maklum, wanita yang melahirkan secara pembedahan ini tidak bertungku jadi sebagai gantinya gunakan pad herba Avail untuk mengatasi kembung (wanita dalam pantang mudah kembung).


Bagi mereka yang masih sihat walafiat, tiada salahnya juga untuk mula bertukar kepada FC Bio Sanitary Pad ini kerana tuala wanita pakai buang jenama biasa tidak dapat menjamin kesihatan kewanitaan anda dan mungkin menjadi punca kepada penyakit. Mencegah bukankah lebih baik dari merawat?


KEDUA: MENJIMATKAN


Siapa kata FC Bio Sanitary Pad ini mahal? Sebenarnya lebih menjimatkan kerana penggunaan pad herba Avail lebih memendekkan tempoh period anda. Oleh itu, sebungkus day atau night boleh tahan selama 2 bulan. Herba dalam pad ini akan menyedut darah kotor dengan lebih baik dan mengelakkan sisa darah daripada tertinggal dalam rahim (lama-kelamaan sisa ini akan menimbulkan penyakit).


KETIGA: MENAMBAH PENDAPATAN


Di samping menjadi pengguna, anda juga boleh menjadi peniaga pad herba secara tidak langsung. Orang kata sharing is caring. Hanya kongsikan kebaikan anda memakai pad herba dan kemudian kawan anda yang berminat boleh membeli terus daripada anda (di sini untungnya kalau anda membeli secara pakej). Dalam kehidupan seharian kita asyik menjadi pengguna sahaja dan sebenarnya tanpa disedari kita juga melakukan kerja promosi tanpa dibayar. Sebagai contoh, anda makan di sebuah restoran yang sedap makanannya. Anda pun memberitahu kepada rakan-rakan anda tentang keenakan makanan di situ dan mereka pun berbondong-bondong berkunjung ke restoran tersebut. Pemilik restoran tersebut untung besar tapi anda? Anda tidak mendapat apa-apa pun hatta diskaun makanan sekalipun. Di sinilah kelebihan FC Bio Sanitary Pad: Anda Guna Anda Sihat Duit Pun Dapat..:).


sumber gambar : google





Kanser Serviks: Adakah HPV Punca Utama?




Kanser serviks. Mendengar perkataan kanser sahaja sudah menakutkan. Mungkin sebab penyakit kanser amat berkait rapat dengan kematian. Kanser serviks merupakan kanser kedua yang kerap menyerang wanita selepas kanser payudara. Kanser serviks dan kanser payudara; kedua-duanya berkait dengan organ reproduktif wanita. Kadang-kala saya tertanya-tanya juga mengapa harus kedua-dua kanser ini menjadi penyebab utama kematian wanita. Adakah sebab yang tidak cuba kita fahami di sebalik meningkatnya kes wanita yang menghidap penyakit ini?


Sekarang ini di media massa kerajaan sedang galak mengadakan kempen vaksinasi HPV untuk pelajar perempuan di seluruh negara. Vaksin ini yang diberikan melalui suntikan pelalian dipercayai dapat mencegah kanser serviks. Isunya di sini adakah vaksinansi tersebut benar-benar dapat melindungi seseorang wanita itu daripada serangan kanser serviks. Dikatakan terdapat lebih 100 jenis virus human papilloma maka pengambilan vaksin bagi HPV jenis tertentu tidak akan dapat menjamin perlindungan bagi jenis HPV yang lain. Juga sebenarnya terdapat pelbagai isu berkaitan dengan vaksinasi ini (cubalah google tentang cervical cancer hoax).


Bagi wanita yang sudah berkahwin pula dan telah melepasi usia remaja (sudah pernah melakukan hubungan kelamin) pula perlu menjalani ujian pap smear secara berkala agar pengesanan awal kanser dapat dilakukan (saya pun sebenarnya agak kurang selesa hendak membuat ujian ini).


Melalui pembacaan saya penyebab sebenar terjadinya kanser serviks ini adalah tidak diketahui. Jangkitan kuman HPV cuma salah satu daripada punca (70% berpunca daripada virus ini) dan virus ini hanya merebak daripada hubungan kelamin. Mereka yang setia pada satu pasangan kurang berisiko berbanding dengan mereka yang sering bertukar-tukar pasangan (sebab itu Islam mengharamkan zina).


Sebab-sebab lain ialah memulakan hubungan kelamin pada usia yang terlalu muda (umur berapa yang dikatakan muda tu?), mengandung lebih daripada lima (betul ke..orang zaman dulu selalu beranak banyak-banyak sihat je), tidak menjaga kebersihan anggota sulit (pakailah pad herba Avail..insyaallah boleh hindari jangkitan kuman) dan kurang daya tahan melawan penyakit (merokok pun boleh jadi punca sebab merokok boleh mengurangkan imunisasi tubuh).


Dalam entri sebelum ini saya juga telah menulis tentang endometriosis, cyst dan fibroid. Kesemua penyakit wanita ini juga tidak diketahui puncanya dengan jelas termasuklah kanser serviks. Apa yang jelas penyakit-penyakit ini berlaku akibat pertumbuhan sel yang luar biasa. Adakah ini juga ada kaitan dengan hormone disruptors? Apa itu hormone disruptors? Tengok entri >>INI.


Saya tidak berani hendak mengaitkan 100% tuala wanita (yang diperbuat daripada recycle paper) juga adalah salah satu faktor penyumbang kepada kanser serviks ini. Namun sebagai langkah pencegahan adalah lebih baik kita hindarkan pemakaian tuala wanita sedemikian dan memilih tuala wanita yang diperbuat daripada kapas seperti FC Bio Sanitary Pad. 


Mungkin juga orang sekarang ni banyak kena kanser sebab air, udara, tanah yang merupakan sumber kepada makanan manusia sudah dicemari bertahun-tahun dahulu sejak bermulanya Revolusi Perindustrian. Siapa tahu kan?



Cara Memilih Tuala Wanita



As-salam ^_^.

Ramai gadis dan wanita tidak begitu mementingkan kualiti dalam pemilihan tuala wanita. Yang penting kuantiti dan harga iaitu mesti murah dan dapat banyak. Sebabnya tuala wanita tu pada kita cuma untuk tampung darah kotor lepas tu buang. Tapi kita selalu lupa, tuala wanita tu nak letak di mana. Nak letak dekat bahagian paling berharga. Kalau 'mahkota' yang satu itu dah rosak memang tiada penggantinya. Sebab tu penting sangat beri yang terbaik kepada mahkota kita.


Tuala wanita boleh dikira sebagai teman baik atau penyelamat kepada wanita bermula dari usia akil baligh hinggalah sampai waktu menopaus. Seorang wanita secara purata menggunakan 15 000 keping tuala wanita selama 30 - 40 tahun. Banyak tu kan. Memilih tuala wanita yang tidak berkualiti (menggunakan kertas recycle) sebenarnya boleh mengundang padah dalam jangka masa panjang.


Pertamanya, cuba anda koyakkan sekeping tuala wanita yang ada dalam simpanan anda sekarang. Jangan koyak yang tengah pakai pulak ye hihi. Anda boleh lihat banyak debu halus berterbangan. Debu-debu ini adalah daripada kertas recycle yang telah dihancurkan. Bayangkan debu-debu ini masuk ke dalam vagin. Jangan tak tahu, bendasing yang melekat di celah-celah vagina boleh menyebabkan jangkitan bakteria dan mengundang masalah seperti keputihan dan lain-lain masalah wanita yang lebih serius.


Kedua, tuala wanita yang diperbuat daripada kertas recycle telah melalui proses pemutihan yang melibatkan penggunaan bahan kimia (peluntur) yang boleh menjejaskan kesihatan wanita dalam jangka masa panjang. Kesan paling mudah boleh kita lihat tentang peluntur ini ialah celah kangkang yang menjadi hitam. Boleh baca >>SINI tentang kesan penggunaan tuala wanita daripada kertas recycle.


3 faktor penting yang perlu dipertimbangkan ketika memilih tuala wanita iaitu:

1. Lapisan atas 

Sebaik-baiknya adalah daripada material KAPAS kerana kapas adalah bahan penyerap yang baik bagi mengekalkan kawasan 'mahkota' dalam keadaan kering semasa haid. Penggunaan bahan selain kapas boleh mengakibatkan kelembapan yang seterusnya mengundang pembiakan bakteria. FC Bio Sanitary pad adalah contoh tuala wanita yang diperbuat daripada kapas.


Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Seorang perempuan bertanya kepada Nabi s.aw: Bagaimanakah cara orang perempuan mandi dari haidnya? Perawi Hadis berkata: Kemudian Aisyah menyebutkan bahawa baginda mengajarkan cara mandi kepada perempuan tersebut. Di antara sabda baginda: Kemudian kamu ambil kapas yang disapu misk iaitu bauan kasturi, lalu kamu bersucilah dengannya. Perempuan itu berkata: Bagaimana cara bersuci dengannya? Baginda bersabda: Maha Suci Allah! Kamu bersucilah dengannya dan baginda pun bersembunyi. Sufian bin Uyainah memberi isyarat kepada kami dengan meletakkan tangan pada wajahnya. Perawi Hadis melanjutkan ceritanya: Aisyah berkata: Aku menarik perempuan itu kerana aku sudah tahu apa yang dikehendaki oleh Nabi s.a.w. Lalu aku berkata kepada perempuan tersebut: Sapulah tempat keluar darah haidmu dengan kapas itu.


2. Lapisan tengah (lapisan penyerap)

Perlu mempunyai kuasa serapan yang efektif; hindarkan bahan penyerap yang diperbuat daripada kertas recycle. Tadi saya dah cerita tentang kesan buruk penggunaan kertas recycle untuk tuala wanita kan.


FC Bio Sanitary Pad menggunakan bahan penyerap daripada jel yang mengandungi herba yang boleh mencegah pembiakan bakteria serta merawat masalah seperti keputihan. Sesetengah tuala wanita biasa ditambah dengan wangi-wangian. Sebenarnya bahan ini menjejaskan kesihatan wanita.


3. Lapisan bawah

Seharusnya lapisan yang telus udara bagi mengelakkan bakteria membiak di kawasan genital kita. Hindarkan tuala wanita yang tebal kerana boleh menyebabkan perpeluhan.


FC Bio Sanitary Pad memenuhi 3 ciri yang baik : kapas + bahan penyerap bukan daripada kertas recycle + telus udara. Bonus : ada herba yang boleh mencegah dan merawat. Dari pendapat peribadi saya, sejak dah menggunakan tuala wanita berherba ni saya rasa lebih selesa dan masalah senggugut pun dah takde lagi :D. Jom sama-sama menyayangi 'mahkota' kita.



Keratan rentas FC Bio Sanitary Pad




Salam Ceria Cemerlang,





Rawat dan Cegah Fibroid


As-salam..

Saya ada terbaca beberapa artikel tentang fibroid baru-baru ni (majalah, akhbar dan google). Saya share sikit-sikitla apa yang saya baca ye. Moga beri manfaat kepada kita semua :)).


Fibroid adalah sejenis ketumbuhan dalam rahim tetapi bukan kanser. Walaupun bukan kanser tapi ketumbuhan ini boleh mendatangkan masalah kepada penghidapnya bergantung kepada saiz, lokasi dan bilangannya. Fibroid ini ada yang tumbuh seketul sahaja dan ada yang tumbuh berketul-ketul. Saiznya ada yang sekecil buah mata kucing dan ada juga yang sebesar buah tembikai.


Pembedahan buang fibroid

Kebiasaannya fibroid terjadi kepada wanita yang berusia 30-an dan 40-an, iaitu dalam lingkungan usia reproduktif. Fibroid yang saiznya kecil boleh mengecut (mengecil) apabila seorang wanita itu sudah mengalami menopaus atau putus haid. Ini disebabkan pertumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh hormon estrogen.


 Mengapa fibroid terjadi?

Menurut pakar, punca terjadinya fibroid tidak diketahui dengan jelas tetapi biasanya dikaitkan dengan faktor genetik, hormon dan faktor persekitaran. Maknanya kalau ibu, ibu saudara atau nenek-nenek kita dulu ada masalah fibroid ada kemungkinan kita boleh mewarisi penyakit tersebut. Ketidakseimbangan hormon (estrogen dan progesetron) juga boleh menyebabkan tumbuhnya fibroid. Masalah hormon tak seimbang ini sukar ditentukan puncanya, mungkin juga disebabkan stress akibat tekanan kerja dan desakan hidup. Oleh itu, dikatakan masalah fibroid sering terjadi kepada wanita moden yang bekerja (sebab stress hingga mengganggu keseimbangan hormon). 


Bila fibroid menjadi bahaya?

Fibroid boleh menjadi satu masalah kepada wanita apabila saiznya yang membesar memberi tekanan kepada organ yang berada di sekitar rahim iaitu pundi kencing dan hujung usus (rektum). Akibatnya, seseorang wanita akan mengalami masalah kencing seperti kerap hendak kencing, tidak dapat mengawal kencing atau kadang-kadang sukar kencing. Jika hal ini berterusan, air kencing boleh bertakung dalam pundi kencing dan akan menyebabkan risiko mendapat jangkitan kuman pada pundi kencing. Apabila ini berlaku wanita itu akan berasa pedih atau sakit ketika hendak kencing. Sekiranya fibroid menekan usus pula, ia akan menyebabkan gejala seperti sembelit atau buasir. Fibroid juga kadangkala boleh menyebabkan berlakunya prolaps atau kekenduran pada rahim (tombong)


Antara gejala fibroid juga adalah gangguan haid iaitu tempoh haid yang panjang dan pendarahan yang berlebihan hingga menyebabkan anemia (kurang darah). Wanita yang mengalami gangguan haid seperti ini, banyak dan berketul-ketul serta sakit semasa haid (senggugut) perlu menjalani pemeriksaan doktor kerana rawatan lanjut seperti pembedahan mungkin terpaksa dilakukan. Emm..tetiba saya teringat ni. Beberapa tahun dulu saya ada mengalami tanda-tanda macam ni, sakit masa period, banyak dan berketul-ketul tapi tak pernah terfikir pulak (sebenarnya tak tau) yang mungkin itu tanda-tanda fibroid kan sebab tak pernah nak buat pemeriksaan. Tapi syukurlah lepas bertukar guna tuala wanita FC Bio, saya dah tak alami senggugut teruk, period pun lancar je dan takda lagi masalah period berketul-ketul tu. Ni saya bukan nak t-up fc bio tau tapi nak share pengalaman saya menggunakan produk tu je :). Tapi bolehla kira t-up jugak hehe.


Fibroid juga menimbulkan komplikasi ke atas wanita yang hamil iaitu berisiko untuk bersalin awal, meningkatkan risiko keguguran, kelahiran songsang, menghalang proses kelahiran secara normal (terpaksa lakukan pembedahan caesarean) dan berisiko tinggi mengalami pendarahan selepas bersalin (post partum haemorrhage) hingga menyebabkan rahim terpaksa dibuang (histerektomi) dan fibroid juga sebenarnya boleh berubah menjadi kanser (risiko sangat kecil iaitu kurang daripada 0.13%).


Fibroid punca ketidaksuburan?

Fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan atau kemandulan kepada wanita. Oleh itu, wanita yang telah lama berkahwin tapi belum mendapat anak perlu menjalani pemeriksaan doktor untuk mengesan sama ada mereka ada fibroid atau tidak. Tetapi ada juga wanita yang mempunyai fibroid masih boleh mengandung. Lebih kurang 5% daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid jenis submukosa atau saiz fibroid yang besar akan mengalami kesukaran untuk hamil kerana kehadiran fibroid mengubah dinding rahim dan menyebabkan janin sukar menempel. Fibroid yang terlalu besar juga boleh menyebabkan saluran fallopio tersumbat dan menyebabkan kesukaran untuk hamil.

 . 
Rawatan untuk fibroid

Pilihan rawatan untuk fibroid adalah sama ada penggunaan ubat-ubatan (jika fibroid bersaiz kecil) ataupun pembedahan. Sekiranya saiz fibroid melebihi 5 sentimeter dan wanita tersebut belum mempunyai cahaya mata boleh memilih kaedah pembedahan untuk membuang fibroid sahaja (myomectomy) tetapi sekiranya wanita itu sudah mempunyai anak dan mempunyai pelbagai jenis fibroid pembedahan untuk membuang rahim (histerektomi) akan lebih disarankan oleh pakar bagi mengelakkan fibroid daripada tumbuh semula.


Rawatan alternatif dan Pencegahan

Selain ubat-ubatan yang telah disarankan oleh doktor, bagi penghidap fibroid yang bersaiz kecil anda boleh cuba menggantikan tuala wanita biasa (diperbuat daripada recycle paper) kepada tuala wanita fc bio dan amalkan supplemen seperti Avail propolis. Tapi ubat doktor jangan tak makan pulak. Bagi yang sihat dan tiada masalah fibroid tak salah amalkan langkah pencegahan.



FC Bio Pantiliner (hijau) - RM10/20 pcs
FC Bio Day (biru) - RM11/10 pcs
FC Bio Night (merah) - RM12/10 pcs


Kalau nak jimat boleh beli dalam bentuk pakej, klik >>SINI. Bagi yang ada fibroid (kecil), boleh cuba pakai fc bio pantiliner setiap hari (tukar setiap 4 jam), di samping makan ubat yang diberikan oleh doktor. Pantiliner ni selamat dipakai setiap hari. Yang ada masalah keputihan pun elok pakai. Yang takda masalah pun lagi bagus pakai sebagai langkah pencegahan.


RM78 (bukan ahli)
RM60 (ahli)

Bagi yang bukan ahli, nak jimat boleh beli 3 botol terus - RM180

Propolis ni bagus sebab boleh kuatkan antibodi badan kita. Boleh mencegah kanser jugak kerana propolis berupaya membunuh sel-sel kanser. Bagi wanita yang dah berusia 30-an ke atas, risiko kanser dan pelbagai masalah kesihatan lain akan sering mengganggu kita. 


Walaupun belum ada kajian menyeluruh yang dibuat, saya pernah terbaca satu artikel yang mengaitkan dioksin sebagai punca gangguan kepada hormon estrogen. Seperti yang telah disebutkan di atas, punca sebenar berlakunya fibroid tidak diketahui dengan jelas tetapi sering dikaitkan dengan faktor keseimbangan hormon. Dioksin ini apabila memasuki sistem tubuh akan menyamar sebagai estrogen. Boleh baca lebih lanjut di >>SINI. Tuala wanita dari recycle paper bukan satu-satunya sumber toksin ni, boleh jadi datang dari pencemaran persekitaran juga. Seboleh mungkin kita cuba elakkan diri kita terdedah kepada toksin tersebut.


Amalkan supplemen makanan organik yang menyihatkan seperti i-food untuk membersihkan darah. Ada orang rasa supplemen tak perlu dengan alasan malas dan kalau beli pun nanti lupa nak makan. Sebagai wanita kita harus menghargai diri sendiri. Salah satunya kena prihatin dan tak lokek berbelanja untuk kesihatan diri. Pada pendapat saya, dalam kehidupan moden hari ni supplemen adalah satu keperluan.



i-food - 20 sachet

RM 190 (bukan ahli)
RM160 (ahli)


Dan sebagai tambahan, ceria-ceria selalu dan belajar cara untuk menguruskan stress. Memang kehidupan hari ini sangat mencabar tapi kita kenalah cari masa untuk diri sendiri. Pilih aktiviti atau hobi yang kita sukai untuk dilakukan pada hujung minggu, buat senaman yang menyeronokkan dan hargai diri serta orang sekeliling kita :)).



Untuk order/pertanyaan, hubungi saya:
sms/call : 019-7583883 atau
PM : Rina Avail atau
emel : inspirasihatcantik@gmail.com



Salam Ceria Cemerlang,

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy