Sebarang pertanyaan boleh
sms/whatsapp/wechat ke 0197583883


Melihat Potensi Menjadi Usahawan Dengan Tarikh Lahir??


Assalamualaikum..


Rajah Segitiga Kiraan Tarikh Lahir


Rajah segitiga di atas cukup popular digunakan untuk mengira tarikh lahir mengikut kaedah sains metafizik. Saya belajar melalui kursus encik Edie Rosyadie. Dr Azizan pun setahu saya mengguna pakai kaedah yang sama. Saya saja suka-suka pergi ke kursus tersebut sekadar untuk menambahkan ilmu pengetahuan.


Boleh percayakah kaedah pengiraan tarikh lahir ini? Bolehkah bakat dan potensi seseorang dinilai melalui tarikh lahirnya?


Sebagai contoh, selain Siti Nurhaliza mesti ada juga orang lain yang lahir pada tarikh yang sama dengannya tapi adakah mereka turut berkecimpung dan berjaya dalam dunia nyanyian? Dah pasti tidak kerana semuanya juga bergantung kepada faktor-faktor lain seperti tahap pendidikan, cara dibesarkan dan pengalaman yang dilalui sepanjang hidup mereka. Siti Nurhaliza daripada kiraan tarikh lahirnya memang mempunyai anugerah dari segi suara (beliau mempunyai root number 2 dan mempunyai ulangan nombor kombinasi 123 sebanyak dua kali) serta pendedahan sedari kecil ditambah dengan galakan bapanya membolehkan beliau menjadi seorang penyanyi yang disegani. Jangan lupa beliau juga berusaha kuat untuk mencapai tahap seperti sekarang.


Pada pendapat saya, penilaian melalui tarikh lahir ini masuk akal juga kerana ianya mungkin sebahagian kecil ilmu yang Tuhan pinjamkan kepada kita asalkan kita tidaklah terlalu taksub dan terlalu bergantung kepadanya untuk mencari jalan hidup yang benar.


Bagi saya tarikh lahir ini umpama peta atau GPS untuk kita menentukan arah tuju khususnya bidang yang ingin diceburi. Kaedah ini berguna juga untuk adik-adik yang kurang pasti kursus yang perlu diambil selepas SPM atau mereka yang masih tercari-cari pekerjaan yang sesuai. Kadangkala pekerjaan sedia ada sudah pun sesuai mengikut tarikh lahirnya tapi mengapa mereka masih tidak gembira; mungkin saja disebabkan faktor sekeliling seperti boss yang garang, rakan sekerja tidak sekepala atau gaji yang tidak mencukupi. Sebab itu saya simpulkan penilaian potensi melalui tarikh lahir ini sebagai satu panduan sahaja (kerana kadang-kadang orang tidak sedar tentang bakat terpendam yang mereka punyai); langkah seterusnya mestilah USAHA, DOA dan TAWAKKAL.


Begitulah juga sekiranya anda seseorang yang ingin menjadi usahawan. Sesetengah orang memang dilahirkan pada tarikh yang mempunyai potensi untuk menjadi usahawan (mempunyai gabungan nombor kombinasi seperti 729, 966, 696, 123, 459, 246, 426, 393, 456, 786 - sekadar menyebut beberapa).

  • 729 : nombor pelaris; mempunyai daya tarikan dan karisma
  • 966/696 : mudah untung dalam berniaga
  • 123 : mempunyai kekuatan dari segi suara; sesuailah untuk buat sales atau marketing
  • 246/426 : pandai berceramah; mendapat untung melalui ceramah yang diadakan
  • 39 3: sesuai membuat perniagaan jangka pendek; selalu menukar produk jualan lebih untung
  • 456 : berani mengambil risiko 
  • 786:  orang suka beri tanggungjawab/kepercayaan

Tetapi janganlah gusar sekiranya seseorang usahawan itu tiada gabungan nombor-nombor ini dalam tarikh lahir kerana bagi saya bakat keusahawanan seseorang itu boleh digilap andaikata matlamat untuk menjadi usahawan memang jelas (di sini kuasa minda memainkan peranan - banyakkanlah membaca buku-buku tentang mind power; walaupun anda kurang kebolehan berniaga tapi tidak mustahil anda boleh berjaya dalam perniagaan melalui minda anda yang cemerlang). Dan orang-orang yang mempunyai potensi menjadi usahawan itupun kalau tidak berusaha tak ke mana juga akhirnya.


Dalam penilaian tarikh lahir juga ada root number (rujuk rajah di atas: nombor yang dalam kotak empat segi). Melalui root number ini juga sifat-sifat anda dapat dilihat dan dapat menentukan bidang yang sesuai anda ceburi (samada jenis perniagaan atau jenis pekerjaan). Bagi anda yang ingin menjadi usahawan tetapi tidak jelas dengan perniagaan apa yang patut dilakukan root number mungkin boleh menjadi panduan berguna.


Kalau merujuk pada rajah di atas root number orang ini ialah 2. Nombor 2 secara asasnya berkaitan dengan suara (samada suara sedap, suara kuat atau suara lantang). Oleh sebab dia mempunyai nombor kombinasi 123 yang berulang nampaknya sesuai sangat kalau dia menceburi bidang yang menonjolkan kelebihan suaranya ini (jadi penyanyi atau buat sales - kena banyak cakap). Dia juga mempunyai nombor kombinasi 966 (sesuailah kalau nak bisnes). Oleh sebab 2 ialah unsur air maka bidang perniagaan atau pekerjaan yang harus dipilih juga seperti yang berkaitan dengan sifat-sifat air; contohnya perniagaan/pekerjaan yang berasaskan orang ramai (agensi pembantu rumah, agensi pelancongan, perhotelan, insurans, wartawan dan sebagainya), perniagaan minuman, penapis air, perkapalan, makanan laut, pakaian renang dan macam-macam lagi.


Sebenarnya kalau hendak diikutkan masih panjang lebar lagi kajian mengenai tarikh lahir ini. Sekiranya anda berminat untuk belajar lebih kanjut tentang kajian tarikh lahir ini bolehlah hubungi encik edie rosyadie sendiri. Satu kelebihan menjadi pelanggan di blog ini ialah kami akan memberi tutorial pengiraan tarikh lahir secara percuma dan berpeluang mendapatkan modul dengan harga RM 10 sahaja :). 




Salam Ceria Cemerlang,

0 comments:

Popular Infomation

 

Copyright © ! Inspirasi Sihat&Cantik !. Designed by Whitey Mommy