BELI & MENANG WANG TUNAI RM1000 !!!

Dengan belian minima 9 pek pad herba avail (fc bio sanitary pad) anda akan menerima 1 Pencuci Muka Organik bersaiz 50 ml bernilai RM35 serta 3 tiket cabutan bertuah WANG TUNAI RM1000 !!!

WHATSAPP/SMS : Rina (0197583883) untuk info dan pertanyaan.



I-food: Supplemen Lengkap Untuk Ibu & Bayi

Pada peringkat awal proses kehamilan sesetengah ibu akan mengalami loya dan muntah-muntah sedangkan ibu hamil perlu zat yang secukupnya untuk kesihatan ibu dan bayi yang sedang dikandung. Biasanya apabila mengetahui diri hamil para ibu pasti ingin minum susu yang disyorkan untuk ibu hamil bagi memastikan bayi yang dikandung mendapat manfaatnya. Namun disebabkan loya kadangkala kita tidak ada selera untuk minum susu (minumlah susu apabila rasa sudah mabuk berkurangan).

Sekiranya anda juga melalui fasa mabuk itu saya sarankan ibu-ibu mengambil makanan tambahan organik i-food yang merupakan gabungan pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan. I-food mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan oleh ibu dan bayi seperti asid folik, asid amino, kolustrum, omega-6, omega-3, vitamin, mineral, enzim, serat dan sebagainya. Rasanya agak tawar seperti air soya yang tidak ditambah gula). Minumlah i-food pada waktu pagi sebagai sarapan sementara menanti waktu makan tengahari. Khasiatnya yang tinggi mampu memberi anda tenaga untuk bekerja dan bayi anda juga akan mendapat manfaatnya. Malah mereka yang vegetarian juga boleh mengambil i-food bagi melengkapkan zat yang diperlukan oleh tubuh.

Untuk makan tengahari pula makanlah nasi panas bersama lauk-pauk yang boleh membuka selera anda seperti ikan singgang (tambahlah asam, kunyit dan perahan jus limau nipis dalam kuahnya), sayur air dan sambal halia ikan bilis. Halia dikatakan dapat mengurangkan rasa loya. Kurangkan makanan berempah yang akan membuatkan anda bertambah loya. Waktu minum petang ibu-ibu bolehlah memakan biskut tawar bersama dengan air panas putih yang bercampur perahan jus lemon. Perahan jus lemon dan limau nipis dalam makanan atau minuman dapat membekalkan anda dengan vitamin C yang diperlukan untuk membantu kadar penyerapan zat besi oleh tubuh. Ketika hamil zat besi sangat diperlukan untuk kesihatan bayi. Hidangan makan malam anda samalah seperti hidangan tengahari atau sekiranya anda tidak ada selera ambillah i-food sahaja sudah memadai.

Apabila fasa mabuk ibu sudah berlalu inilah masanya untuk anda makan apa sahaja kerana biasanya selera ibu akan meningkat tapi pastikan makanan yang diambil seimbang, menyihatkan dan jangan lupa minum susu (saya suka susu Wyeth Mama -s26). Namun sekiranya anda orang yang tidak gemar minum susu, i-food juga berupaya menjadi penggantinya. Pada peringkat ini mungkin doktor anda menyarankan untuk mengambil supplemen DHA untuk perkembangan otak bayi. I-food juga boleh diteruskan pengambilannya sehinggalah anda selepas bersalin nanti kerana i-food bagus untuk ibu yang menyusukan bayi kerana boleh menambahkan air susu ibu serta meningkatkan kualiti susu dan dalam masa yang sama dapat membantu ibu menguruskan kembali berat badan yg telah bertambah sewaktu hamil. Bagi ibu yang menyusukan bayi selalunya akan khuatir untuk memakan jamu terutama bayi yang baru dilahirkan kerana khuatir bayi akan kena kuning; jadi sebagai gantinya anda minumlah i-food. Sekiranya anda hendak memakan jamu tunggulah sehingga bayi anda benar-benar telah kuat.

Di sini saya kongsikan sedikit tips pemakanan untuk ibu menyusu (ibu hamil juga boleh mengikutinya). Tips ini saya dapat dari sebuah majalah yang saya sudah lupa namanya.
  • Makan banyak roti (roti wholemeal lebih baik, dimakan dengan keju atau susu)
  • Ambil makanan yg tinggi kandungan omega-3 seperti ikan yg berminyak, telur dan minyak canola
  • Cuba capai kuota hidangan lima hidangan buah-buahan dan sayuran setiap hari
  • Makan makanan yang ada kalsium seperti susu, keju dan yoghurt
  • Pilih makanan yang kurang gula dan garam
  • Makan makanan yang mengandungi zat besi setiap hari seperti daging merah tanpa lemak atau bijiran sarapan pagi 
  • Minumlah banyak air putih
Namun sekiranya sukar untuk ibu mengamalkan diet seimbang seperti ini, i-food merupakan pilihan terbaik untuk para ibu kerana khasiat yang terkandung di dalamnya lengkap untuk diri anda dan juga bayi. Insya-allah sekiranya anda sentiasa menjaga pemakanan anda pasti bayi anda akan sihat dan montel serta anda juga tidak perlu khuatir bayi anda tidak cukup susu. Sebenarnya tidak ada alasan untuk anda menyusukan bayi anda sendiri (saya selalu berasa kasihan kepada bayi yang diberi susu formula). Apapun pilihan di tangan anda..saya percaya semua ibu mahukan yang terbaik untuk bayi mereka..:)

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.” 
 - Surah Al-Baqarah ayat 233

Harga Ahli: RM160/Bukan Ahli: RM190

0 comments:

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy