BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



Melihat Potensi Menjadi Usahawan Dengan Tarikh Lahir??


Assalamualaikum..


Rajah Segitiga Kiraan Tarikh Lahir


Rajah segitiga di atas cukup popular digunakan untuk mengira tarikh lahir mengikut kaedah sains metafizik. Saya belajar melalui kursus encik Edie Rosyadie. Dr Azizan pun setahu saya mengguna pakai kaedah yang sama. Saya saja suka-suka pergi ke kursus tersebut sekadar untuk menambahkan ilmu pengetahuan.


Boleh percayakah kaedah pengiraan tarikh lahir ini? Bolehkah bakat dan potensi seseorang dinilai melalui tarikh lahirnya?


Sebagai contoh, selain Siti Nurhaliza mesti ada juga orang lain yang lahir pada tarikh yang sama dengannya tapi adakah mereka turut berkecimpung dan berjaya dalam dunia nyanyian? Dah pasti tidak kerana semuanya juga bergantung kepada faktor-faktor lain seperti tahap pendidikan, cara dibesarkan dan pengalaman yang dilalui sepanjang hidup mereka. Siti Nurhaliza daripada kiraan tarikh lahirnya memang mempunyai anugerah dari segi suara (beliau mempunyai root number 2 dan mempunyai ulangan nombor kombinasi 123 sebanyak dua kali) serta pendedahan sedari kecil ditambah dengan galakan bapanya membolehkan beliau menjadi seorang penyanyi yang disegani. Jangan lupa beliau juga berusaha kuat untuk mencapai tahap seperti sekarang.


Pada pendapat saya, penilaian melalui tarikh lahir ini masuk akal juga kerana ianya mungkin sebahagian kecil ilmu yang Tuhan pinjamkan kepada kita asalkan kita tidaklah terlalu taksub dan terlalu bergantung kepadanya untuk mencari jalan hidup yang benar.


Bagi saya tarikh lahir ini umpama peta atau GPS untuk kita menentukan arah tuju khususnya bidang yang ingin diceburi. Kaedah ini berguna juga untuk adik-adik yang kurang pasti kursus yang perlu diambil selepas SPM atau mereka yang masih tercari-cari pekerjaan yang sesuai. Kadangkala pekerjaan sedia ada sudah pun sesuai mengikut tarikh lahirnya tapi mengapa mereka masih tidak gembira; mungkin saja disebabkan faktor sekeliling seperti boss yang garang, rakan sekerja tidak sekepala atau gaji yang tidak mencukupi. Sebab itu saya simpulkan penilaian potensi melalui tarikh lahir ini sebagai satu panduan sahaja (kerana kadang-kadang orang tidak sedar tentang bakat terpendam yang mereka punyai); langkah seterusnya mestilah USAHA, DOA dan TAWAKKAL.


Begitulah juga sekiranya anda seseorang yang ingin menjadi usahawan. Sesetengah orang memang dilahirkan pada tarikh yang mempunyai potensi untuk menjadi usahawan (mempunyai gabungan nombor kombinasi seperti 729, 966, 696, 123, 459, 246, 426, 393, 456, 786 - sekadar menyebut beberapa).

  • 729 : nombor pelaris; mempunyai daya tarikan dan karisma
  • 966/696 : mudah untung dalam berniaga
  • 123 : mempunyai kekuatan dari segi suara; sesuailah untuk buat sales atau marketing
  • 246/426 : pandai berceramah; mendapat untung melalui ceramah yang diadakan
  • 39 3: sesuai membuat perniagaan jangka pendek; selalu menukar produk jualan lebih untung
  • 456 : berani mengambil risiko 
  • 786:  orang suka beri tanggungjawab/kepercayaan

Tetapi janganlah gusar sekiranya seseorang usahawan itu tiada gabungan nombor-nombor ini dalam tarikh lahir kerana bagi saya bakat keusahawanan seseorang itu boleh digilap andaikata matlamat untuk menjadi usahawan memang jelas (di sini kuasa minda memainkan peranan - banyakkanlah membaca buku-buku tentang mind power; walaupun anda kurang kebolehan berniaga tapi tidak mustahil anda boleh berjaya dalam perniagaan melalui minda anda yang cemerlang). Dan orang-orang yang mempunyai potensi menjadi usahawan itupun kalau tidak berusaha tak ke mana juga akhirnya.


Dalam penilaian tarikh lahir juga ada root number (rujuk rajah di atas: nombor yang dalam kotak empat segi). Melalui root number ini juga sifat-sifat anda dapat dilihat dan dapat menentukan bidang yang sesuai anda ceburi (samada jenis perniagaan atau jenis pekerjaan). Bagi anda yang ingin menjadi usahawan tetapi tidak jelas dengan perniagaan apa yang patut dilakukan root number mungkin boleh menjadi panduan berguna.


Kalau merujuk pada rajah di atas root number orang ini ialah 2. Nombor 2 secara asasnya berkaitan dengan suara (samada suara sedap, suara kuat atau suara lantang). Oleh sebab dia mempunyai nombor kombinasi 123 yang berulang nampaknya sesuai sangat kalau dia menceburi bidang yang menonjolkan kelebihan suaranya ini (jadi penyanyi atau buat sales - kena banyak cakap). Dia juga mempunyai nombor kombinasi 966 (sesuailah kalau nak bisnes). Oleh sebab 2 ialah unsur air maka bidang perniagaan atau pekerjaan yang harus dipilih juga seperti yang berkaitan dengan sifat-sifat air; contohnya perniagaan/pekerjaan yang berasaskan orang ramai (agensi pembantu rumah, agensi pelancongan, perhotelan, insurans, wartawan dan sebagainya), perniagaan minuman, penapis air, perkapalan, makanan laut, pakaian renang dan macam-macam lagi.


Sebenarnya kalau hendak diikutkan masih panjang lebar lagi kajian mengenai tarikh lahir ini. Sekiranya anda berminat untuk belajar lebih kanjut tentang kajian tarikh lahir ini bolehlah hubungi encik edie rosyadie sendiri. Satu kelebihan menjadi pelanggan di blog ini ialah kami akan memberi tutorial pengiraan tarikh lahir secara percuma dan berpeluang mendapatkan modul dengan harga RM 10 sahaja :). 




Salam Ceria Cemerlang,

Mengapa Perlu Bertukar Kepada FC Bio Sanitary Pad?


Sebelum menemui FC Bio Sanitary Pad saya seperti wanita lain juga akan mencari tuala wanita biasa yang banyak dijual di supermarket. Biasanya saya akan cari yang value for money..sebab saya fikir pad itu pun nanti akan dibuang juga selepas digunakan. Yang penting bagi saya tuala wanita itu mestilah boleh melindungi diri saya daripada kebocoran. Namun, saya terlupa..walaupun pad itu letaknya cuma di celah paha dan digunakan untuk menakung darah kotor sahaja banyak kesan sampingan yang boleh menyakitkan saya di kemudian hari (sedihnya saya..dah bertahun-tahun saya pengguna setia jenama *****).

Selama ini saya selalu mengalami senggugut dan sakit pinggang yang teramat sangat (hingga tidak boleh berjalan) setiap kali tiba masa itu. Kadang-kadang saya mengalami keputihan juga (masalah yang biasa dihadapi wanita) dan lazimnya saya menggunakan pantiliner jenama biasa (yang penting sebungkus pantiliner tu mesti banyak jumlahnya). Lazimnya, ketika memakai pad dan pantiliner tersebut saya berasa panas, berpeluh dan tidak selesa. Dan paling saya benci tempoh period saya selalunya akan jadi panjang kerana ada ekor2nya (ada orang pernah cakap pada saya punca period berekor sebab suka makan ekor ikan - huh..tak logik langsung). Saya juga menghadapi masalah darah period yang berketul-ketul, menyakitkan dan banyak (saya terpaksa pakai 2 keping pad night sekaligus untuk mengelak kebocoran - bayangkan betapa tak selesanya saya).

Saya percaya apa yang saya lalui ini dialami oleh wanita lain juga malah ada yang lebih teruk lagi (mungkin kena fibroid, endrometriosis, cyst dan paling menakutkan kanser!!!). Masalah sakit puan sering kita anggap biasa walhal masalah2 tersebut boleh mengundang kepada masalah lain seperti sukar hamil dan mungkin rahim juga akan dibuang. Apabila kita sudah terkena barulah bermacam perasaan berbaur dalam fikiran kita..kenapa aku?? Apa dosa aku?? Tetapi adakah anda sedar sebenarnya anda sendiri yang mengundang penyakit itu untuk datang. Setiap bulan anda merisikokan kesihatan kewanitaan anda dengan menggunakan tuala wanita biasa. Memang benar setiap penyakit itu ujian Tuhan tapi bukankah tanggungjawab anda untuk menjaga kesihatan anda sendiri?

Setiap bulan kita menggunakan tuala wanita biasa yang diperbuat daripada kertas kitar semula, kertas tebal, kotak dan pulpa kayu (diapers bayi dan orang tua juga menggunakan bahan yang sama). Bahan-bahan ini akan diproses untuk dilembut dan digebukan supaya lebih menyerap dan lembut apabila dipakai. Bahan ini juga akan menjalani proses pemutihan agar kelihatan putih seperti kapas (cuba anda gunting sedikit pad biasa anda dan cuba tepuk - kelihatan debu2 halus berterbangan di udara; membuktikan ianya bukan kapas). Sesetengah kilang menggunakan gas klorin, dioksida dan hipoklorida bagi proses pemutihan ini. Malangnya, sewaktu proses ini dioksin terhasil yang memudaratkan kita sewaktu menggunakan tuala wanita. Dioksin - mungkin punca kepada masalah sakit puan yang kita hadapi selama ini ditambah lagi dengan corak pemakanan serta gaya hidup yang tidak sihat. Seboleh mungkin kita cuba hindari benda-benda yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada diri kita; jadi mengapa anda harus biarkan diri anda terdedah kepada risiko setiap bulan?

Saranan saya bertukarlah kepada FC Bio Sanitary Pad. Mungkin harganya lebih sedikit daripada tuala wanita biasa di pasaran tetapi masih dalam lingkungan mampu milik; cuma RM10 untuk pantiliner sebanyak 20 keping serta RM11 dan RM12 bagi day dan night yang berjumlah 10 keping setiap satu. Kiranya sekeping pantiliner RM0.50, day RM1.10 dan night RM1.20..bukanlah mahal sangat pun kalau hendak dibandingkan dengan baju, kasut, beg tangan, minyak wangi dan alat solek yang anda gunakan. Mentang-mentanglah pad cuma duduk di bahagian tersembunyi; pakai yang murahan pun tidak mengapa padahal kewanitaan andalah yang paling penting untuk dijaga (jangan luaran sahaja cantik dan wangi tetapi busuk di dalam - maaf andai terkasar).

FC Bio Sanitary Pad mengandungi 17 jenis herba yang mampu mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan ketika haid. Testimoni menunjukkan kandungan herba ini mampu menghilangkan senggugut, mengatur kembali kitaran haid, mencegah bau, mencegah jangkitan kuman, menghilangkan kegatalan dan kepanasan, mengecutkan rahim dan juga meningkatkan sistem pertahanan badan. Lapisan permukaannya diperbuat daripada 100% kapas (cepat meresap - mengurangkan risiko kebocoran), lapisan tengah yang mempunyai daya serapan yang tinggi serta lapisan bawah yang telus udara (kalau pakai pad biasa rasa macam berkuapkan?). FC Bio Sanitary Pad ini juga lebih nipis maka lebih selesa untuk dipakai.


I-food: Supplemen Lengkap Untuk Ibu & Bayi

Pada peringkat awal proses kehamilan sesetengah ibu akan mengalami loya dan muntah-muntah sedangkan ibu hamil perlu zat yang secukupnya untuk kesihatan ibu dan bayi yang sedang dikandung. Biasanya apabila mengetahui diri hamil para ibu pasti ingin minum susu yang disyorkan untuk ibu hamil bagi memastikan bayi yang dikandung mendapat manfaatnya. Namun disebabkan loya kadangkala kita tidak ada selera untuk minum susu (minumlah susu apabila rasa sudah mabuk berkurangan).

Sekiranya anda juga melalui fasa mabuk itu saya sarankan ibu-ibu mengambil makanan tambahan organik i-food yang merupakan gabungan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan. I-food mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan oleh ibu dan bayi seperti asid folik, asid amino, kolustrum, omega-6, omega-3, vitamin, mineral, enzim, serat dan sebagainya. Rasanya agak tawar seperti air soya yang tidak ditambah gula). Minumlah i-food pada waktu pagi sebagai sarapan sementara menanti waktu makan tengahari. Khasiatnya yang tinggi mampu memberi anda tenaga untuk bekerja dan bayi anda juga akan mendapat manfaatnya. Malah mereka yang vegetarian juga boleh mengambil i-food bagi melengkapkan zat yang diperlukan oleh tubuh.

Untuk makan tengahari pula makanlah nasi panas bersama lauk-pauk yang boleh membuka selera anda seperti ikan singgang (tambahlah asam, kunyit dan perahan jus limau nipis dalam kuahnya), sayur air dan sambal halia ikan bilis. Halia dikatakan dapat mengurangkan rasa loya. Kurangkan makanan berempah yang akan membuatkan anda bertambah loya. Waktu minum petang ibu-ibu bolehlah memakan biskut tawar bersama dengan air panas putih yang bercampur perahan jus lemon. Perahan jus lemon dan limau nipis dalam makanan atau minuman dapat membekalkan anda dengan vitamin C yang diperlukan untuk membantu kadar penyerapan zat besi oleh tubuh. Ketika hamil zat besi sangat diperlukan untuk kesihatan bayi. Hidangan makan malam anda samalah seperti hidangan tengahari atau sekiranya anda tidak ada selera ambillah i-food sahaja sudah memadai.

Apabila fasa mabuk ibu sudah berlalu inilah masanya untuk anda makan apa sahaja kerana biasanya selera ibu akan meningkat tapi pastikan makanan yang diambil seimbang, menyihatkan dan jangan lupa minum susu (saya suka susu Wyeth Mama -s26). Namun sekiranya anda orang yang tidak gemar minum susu, i-food juga berupaya menjadi penggantinya. Pada peringkat ini mungkin doktor anda menyarankan untuk mengambil supplemen DHA untuk perkembangan otak bayi. I-food juga boleh diteruskan pengambilannya sehinggalah anda selepas bersalin nanti kerana i-food bagus untuk ibu yang menyusukan bayi kerana boleh menambahkan air susu ibu serta meningkatkan kualiti susu dan dalam masa yang sama dapat membantu ibu menguruskan kembali berat badan yg telah bertambah sewaktu hamil. Bagi ibu yang menyusukan bayi selalunya akan khuatir untuk memakan jamu terutama bayi yang baru dilahirkan kerana khuatir bayi akan kena kuning; jadi sebagai gantinya anda minumlah i-food. Sekiranya anda hendak memakan jamu tunggulah sehingga bayi anda benar-benar telah kuat.

Di sini saya kongsikan sedikit tips pemakanan untuk ibu menyusu (ibu hamil juga boleh mengikutinya). Tips ini saya dapat dari sebuah majalah yang saya sudah lupa namanya.
  • Makan banyak roti (roti wholemeal lebih baik, dimakan dengan keju atau susu)
  • Ambil makanan yg tinggi kandungan omega-3 seperti ikan yg berminyak, telur dan minyak canola
  • Cuba capai kuota hidangan lima hidangan buah-buahan dan sayuran setiap hari
  • Makan makanan yang ada kalsium seperti susu, keju dan yoghurt
  • Pilih makanan yang kurang gula dan garam
  • Makan makanan yang mengandungi zat besi setiap hari seperti daging merah tanpa lemak atau bijiran sarapan pagi 
  • Minumlah banyak air putih
Namun sekiranya sukar untuk ibu mengamalkan diet seimbang seperti ini, i-food merupakan pilihan terbaik untuk para ibu kerana khasiat yang terkandung di dalamnya lengkap untuk diri anda dan juga bayi. Insya-allah sekiranya anda sentiasa menjaga pemakanan anda pasti bayi anda akan sihat dan montel serta anda juga tidak perlu khuatir bayi anda tidak cukup susu. Sebenarnya tidak ada alasan untuk anda menyusukan bayi anda sendiri (saya selalu berasa kasihan kepada bayi yang diberi susu formula). Apapun pilihan di tangan anda..saya percaya semua ibu mahukan yang terbaik untuk bayi mereka..:)

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.” 
 - Surah Al-Baqarah ayat 233

Harga Ahli: RM160/Bukan Ahli: RM190

Kecantikan Bermula Dari Dalam: I-food

Kata orang kecantikan bermula dari dalam. Mungkin betul. Apabila dalaman kita sihat maka luaran juga akan kelihatan cantik (tubuh cergas, kulit yang bersih, rambut yg bersinar, wajah yg berseri2 dan sentiasa kelihatan bermaya). Ada orang yg rupanya memang semulajadi cantik dan tidak perlu berbelanja lebih untuk mendapatkan kecantikan itu. Tapi bukan semua orang bertuah. Ingin cantik dan sihat kenalah berusaha lebih. Bukan susah pun - makan makanan seimbang, minum air putih secukupnya dan jangan lupa bersenam. Tapi saya tahu (kerana saya pun sama) perkara yg mudah2 ini pun kita susah nak lakukan lantaran gaya hidup dan faktor persekitaran kita. Kadang2 dalam kesibukan bekerja - keluar pagi dan balik petang (kadang2 malam) kita sering mengabaikan soal makan. Tidak mengambil sarapan pagi, makan lewat malam atau makan apa sahaja yg sempat, makan makanan segera, makan di restoran (banyak menggunakan garam, gula dan MSG utk menyedapkan masakan -kalau tak sedap orang tak datang pula) dan lain2 lagi; semuanya adalah tabiat makan yg kurang baik.

Sarapan pagi sebenarnya amat penting dalam diet seharian kerana tubuh kita memerlukan tenaga untuk memulakan hari. Melupakan sarapan dan tidak makan pada waktu yg sepatutnya akan mendorong kita makan dengan banyak kemudian nanti. Sebenarnya saya ingin memperkatakan tentang sejenis makanan tambahan organik dari New Zealand iaitu I-food.  I-food merupakan gabungan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan serta kaya dengan asid amino, vitamin, mineral, enzim, serat dan lain2 lagi. Bahan utama di dalam i-food ialah rumput gandum, sekam benih silium, spirulina, pektin epal, aloe vera, kacang soya dan gandum. Rasa i-food ni macam air kacang soya yg tidak ditambah gula. Bagi mereka yg tidak sempat bersarapan boleh menggantikannya dengan minum i-food. Kandungan seratnya yg tinggi memberikan rasa kenyang kepada anda sehinggalah tiba waktu makan tengahari nanti. Mudah sahaja - hanya tambah air (air sejuk lagi sedap) dan shake; boleh terus minum dan kalau anda orang yg suka makan di luar atau suka makanan segera minumlah i-food setengah jam sebelum makan sebab i-food boleh bertindak membuang toksin akibat dari makanan yg tidak menyihatkan tadi.

Fungsi i-food ini selain menguatkan sistem percernaan boleh juga bertindak sebagai detoks untuk hati - organ pembersih yg sangat penting. Detoksifikasi sebenarnya bukan hanya bertumpu kepada sistem pencernaan (usus) tetapi juga hati. Fungsi hati boleh terjejas sekiranya kita membebankan organ itu dengan timbunan makanan yg sihat ditambah lagi dengan gaya hidup (makan berlebihan, merokok atau mengambil alkohol) dan juga faktor persekitaran (udara dan air yg tercemar). Hati yg tidak kuat mengakibatkan anda mendapat pelbagai penyakit dan kesan luarannya boleh dilihat seperti badan dan nafas berbau, bermasalah kulit (jerawat, kusam dsb), lingkaran hitam di bawah mata dan sering letih-lesu. Mereka yang menghidap penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi juga sesuai mengamalkan i-food untuk menyahtoksin hati mereka daripada bahan kimia akibat pengambilan ubat-ubatan.

Maka cubalah i-food untuk menyerlah kecantikan luaran anda (cantik bererti sihat). Orang selalu kata makan boleh sebarang makan tapi cakap jangan sebarang cakap; ternyata ungkapan itu salah. Makan pun jangan sebarang makan. Pilihlah makanan yg baik untuk anda. We are what we eat..:)


                                                         

Pek Percubaan Sihat&Cantik RM50

Salam sejahtera..sekiranya anda ingin mencuba pada herba FC Bio Sanitary dan Green Fit, harganya cuma RM50. Anda akan dapat 3 bungkus pad herba (1 pantiliner + 1 day + 1 night) dan juga 4 sachets green fit + percuma 1 botol shaker..

                                                 +

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy